Monday, March 31, 2008

pasar dan futsal yang tak kesampaian

jumaat yang lepas telah berjumpa dengan en. nasir, kononnya untuk pergi ke pasar malam bersama, tapi, Allah lebih tahu, jadi ketika itu, kenderaan sungguh banyak, sehingga kami berdua terstuck di ampang.

damn. terstuck di situ sahaja sudah 20 minit (atau lebih).

kami jadi kelam kabut kerana en. nasir ada temujanji untuk bermain futsal, pada pukul 9 malam. ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam.

tiba di pasar, tiada parking, jadi en. nasir mencadangkan agar saya sahaja yang turun, sementara en. nasir menanti di dalam kereta, bimbang jika bas akan tiba (kami parking di tempat bas berhenti).

saya dengan cepatnya membeli kebab (saya sudah lama teringin memakan kebab) serta air kelapa untuk en. nasir, dan air mata kucing untuk saya. kemudian, saya membeli juga keropok lekor (yang hanya tepung sebenarnya), serta gula-gula kapas.

semuanya selesai tepat pukul 9 malam. jadi, en. nasir telah membawa dengan lajunya, dengan harapan untuk sempat bermain.

sekali lagi, Allah lebih tahu, kami sesat (lebih kepada en. nasir sesat, kerana dia seolah tahu jalan).

kami tiba lewat. en. nasir hanya berada di court futsal itu selama 5 minit.

selesai futsal, kami melepak, kemudian ke uptown damansara untuk makan malam. saya dan en. nasir makan char kuey tiaw. pedas sehinggakan en. nasir pening2.

kami pulang ke rumah, dan kelihatan fidah dan shimi sedang melepak. kemudian en. nasir ingin mentransfer gambar yang diambil di futsal tadi ke laptop saya. jadi kami terpaksa tunggu sebentar untuk mencaj laptop saya itu.

sementara itu, kami melepak di luar rumah saya, sambil menjadi hidangan nyamuk sial. fidah dan shimi pula melepak di dalam rumah.

selesai mentransfer gambar, en. nasir pulang.

saya juga tidur sejurus itu, kerana jam sudah menunujukkan pukul 4 pagi, dan saya penat.

Friday, March 28, 2008

si gila

semalam, seperti sudah ok sedikit dengan en. nasir. tapi, saya masih berfikir bukan-bukan. bodohkan saya? suka mempertikaikan sesuatu yang baik? tidak bole menerima kebahagiaan.

saya beritahu fifi, saya orang yang tidak bole berasa bahagia, saya takut. fifi cakap saya mesti berjumpa dengan doktor.

*senyum palsu*

tak kisahlah, saya bodoh ke, saya gila suka fikir bukan-bukan. yang pasti saya sudah kembali berbaik dengan en. nasir.

*diam, berfikir*

nilah dia, orang yang tak pernah sembahyang. tiada pegangan, tiada arah tuju. hati tidak boleh tenteram. diri sudah mempunyai orang yang paling hebat pun, masih lagi nak rasa tidak keruan.

cubalah ema, untuk sembahyang. mungkin dengan itu saya akan merasa kebahagiaan yang tidak terkira.

Thursday, March 27, 2008

apa yang dimahukan?

selasa lepas, harijadi nana. HAPPY BIRTHDAY NANA! kami (mama, acik, nana, fifi dan saya) pergi dinner di johnny's (memang favourite kami).

selesai dinner, kami berjalan-jalan di bb sebentar, kemudian pulang.

rabu (semalam), saya bergaduh dengan en. nasir. dah penat sebenarnya asyik nak gaduh (bukannya selalu pun).

tapi, mungkin salah saya. saya terlalu suka untuk berfikir bukan-bukan (mengikut kata en. nasir).

yang saya rasa terkilan, perlu ke untuk menutup handphone? saya tahu kamu marah, en. nasir, tapi perlu ke untuk berbuat begitu?

damn lah ema. apa yang kau mahu sebenarnya?

