Tuesday, February 26, 2008

4 hari itu

oh, nampaknya sudah beberapa hari juga saya tidak mengisi entri baru dalam ruang ini. saya fikir, cara terbaik ialah untuk menulis secara ringkas segala yang terjadi pada hari jumaat, sabtu, ahad, dan isnin.

jumaat.
tiada apa yang penting. cuma, en. nasir telefon, memberitahu bahawa dia akan datang ke rumah saya selepas kerja. malam, berjumpa dengan en. nasir, kemudian, keluar makan bersama (note: marah saya selama ini jadi cinta, melihat muka en. nasir yang comel itu). kemudian, kami berjanji lagi untuk keluar pada esoknya.

sabtu.
ketika saya tido, kedengaran mama bising, kerana begitu susah untuk mengejut kami 3 beradik (nana tiada, dia sudah awal2 pagi keluar untuk bermain futsal), kerana kakak saudara saya ada membuat kenduri (kami bertiga tidak pergi, kerana tidak mampu untuk bangun). selepas terjaga, kelihatan nana, fidah, fifi dan shakira (kawan nana) sedang melepak di bawah. selepas beberapa ketika, nana dan shakira keluar, dan saya pula mandi, untuk keluar dengan en. nasir. saya dan en. nasir keluar ke alamanda (en. nasir tidak pernah ke sana, oh itu sungguh comel). makan, kemudian kami berjalan2 di alamanda. selesai, kami berjalan2 di putrajaya. kemudian kami pulang. kami berjanji untuk keluar lagi esoknya.

ahad.
saya dan en. nasir telah ke giant kelana jaya, untuk mencari pancing (menggunakan kupon yang en. nasir dapat). oh, sungguh bahagia saya apabila berjumpa dengan pilihan pancing yang ada (seperti kanak-kanak dalam kedai gula-gula). kami telah membeli mata kail, dan berbagai lagi barang keperluan untuk memancing. kami tidak dapat mencari pelampung (salah satu barang keperluan untuk memancing), jadi kami telah mencari ke tempat2 yang kononnya dikatakan ada pelampung itu. nasib tidak menyebelahi kami (maknanya, kami tidak jumpa dengan pelampung itu). kemudian kami antar sekejap barang2 itu ke rumah en. nasir. en. nasir juga telah memasang pancing itu. we had our dinner di medina. kemudian pulang.

isnin.
tiada apa menarik kecuali hari ini birthday en. nasir! selamat hari jadi kepada en. nasir. harap en. nasir panjang umur serta murah rezeki. diharap juga, jodoh saya dan en. nasir sampai ke syurga. selain daripada itu, saya hanya tido. kemudian malam, pergi makan di keramat bersama mama, nana dan fifi. pulang berbual dengan en. nasir sebentar. tidur sambil bersyukur dengan kehadiran en. nasir.

Friday, February 22, 2008

lari dalam dunia khayalan

saya suka. saya dah temui satu cara untuk menghilangkan diri dari dunia (yang mungkin serba kekurangan) ini buat sementara. cara saya ini hanyalah untuk mereka yang benar2 merasa tiada apa lagi yang bole dilakukan kerana hidup ini bukan kawalan mereka.

cara itu adalah TIDUR.

mungkin tidur itu secara meluas, general. apa yang sebenarnya saya maksudkan ialah, bermimpi. aduhai, mimpi itu memang syurga dunia. tidak kiralah seronok atau tidak, menakutkan atau tidak, sedih atau tidak. mimpi itulah yang dapat membuat kita merasa seperti kita hidup di dunia lain (kerana segala yang berlaku, tidak masuk akal).

memandangkan saya seperti tidak mempunyai tujuan untuk hidup (untuk melakukan suicide amatlah berdosa besar), saya putuskan untuk tidur sepuas hati saya (seperti kata en. nasir, saya hanyalah budak perempuan yang kaya yang bole tidur sampai ke petang).