Wednesday, March 26, 2008

(gigit jari)

hurm, entahlah.

apa mau jadi, jadilah.

sebenarnya, saya tak tahu apa yang saya nak, apa yang saya mahu. dan ini telah menyusahkan ramai orang, dan yang paling geramnya, saya sudah menyusahkan diri saya sendiri.

nak minta lebih, takut segalanya saya dah amik. tak nak minta, takut rasa diri tak cukup.

apa mau buat?

nak lari? nak mengalirkan air mata? nak mengamuk?

dahlah kan.......

penat dah. asyik begini.

kenapa saya tidak boleh menerima kebahagiaan itu seperti orang lain? diambil segala cebis rasa bahagia itu dan disimpan di dalam hati? haruskah, perlukah saya takut untuk ke situ, mencapai bintang, bulan di langit?

benci, benar2 benci dengan diri sendiri.

semua, saya nak minta maaf, kalau selama ini saya dah amik segala tenaga, kudrat kamu semua. silalah faham, saya seorang yang memang pentingkan diri sendiri, bukan kerana saya jahat, tapi saya fikir, dunia ini, jika diberi segala kebaikan saya, saya tiada apa yang tinggal, hanyalah jiwa yang kosong.

dinding itu masih ada, takut saya mahu buang, tapi dinding itu sudah lebih rendah dari yang sebelum ini. jauh lebih rendah. dulu dinding itu tiada tingkap, kini, cahaya matahari sudah bole menyinar (saya juga sudah lebih positif dari dulu).

buat masa sekarang, saya fikir, lebih baik saya begini. tidak mahu memanjangkan cerita, tidak mahu menyoal. biarlah.

mari ema, kita duduk diam, tengok langit.

en. nasir pakai kupiah

ahad lepas pergi kenduri kahwin shahrul, di klang. saya dan en. nasir naik myvi. mama, fidah, acik dengan didi naik crv. kami bertolak lebih kurang pukul 12 lebih tengahari.

sepatutnya, melly pergi dengan kami, memandangkan dia tahu jalan ke rumah shahrul, tapi atas sebab2 tertentu (sebenarnya saya fikir melly terbangun lewat, jadi melly memberi alasan pelbagai), dia tidak jadi pergi bersama.

sebelum bergerak ke klang, en. nasir dan saya mengisi minyak.

mula2, en. nasir dan saya yang lead konvoi itu, tapi, seperti biasa, mama cuba untuk menunjuk pandai (mungkin), dia minta dari saya kad jemputan kahwin itu, untuk melihat peta.

saya tak faham, sebab kami dah menuju ke arah yang betul.

beberapa perangai mama yang menyampah, kami tiba. kami tiba betul2 ketika shahrul dan pengantin perempuan itu tiba. jadi kami terpaksa menunggu sebentar, kerana terdapat persembahan silat. sementara itu, en. nasir sudah memakai kupiah. dia kelihatan comel.

selesai, kami mula untuk mengambil makanan.

sedap, lauknya simple, tidak over, tapi terasa segala perisa yang ada. sambal belacan paling sedap, pedas, dan saya memang suka pedas.

selesai menjamu, kami melepak sebentar. mama masuk ke dalam untuk berjumpa dengan emak shahrul.

beberapa ketika, kami pulang. ain, fifi dan didi mengikut en. nasir dan saya.

sebelum tiba ke rumah, en. nasir membeli cendol. en. nasir kehausan saya fikir.

di rumah, kami melepak.

tiba malam, kami pergi dinner di studio 5. kami makan satay. nyum nyum nyum. sedap. kemudian en. nasir pulang, mau menonton m u lawan liverpool. saya mau ikut, tapi saya kasihan sama en. nasir, mau menghantar saya pulang, kerana en. nasir bekerja esoknya. jadi, saya tidak ikut.

m u menang 3-0, besh besh.

tido, kepenatan.

Tuesday, March 25, 2008

surat untuk en. nasir

kehadapan en. nasir,

pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih yang tersangat banyak kepada kamu kerana telah membuat saya berasa gembira. gembira sejak pertama kali saya kenal kamu.
dan telah membuat saya kembali merasa, mungkin lebih kepada mengenali erti cinta.

apa yang saya tulis ini mungkin kamu tidak akan setuju, atau mungkin berasa tersinggung, seolah-olah saya tidak mengambil kira pendapat, juga fikiran kamu. saya tahu memang saya tiada hak untuk membuat keputusan ini seorang diri, seperti seorang manusia yang pentingkan diri sendiri. tapi, percayalah, tiada langsung niat di hati saya yang kecil ini untuk menyakiti kamu.

saya meminta kepada kamu untuk membaca apa yang saya ingin tulis ini dengan hati yang terbuka.

saya telah berfikir, kamu lebih baik tanpa saya.

mungkin kamu akan fikir saya ini gila, atau mengada, tapi itulah kebenarannya, tidak kira kita suka atau tidak. saya hanyalah perempuan biasa, yang tidak mempunyai apa-apa untuk diberi kepada kamu. lebih kepada saya meminta-minta dari kamu, dan saya tidak mahu itu membebankan kamu. dan saya juga fikir, saya harus lebih pandai menjaga diri saya, bukan meminta kamu memberi perhatian kepada saya. maaf ye kalau saya selama ini sudah menyusahkan kamu dengan segala kerenah saya.

saya kuat cemburu. saya suka marah. saya tak suka make-up (saya tahu kamu suka perempuan cantik). saya selekeh. saya suruh kamu temankan saya pergi upm buat tesis saya. saya garang. saya tak kerja-kerja lagi. saya takde lesen lagi. saya suka nak perhatian kamu (kalau kamu tak bagi, saya jadi perempuan gila). saya suka nak buat kamu marah.

sebenarnya banyak lagi, saya tahu, tapi ini antara perangai saya yang paling menyakitkan hati.

sebab itu, saya rasa kamu lebih baik tanpa saya.

jangan risau en. nasir, kamu akan jumpa lebih ramai perempuan cantik, baik. dan semuanya akan sayang kamu sepenuh hati, saya yakin (saya sendiri pun tidaklah bagus mana).

saya harap kamu akan mempertimbangkan tulisan saya ini. saya juga harap kamu tidak akan benci, marah sama saya.

oh, saya benar-benar takut untuk kehilangan kamu, tapi saya yakin ini yang paling baik untuk kamu.

yang benar,
saya

Saturday, March 22, 2008

pertama itu selamanya

kali ini, saya mahu untuk menulis tentang kali pertama saya berjumpa en. nasir.

suka untuk mengingat balik. waktu itu akan kekal dalam kepala saya selamanya.

saya ingat, hari itu en. nasir mengatakan mahu berjumpa dengan saya (setelah, mungkin beberapa minggu berkomunikasi melalui sms). saya ragu2, bukan kerana tidak mahu, tapi kerana segan. saya ada masalah itu, saya benci. jadi saya katakan mahu menghantar fifi pulang ke gambang, sebagai alasan tidak mahu berjumpa (jangan mara eh en. nasir).

saya fikir, mungkin en. nasir akan mengatakan 'oklah, kita jumpa lain kali jelah'. tapi, dia mengatakan bahawa dia juga ingin menghantar fifi ke gambang.

oh, saya dah tak tahu untuk berkata apa alasan lain.

saya pun setuju saja.

mama, fidah dan saya menghantar fifi ke stesen bas pekeliling. bas fifi belum mahu bergerak lagi, jadi kami melepak dalam kereta.

note : pada ketika ini, mama, fidah dan fifi belum tahu yang saya akan berjumpa en. nasir di sini.

setelah beberapa minit, kami pun menghantar fifi ke bas.

selesai, mama mahu pulang, tapi saya beritahu dia, saya ingin berjumpa seseorang. mama terperanjat, mungkin takut.

'mana kaklong kenal?'

aduhai, saya malas betul mahu menjawab soalan yang sebegitu, tapi, saya tidak mahu hubungan saya dan en. nasir berakhir dengan tragedi, jadi saya jawab segala soalan yang di tanya (saya fikir, lebih baik saya jawab, supaya tiada masalah).

pada ketika ini, en. nasir memang sudah lewat sangat.

kami tunggu, kemudian en. nasir msg, mengatakan sudah hampir. jadi saya pun ke stesen lrt titiwangsa (en. nasir tiba dengan lrt) untuk membawa en. nasir bertemu dengan mama (mama insist untuk berjumpa dengan en. nasir).

first time nampak en. nasir, jantung saya memang berdegup laju. saya berdebar, tapi cuba buat2 cool.

saya lambai, untuk memberitahu en. nasir inilah saya. dia turun melalui tangga, saya tunggu di bawah.

en. nasir memakai baju biru, dengan topi (which turns out to be topi akim). seluar, saya sedikit lupa (maaf eh en. nasir).

saya bawa en. nasir ke kereta untuk berjumpa dengan mama.