saya tidak menipu. saya telah bermimpi yang pelik2, tapi semuanya indah. walau seserius mana pun mimpi saya, semuanya hanyalah khayalan semata. kalau bole, saya seperti mau untuk bermimpi selamanya, tetapi body clock saya mempunyai idea yang lain. saya akan terjaga walaupun saya cuba untuk tidur. namun, segalanya seronok. saya dapat lari dari segala masalah dunia yang bodoh2, bongok2.

cubalah, tuan2 dan puan2. cubalah untuk tidur, dan bermimpi. ianya menenangkan hati dan kepala. berseronoklah di dalam mimpi itu. saya sendiri telah bermimpi yang suka2 beberapa kali.

biarlah dunia sebenar terdapat banyak masalah, asalkan saya dapat bermimpi seperti ini lagi.

jeritan yang lemah

mari ingat kembali.

not much yang sudah berlaku. hidup saya kebosanan. en. nasir pun membosankan. bangun pagi (bukan pagi, tapi tengah hari), menonton tivi. pasang ink printer/faxer/photocopier/scanner. cuba untuk print resume, tapi, stupid, print itu jam (*mengeluh* entahlah, apa mau jadi jadilah). kemudian saya online, tapi kelihatan seperti tiada apa yang menarik (mungkin saya yang melebih-lebih). kemudian makan carrot kek mama saya bawa pulang dari ofis (sebenarnya dah takda benda mau tulis). kemudian, saya teruskan kebosanan saya dengan menonton law & order, mcbride dan juga ncis (kelakar, saya kedengaran/kelihatan seperti orang yang loser).

fifi telah ke laundry untuk menonton zip zieller!! best benar! (walaupun saya tak pergi, tapi saya tahu ianya tentu seronok, hebat). en. nasir juga pergi sekali. biarlah dia, apa2 sajalah.

saya juga telah bergaduh yang mungkin besar dengan en. nasir. saya sedih sebenarnya dengan beberapa ayat yang dikatakan oleh en. nasir. saya sedikit kurang percaya dengan itu. saya juga telah bersikap kurang sopan. saya rasa serba salah. tapi, jika difikirkan itu, semuanya tentu berlaku untuk kebaikan yang lain. terima aja lah. tido sekali lagi dengan sedihnya. nampaknya, ari ini tidak begitu baik dari semalam.

Thursday, February 21, 2008

woish, mau mampos ka?

woish.

i guess life is just to short to wait and see.

first and foremost, saya mau bagitau, for the past couple of days, saya tidak berasa seperti mau menulis di sini. as a matter of fact, saya langsung tidak menulis di mana2. jadi, berlakulah kekosongan cerita tentang hari isnin dan selasa yang lepas.

the truth is, saya seperti tidak hidup pada hari2 yang lepas. saya rasa seperti kaku, mata termenung jauh walaupun tiada apa di hadapan sebenarnya. banyak yang saya fikir pada keadaan itu. adakah saya dan hidup ini selari? bolehkah kita melawan takdir? benar, semua itu kedengaran karut, merepek. mungkin, "apa masalah budak ni? gile ke?" atau, "malas aku nak layan si gila bongok ni". tapi, itu lah saya. suka fikir mendalam (walaupun sebenarnya cetek je). en. nasir suka cakap saya suka fikir bukan2. tapi, bukankah soalan saya itu relevan? relevan untuk kita, manusia yang hanya sementara di bumi ini?

who cares?

meh lah cerita tentang hari rabu semalam.

as usual, saya langsung tak nampak pagi. the day passed as if it was tuesday (boring, i know). I DAMN HATE ROUTINE. tapi itulah yang berlaku kat hidup saya sekarang. sedikit ironik. tapi, bukankah selalu dalam hidup seharian kita, perkara ironik sering berlaku? the thing that i remember is, saya bergaduh sedikit dengan en. nasir. apa kah puncanya, biarlah Tuhan sahaja yang tau. apa yang penting, dia seperti tidak kisah langsung saya kemarahan. atau saya kecewa dengan dia. semuanya dia tidak kisah. saya fikir, biarlah kalau dia tidak kisah. bukannya saya akan mati kalau itu berlaku.

saya harus kuat. saya harus tabah.