'keje mana?'

apa punya soalan tu? saya nak marah mama pun malas. biarlah dia, dengan otak dan fikiran dia. pada ketika itu, saya bukannya ada apa2 pun dengan en. nasir, tu yang saya menyampah dengan soalan bodoh mama tu.

kemudian saya beritahu mama, en. nasir dan saya ingin keluar. saya salam mama, kemudian kami bergerak. masalahnya kami tidak tahu mau ke mana. akhirnya, kami memilih untuk ke sogo (senang pun, ada lrt).

di sogo, sekali lagi kami tidak tahu untuk ke mana, jadi kami hanya melepak di food court, sambil minum air.

kami berbual, ntah apa2 cerita ntah, tapi memang saya ingat sampai sekarang. ada tentang manchester united, tapi kebanyakannya tentang en. nasir dan hidup dia.

seronok dengar en. nasir bercerita. tentang kawan2, tentang keje.

setelah beberapa lama, kami bercadang mahu pulang. en. nasir menghantar saya ke lrt ampang (terima kasih eh, en. nasir). sebenarnya tak plan pun en. nasir mahu menghantar saya sampai ke ampang, tapi saya suka je.

pulang, saya kegembiraan, tersenyum, tapi pada ketika itu, saya tidak berfikir tentang akan bercinta, atau apa2 dengan en. nasir. saya hanya gembira, hari itu berjalan dengan baik sekali.

terima kasih ye en. nasir, buat saya gembira.

hari yang memenatkan

bangun pukul 7.45 pagi, kerana saya ada interview. sebelum itu, pukul 7 pagi en. nasir telefon, mahu kejut, sebab saya suruh semalam.

mandi, kemudian bersiap. semalam, saya dah gosok baju, jadi cuma tinggal mahu cari seluar yang sesuai (note : tah mana tah seluar yang ada selama ini). ronda2 keliling rumah, saya bercadang mahu mencari di bilik mama.

*gelak evil*

jumpa satu seluar yang bergaya. seluar itu kelihatan seperti man's pants, sebab tu bergaya. terus saya pakai (sesuai plak dengan baju tu).

selesai bersiap, saya cuba untuk mencari beg yang sesuai. terakhirnya, saya bercadang untuk memakai beg mama (kelihatan seperti semuanya mama saya punya).

pukul 9.15 pagi, saya berjalan kaki ke stesen bas ampang point, untuk ke klcc. dengan bijaknya, saya telah memakai kasut yang tidak memelecetkan (wujudkah ayat memelecetkan?).

tiada masalah, cuma, saya kepeluhan (adakah kepeluhan?).

tiba di klcc, saya berjalan lagi, kali ini cuma 5 minit. saya tiba di pejabat itu tepat2 pada pukul 9.50 pagi. oh, ye, janjitemu saya itu pada pukul 10 pagi.

saya kemudian dibawa ke satu ruang pejabat, di mana sudah terdapat 3 lagi mereka yang akan bersama saya dalam discussion ini.

kemudian, en. kamarul tiba. dan mulalah briefing dan discussion itu.

*masa berjalan selama 1 jam 30 minit*

selesai, saya pulang. tidak perlulah ye untuk bercerita tentang briefing dan discussion tadi, takut saya meleret, dan anda semua kebosanan.

tiba di rumah, saya berehat, penat berjalan. baca buku, lalu terasa mengantuk. saya tidur sebentar.

saya terjaga pada pukul 7 malam. kemudian turun bawah, sambung baca buku tadi. beberapa minit, fifi dan mama pulang. saya mengadu lapar. kemudian mereka ke kedai di keramat. saya mengirim ayam kerabu dan juga telur dadar.

selesai makan, saya melepak. cuba untuk membaca buku tadi, tapi terasa sangat mengantuk. lalu tidur, tanpa ragu2.

Friday, March 21, 2008

bukan kisah cinta ye

semalam saya kluar dengan en. nasir.

en. nasir tiba awal di rumah, lebih kurang pukul 9.30 pagi, tapi, saya masih tido (saya tahu saya jahat, maaf eh en. nasir). kononnya, kami mahu melawat kawan saya di pulau ketam ,zaza (dia bekerja di situ, jadi semestinya perlu tinggal di situ). ini semua adalah cadangan shima. sambil itu bolelah kami memancing sekali, kerana rumah zaza dekat dengan sungai/laut (?). tapi, pagi2, shima sms. mengatakan zaza akan pulang ke rumahnya di shah alam (kalau saya pun, saya akan pulang setiap minggu).

saya mandi, kemudian bersiap sedia mengeringkan rambut. ingin keluar untuk bersarapan sejurus saya selesai mengeringkan rambut, tapi, jiran saya (namanya tidak payahlah saya sebut di sini), sedang berbual di luar. saya fikir, baik tunggu mereka selesai berbual (malas mahu bertegur sapa, tidak dalam mood). mereka berbual sampai pukul 11 lebih (bengang, lama betul). sementara menunggu, kami bermain chess.

keluar, saya tengok kereta myvi itu sungguh kotor. kotor seolah kereta itu telah melalui kandang babi (ye, ianya begitu kotor). saya naik marah. si pukimak itu (tidak mahu sebut nama) telah menggunakan kereta itu semalam. adoi, dah guna, jangan lah kotorkan. kereta itu baru je basuh aritu. serius, kalau saya ikut hati, tanpa menggunakan penaakulan yang baik, memang saya dah pukul kepala si bodoh itu, supaya jadi lagi bodoh (maaf, entri ini lebih kurang ajar, lebih kurang sopan, maaf). en. nasir dan saya ke caltex untuk mencuci kereta. rm 7, oklah tu (kami tiada duit, jadi terpaksa berjimat). selesai, saya suka. kereta itu sudah hitam berkilat kembali.

kami terus ke kedai makan di area rumah en. nasir (masing2 kelaparan). en. nasir dah lama nak ajak saya makan situ. sampai, memang kelihatan ramai orang di kedai itu. ada yang datang dengan keluarga, kawan, buah hati. kami memilih ayam goreng (en. nasir syorkan yang inilah), serta kerabu mangga, juga sambal belacan. verdictnya? semuanya sedap. dan saya menikmatinya. lain kali pergi lagi eh en. nasir. semuanya berharga rm 13.20. oklah tu, sebab sedap.

kemudian, kami ke rumah en. nasir. en. nasir beritahu saya tiada orang di rumah, tapi, bila kami tiba, akim sedang melepak tonton dvd (mereka telah membeli tivi baru, jadi seronok sikit nak menonton). dia seperti segan dengan saya, mungkin kerana dia hanya memakai boxer. dia tidak sihat, en. nasir beritahu, mungkin demam. saya seperti segan.

kami melepak sehingga pukul 6 lebih. kemudian kami ke the curve, cadangan pertama untuk ke borders, tapi saya terasa seperti mahu membeli donut big apple (j.co sucks), lalu ke ikea untuk parking, lalu berjalan kaki ke the curve. mula2 keluar duit (dah desperate sangat dah ni). kemudian terus ke big apple. yeehaw! kami beli 6 biji. yang paling best, peanut butter. kemudian kami ke borders. kemudian ke ikea, en. nasir mahu membeli ice cream. selesai, kami pulang.

di rumah, kami melepak sebentar, mahu memakan donut. beberapa minit kemudian, melly tiba, dengan haikal, saya fikir mahu berbincang tentang ke kenduri shahrul. akhirnya, en. nasir, melly dan saya berkeputusan untuk pergi bersama.

kami makan malam di ampang. portionnya banyak, tapi terpaksa habiskan juga, tidak mahu membazir. en. nasir tidak habis, tapi dia takpa, sebab saya risau dia akan muntah kalau dipaksa.

di rumah, en. nasir dan saya berbual. *gelak besar* entah apa2 yang kami bualkan. tapi, saya benar2 gembira. oh, betapa hebatnya lelaki yang bernama nasir itu, sungguh. cinta saya terhadap dia luar biasa, kerana ianya tidak terkira.

tak nak cakap pasal en. nasir, sebab nanti tidak boleh berhenti.

nanti eh ema, kita sambung cerita cinta yang maha ini lagi.

kemudian, setelah beberapa minit, en. nasir pulang. en. nasir tidak membawa jaket, jadi dia akan kesejukan. kesian dekat dia.

tidur awal, kerana esok pagi ada interview.