I LOVE MYSELF (cis, ni dah memang positif thinking crap dah ni).

tido dengan hati yang menyampah. harap2 esok hidup ini lagi menarik (with or without en. nasir).

Monday, February 18, 2008

penantian itu satu penyeksaan

penantian itu satu penyeksaan.

oh, itu benar sekali. kpp yang saya, fidah dan fifi perlu pergi sebagai salah satu perkara wajib untuk mengambil lesen, amatlah membosankan. saya ulangi (ulang?), amatlah membosankan. selama lima jam setengah, lebih tepat lagi, dari pukul 9.30 hingga 3, kami bertiga mendengar dengan sabarnya apakah kata2 en. pengajar itu. lebih menyeksakan, mama telah membuat kami tiba awal di IMKEDA, pada pukul 8.30. *mengeluh* aduhai, kenapalah mama begitu menepati masa? selama satu jam kami duduk melangok, sambil mengantuk, tanpa berbuat apa2 (kami bertiga suka melihat jika terdapat lelaki2 yang boleh mencuci mata kami, tapi malangnya, pada hari itu, tiada langsung yang mencapai standard kami yang rendah ini).

kami berehat selama setengah jam, pada pukul 11. kami ke luar untuk mencari makanan. saya telah menjamu dua popiah, sementara fidah telah memilih dua roti goreng (fifi tidak makan apa2, kerana dia ada masalah untuk menjaga kentutnya. takut dia akan kentut di dalam kelas).
kami juga berehat sebentar pada pukul 1.30 sehingga 2. waktu ini digunakan kami untuk bergelak ketawa, melihat orang2 di situ. mereka yang lain berasa pelik, kenapa kami begitu suka. sebenarnya, kami suka kerana dapat mengumpat seseorang. siapakah dia, itu adalah rahsia kami bertiga (note: saya tidak suka mengumpat, tapi manusia ini amatlah menjelikkan).

pada pukul 3, mama tiba untuk menjemput kami. pulang, saya online sekejap, makan bubur yang acik masak, juga cendol yang mama beli. kemudian, setelah kekenyangan, saya tido (badan saya juga lemah, kerana datang bulan).

saya telah terjaga pada pukul 8 (lebih kurang). mandi, lalu membeli roti dari mamak roti. setelah makan segala roti/junk food yang dibeli, saya online, tonton tivi. entah kenapa, saya rasa mengantuk, walaupun sudah tido petang tadi. melayan ngantok saya, saya tido awal hari itu.

Sunday, February 17, 2008

satu hari hari sabtu

arini tidaklah lewat sangat saya terjaga (tengahhari lah jugak). saya terus bersiap, kerana mau mendaftar untuk memandu (iye, saya belum mempunyai lesen). saya, fidah dan fifi mendaftar bersama. saya juga berjanji dengan en. nasir mau memancing. sementara saya bersiap, en. nasir tiba (sebelum ke rumah saya, dia ke jalan pudu (?) untuk mencari umpan). dia tiba dengan 'umpan' yang dibeli. makanan ikan yang perlu dikepalkan. jadi, makanan ikan itu perlu dikembangkan terlebih dahulu. setelah bersiap, kami mula bergerak. kami tidak terus ke IMKEDA (tempat pendaftaran memandu di keramat), kami ke foto-zoom dahulu, untuk mengambil gambar. saya dan fidah menuju ke foto-zoom, sementara fifi yang sudah mempunyai gambar, ke kedai majalah (mama saya yang bayar harga gambar itu, rm 15). saya juga membeli sekuntum African Daisy warna kuning (ianya sungguhlah cantik, benar) untuk en. nasir kesayangan saya (note: en. nasir dan saya menaiki kereta bersama, sementara fidah, fifi dan mama menaiki kereta yang lain). kemudian kami menuju ke IMKEDA. di IMKEDA, kami mendaftar, dengan sedikit kelakuan mama yang biasa. mama sentiasa mahukan harga yang kurang (kali ini dengan alasan kami mendaftar sekaligus).

*bosan*

kami menunggu, walaupun tidaklah lama. ketika ini waktu sudah menunjukkan pukul 3 lebih. segalanya selesai pada pukul 4 (lebih kurang, waktu sebenarnya tidak diingati. saya bukanlah bionic woman seperti di tivi itu). kemudian, saya dan en. nasir terus ke rumah untuk mengambil barang2 memancing, sementara mereka yang lain 'cuba' untuk ke dentist (saya katakan 'cuba' kerana dentist di sana mengatakan mereka perlu menunggu selama 2 jam setengah, di mana mereka terus pulang ke rumah). setelah mengepal 'umpan', kami bersiap. ketika bersiap, mereka pulang. mereka mau ke ampang point pula, mau membeli jam untuk fifi (note: kami yang lain sudah mendapat jam, jadi inilah masanya untuk fifi). sementara itu, mereka juga mengambil semua jam2 lama yang sudah rosak/habis bateri. kemudian, kami semua pun keluar.
kami ke kedai makan dahulu, tom yam kadir di ampang. saya memilih ayam masak halia, en. nasir memilih sotong masak merah. kami berdua kelaparan. selesai habis, jam menunjukkan sudah pukul 6 lebih (sekali lagi, ini hanyalah anggaran). kami terus bertolak ke tasik di ampang.

rupa-rupanya, tasik di ampang itu sedang di naik taraf, jadi kerajaan telah menutupnya (saya katakan kerajaan kerana tertulis di situ, ianya adalah projek kerajaan. ini saya fikir kerana pilihanraya sudah hampir. jadi, mereka akan dikatakan menjalankan tugas sebagai kerajaan yang prihatin). jadi, en. nasir mencadangkan kami ke selayang.

di selayang, oh, sejuknya, angin. tasik itu kelihatan ramai yang memancing. kami juga mulakanlah aktiviti memancing (walaupun saya langsung kosong tentang itu).

*gelak dengan kuat*

sebenarnya ada banyak kejadian lucu yang terjadi. betapa pancing yang dibawa itu (pancing ayah saya) sudah lama, sudah tua. namun, segalanya seronok kerana dapat bersama dengan en. nasir. dia kelihatan begitu hebat (ini pujian atau kebenaran?). saya bangga dengan en. nasir. ketika waktu menunjukkan sudah 7 petang, kami bergerak pulang. tiba di rumah pada pukul 8 lebih (kami telah melalui jalan yang mengharuskan kami untuk berpatah balik, jadi kami telah membuang masa di situ).

oh, ketika kami makan tadi, fidah telefon. dia beritahu, mama mengajak kami makan bersama di johnny's. jadi setelah sampai di rumah, saya terus bersiap (saya datang bulan, jadi perlu mandi untuk memakai pad). en. nasir pula disuruh sembahyang oleh mama. setelah siap, kelihatan seperti mama, fidah dan fifi sudah bergerak terlebih dahulu. jadi saya dan en. nasir bertolak bersama (kami mau ke johnny's jaya jusco wangsa maju). di johnny's, kelihatan seperti ramai orang yang beratur. kami tertanya-tanya adakah mama sudah sampai. jadi saya meminjam telefon en. nasir (note: telefon bimbit saya ada kisah yang tersendiri yang malas saya mau explain). seronok, mereka sudah berada di dalam.

*makan dengan enaknya*

(untuk pengetahuan semua, johnny's itu adalah tempat kegemaran keluarga saya, kerana terdapat begitu banyak pilihan)

selesai makan, kami pun ke klcc (kononnya mau membeli tiket wayang, tapi tak jadi kerana sudah lewat). jadi, saya, en. nasir, fifi dan ain (oh ye, ain juga ada ketika makan di johnny's tadi) melepak di starbucks sahaja. en. nasir dan saya berbual tentang perkara2 yang fantasi. oh indah sungguh ketika itu. saya suka. saya mau melakukan nya lagi. sekerap mungkin (gila sudah saya rasanya). pada pukul 12 (sekali lagi, lebih kurang) kami pulang. kemudian kami berjalan2 ke taman tar. ain mau menunjukkan tempat yang menakutkan (ain dan fifi sangat obsess dengan 'cerita hantu', jadi mereka memang gemar begitu). sesudah segalanya, kami pulang. jam sudah menunjukkan pukul 1.15. en. nasir mau menonton m.u melawan arsenal, jadi dia mau segera pulang. saya, fifi dan ain melepak di rumah. beberapa minit kemudian, saya tido, kerana berfikir bahawa pagi esoknya saya ada kelas kpp (salah satu kelas wajib untuk memandu). berharap dapat bermimpi yang enak2.

kematian dan misteri

apa kah dia yang telah dilakukan semalam? owh, saya bangun lewat lagi (no suprise). tengok numbers, tapi tak tgk sgt. kemudian saya online, mengupdate tulisan dalam muka surat ini. kemudian, acik saya turun.

baby kakak sedara saya dah meninggal dunia. owh, sedihnya. tapi, dengan pastinya baby comel itu akan terus ke syurga, menikmati kehidupan serba sempurna. acik ajak ikut pergi ke kubur, tapi saya baru bangun, jadi berfikiran bahawa tidak akan sempat untuk bersiap serta untuk menghadapi pemergian itu.

berbagai fikiran serta soalan bermain dalam diri. semuanya saya pilih untuk biarkan ianya tidak terjawab, kerana bagi saya, itulah cara untuk 'hidup' dalam dunia ini, dunia Tuhan itu. ianya akan penuh dengan misteri, misteri yang bertujuan untuk menyedarkan manusia, membuat manusia itu berfikir. oh, bagaimana Tuhan itu works in a mysterious way. bersyukurlah, Dia masih lagi menyayangi kita dengan semua dugaan dan ujian itu.

back to the day.

malam, kami, saya, mama, fidah dan nana pergi ke keramat untuk kenduri arwah. makan nasi ayam. oh, nasi ayam itu sungguh heaven. kami kenyang. kemudian, melepak dengan saudara saya, bermain dengan adik saudara, anak buah. mereka sungguh kelakar (note: saya tidak berapa suka kanak2, mereka kelihatan mengada, atau lebih tepat, dimanjakan). tapi, selalunya, saya layan kan sahaja. kemudian, lebih kurang pada pukul 12.30 malam, kami pulang. aduhai, penat dan ngantuk (sebenarnya, saya mengantuk sebab contact lense yang sudah kering, jadi mata jadi penat). seperti biasa, saya melayan kucing2 saya, kemudian tidur. sambil berharap akan bermimpi en. nasir yang hebat itu.

Friday, February 15, 2008

overrated? what is?

what is overrated nowadays? banyak. valentine's is overrated. skinny jean is overrated (walaupun saya sangat suka pakai skinny jean, walaupun kaki saya tidak skinny). mawi is overrated. being rich is overrated. depress is overrated.

*diam sebentar*

atau saya yang gile? suka nak cakap itu ini overrated (sebenarnya, saya sangatlah suka memberi pandangan, cuma tidak mengikut kepala, selalunya mengikut hati). tapi, really, overrated is needed in the society. supaya kita tidaklah seperti klon (minus the dnalah). berfikiran sama, berpakaian sama, bercakap tentang perkara yang sama. oh, jikalah itu yang terjadi dalam dunia ini, mungkin akan terjumpa di mana2, muntah2 muak (kasarkah?), cebisan2 otak (gelikah?), mereka, manusia yang tidak larat untuk meneruskan dalam hidup yang penuh dengan patung2, robot2, yang tiada variasi.

*berfikir*

mungkin, sebenarnya manusia hanya mau untuk dimaukan. mau untuk berada dalam satu kumpulan. mungkin. fitrah manusiakan, mau untuk bersama. jika itulah alasannya, tiada salahnya. teruskan. siapala saya untuk mengkritik anda (benar2 ikhlas). it could be cute, kalau berjalan dengan orang yang serupa kita, macam kembar. sambil bergelak ketawa.

*sunyi*

tapi really, satu2 nya yang sampai mati saya akan cakap ianya overrated adalah, berlagak anda itu banyak duit.

*batuk*

janganlah cakap saya ini stereotype. saya tidak. sayalah orang yang paling terbuka anda akan jumpa (terbuka secara intelligently, bukannya membabi buta terbuka). tapi saya memang berpendapat ianya overrated.

1. takda duit berlagak banyak duit. kau nak mampos cepat ke?
2. ada duit, berlagak, tapi duit mak bapak. kau nak mampos cepat ke?
3. ada duit, duit sendiri, mengutuk orang takda duit. kau nak mampos cepat ke?

maaf sekiranya ada yang terasa, termakan cili. ini hanyalah pandangan cetek saya semata. tiada niat untuk menyakiti. kita semua manusia. mari bersama2 jadikan kedamaian (oh, betapa perkataan itu sungguh nyaman) itu realiti. buang segala kebencian. mari.

hari semalam saya...

semalam, saya bangun lewat lagi, sudah pukul 2 petang. terus saya tonton numbers (walaupun itu semuanya ulangan). menarik, tapi sudah diketahui jalan ceritanya, jd saya tidak begitu fokus ketika menonton.

online, membaca apa2 saja yang menarik perhatian saya, dari isu kucing mencari kekasih hati ke isu natasha hudson memplagiarize poem dari mereka yang sudah lama berpoetry (Jannah Raffali punya blog). silalah mengklik, berminat atau tidak, kerana ini dapat membuka mata kita bahawa, plagiarism itu adalah sangat berbahaya, sangat mementingkan diri sendiri. silalah klik. pergilah. klik je. it is only one click away (*ahem* *ahem* kedengaran seperti saya memplagiarize iklan sebuah bank ini).

really, why plagiarize? bukankah itu seperti satu kelakuan moral yang tidak baik? (secara logiklah) seperti kita mencuri hasil titik peluh, hasil perahan otak, hasil kerja tangan seseorang? membuatkan saya terfikir. bagaimanakah agaknya kelakuan saya, pandangan saya, jika adanya orang yang memplagiarize saya? oh, harapnya, janganlah ada yang berbuat demikian. saya mohon, saya merayu, janganlah.

owh ye. (nanti lupa)

saya bermimpi en. nasir meninggal.

*sunyi*

apa maksudnya? tak mampu untuk berfikir tentang itu. takut sebenarnya. takut ditinggalkan seorang diri dalam dunia yang serba kekurangan ini. oh, benar2 tak bole berfikir. terus saya mintak nombor telefon sesiapa yang penting, agar saya bole hubungi jika hati ini tidak tenteram, barangkali kerana sudah lama tidak mendengar tentang en. nasir, atau kerana en. nasir sudah tidak mahu melayan saya.

*sunyi lagi*

tapi, jika di takdirkan, memang en. nasir akan meninggalkan saya dengan begitu awal, begitu cepat, saya akan sentiasa berdoa untuk en. nasir, serta untuk saya agar kami akan bertemu semula di syurga (mungkin di neraka dahulu). amin.

udahlah, saya seperti sudah mau menulis tentang en. nasir lagi. udahlah wahai ema.

kembali ke hari semalam.

ketika malam, tiada apa yang menarik, saya teruskan dengan aktiviti beronline, membaca apa yang bagus, yang tidak bagus. kemudia melayan kucing2 saya. oh, mereka sungguh comel. kemudian, tonton tivi, selepas itu lelapkan mata, bersama Junior kesayangan. owh, harap mimpi akan menjadi lebih bagus dari ari ini.

en. nasir

en. nasir must be a somewhat significant person dalam hidup saya if this particular post is about him.

memang pun. itu benar sekali.

saya suka en. nasir, harap en. nasir suka saya. (malu sebenarnya mau berkata begitu)

*pipi saya sudah merah*

tapi yang paling penting, saya harap en. nasir akan sentiasa di sisi. tidak perlu berbuat apa2, hanya perlu berada di situ, kerana bayang2 en. nasir itu sahaja sudah mampu buat saya tersenyum. aduhai, tidak mampu saya cari dalam kamus apa kah lagi vocab yang boleh menerangkan perasaan saya terhadap en. nasir.

saya tidak pandai berkata (mulut saya tidak manis) jika en. nasir di hadapan mata saya. harap en. nasir tidak bosan dengan itu.

saya hanya pandai begini, menulis begini (itu pun tidaklah hebat mana). tapi, segala yang saya tulis itu adalah benar semuanya. ikhlas.

---

SEDIKIT KATA, LUAHAN RASA

tiada bintang seterang cahaya mata itu,
ia terlalu bersinar.
tiada sungai mampu mengalirkan kasih ini,
ia terlalu hebat.
tiada bunyi mampu menyenyapkan jeritan cinta ini,
ia terlalu kuat.

biarkan sahaja,
sayang itu bermain,
kasih mereka bersimpul,
itu semua isi kepada pengakhiran kisah yang maha.

yang no. satu

bismillah.
segala permulaan harus dimulakan dengan itu.

sudah lama mau menulis di sini (sebenarnya sudah pernah menulis, tapi saya buang semua nya, kerana kedengaran cetek). saya sendiri pun tak tau kenapa baru sekarang saya mau menulis, sedangkan bukannya saya sibuk dengan hal2 dunia (kecuali NEOPETS, tak tau sila klik).

entahlah, mungkin saya malas.
tak habis2 dengan malas.
kenapa?
atau malas itu hanya alasan tidak mau 'membesar'?

tapi, kerana saya sudah banyak menonton, mendengar, melihat, membaca, saya putuskan untuk terus maju kehadapan, bukan diam di sini. bosan sebenarnya, duduk di rumah, bangun lewat, makan, tonton tivi, main game (ia kedengaran seronok, tetapi percayalah saya, it takes all of your energy and soul away, tiada berbuat apa2).

saya telah putuskan untuk menjadi seorang pendidik. (oh Tuhanku, jadikanlah harapan aku itu kenyataan, amin). saya bertekad. it would be nice to think that you can do your part as a human dalam dunia ini, yang makin lama makin kering. insyallah.

tapi, sebenarnya saya tak paham. kenapa mama dan babah biarkan saja saya begini, hilang dari masyarakat. diam mulut dari di dengar. adakah mereka terlalu memahami diri ini yang mau berehat, setelah beberapa tahun meneruskan pengajaran saya? atau adakah mereka terlalu malas untuk berhadapan dengan saya?

*sunyi*

entahlah, mau ditanya sendiri pada mereka, tetapi, dengan yakinnya, saya tidak akan dilayan. maksud, mama akan sampuk, (apa yang dia selalu lakukan) everytime dia tak tau nak deal dengan kami adik-beradik, dan babah akan buat2 cool, (kononnya understanding) tapi penipu besar. lihat, memang entahlah, kami adik-beradik sudah lali dengan keadaan ini.

oh, saya puas dapat berkata demikian.

KAMI ADIK-BERADIK SUDAH LALI DENGAN KEADAAN INI.

benar sangat2, saya tak sabar mau keluar dari rumah ini, meneruskan hidup, mau hidup berdikari, mau cuba nasib sebagai manusia. tapi, adakah itu yang terbaik? yang pasti, apa yang saya selalu pegang, Tuhan ada cerita untuk semua kita. jadi, teruskanlah hidup, teruskanlah taking chances.

owh ye, sebelum mengakhirkan (atau mengakhiri?) kata2 hati ini, ingin saya khabarkan di sini, saya bersyukur, bertemu dengan seorang manusia yang sangat suci hatinya, saya tak percaya Tuhan menemukan saya dengan dia. harap persahabatan itu kekal sampai syurga.