Tuesday, March 18, 2008

bukit tabur, roti boom.

hari ini, tidak banyak yang dilakukan. bangun pada pukul 12. baca berita (kebelakangan ini, banyak pulak berita merepek). tengok tivi. wish en. nasir good luck. en. nasir ada interview pukul 3.30. kemudian, mandi, bersiap untuk keluar bersama en. nasir.

en. nasir tiba pada lebih kurang pukul 4.20 petang. saya baru selesai mandi. en. nasir terpaksa duduk di luar, kerana acik tiada. saya siap pada pukul 5.

en. nasir terasa seperti mau makan cendol (walaupun dengan tekak yang sakit), juga char kuew tiao, tapi tidak tahu di mana terdekat yang mempunyai char kuew tiao yang sedap, jadi bertukar kepada rojak, jadi kami ke tempat yang tidak diketahui untuk makan itu semuanya (sebenarnya dekat dengan jalan u-thant).

selesai makan, kami ke max-value di ampang. en. nasir mau membeli kunci motor (kunci en. nasir rosak). sedang mencari kunci itu, kami terjumpa dengan screwdriver. en. nasir suruh saya beli, untuk membaiki printer saya itu (klik cerita itu).

kemudian, kami tidak tahu untuk ke mana. akhirnya kami bercadang untuk ke bukit tabur, atau lebih tepat lagi, untuk mencari bukit tabur (kami bercadang untuk 'memanjat' bukit tabur itu). pusing2, jalan2, kami masih tidak berjumpa. kami ada terlihat papan tanda 'empangan klang gate'. tapi, akhirnya, kami hanya berpusing2 di laluan sempit. ketika itu, kami ada juga ternampak merak. oh, saya memang pelik. kenapa merak itu dibiarkan sahaja di kawasan luar rumah? entahlah, yang pasti, saya masih pelik dengan jalan di kawasan itu. seolah jalan tinggal, yang tidak diketahui orang.

kemudian kami pulang, main chess, en. nasir sembahyang, en. nasir buat blog baru, kemudian kami keluar makan. saya terasa seperti mau makan roti boom, jadi kami ke boom in. kenyang, alhamdulillah.

en. nasir pulang ke rumah pada pukul 12 lebih (saya rasa). harap, kami berdua bersama bahagia selalu.

note : tulisan di bawah ini adalah tulisan en. nasir. oh, dia sungguh comel.

Monday, March 17, 2008

sy syg ema!!!

sys syg emaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
syg ema byk

sy yg iklas
-karmen rider color biru-

Saturday, March 15, 2008

oh, semuanya begitu

oh, pagi itu sungguh nyaman.

matahari itu mahu menyinar,
namun, sinarannya tidak terik,
cukup untuk membuatkan,
saya yang lena dibuai mimpi,
terjaga.

oh, pagi itu sungguh nyaman.

si jack itu berbunyi,
bersiul lagu 'selamat pagi manusia',
saya selesa mendengarnya,
tanda,
dunia belum lagi berakhir.

sebentar.

itu seperti bunyi ombak,
itu pula seperti bunyi kilat,
itu pula seperti bunyi api.

sebentar.

matahari itu sungguh terik,
tidak langsung menyamankan,
tiada lagi si jack,
yang pagi2 menyanyi lagu 'selamat pagi manusia'.

baru tadi semuanya indah,
baru tadi hati saya melompat.

apa yang bole dilakukan?

Tuesday, March 11, 2008

keseronokan yang terserlah

ahad itu, pagi, saya telah ke taman tar dengan en. nasir. niat untuk berjogging. tapi, entah kenapa, saya hanya berjalan, sementara en. nasir berlari.

penat sangat, iyelah, sudah lama tidak menggerakkan otot2 kuat ini.

kemudian, kami bersarapan bersama. indah, sungguh, tak tipu.

tiba di rumah, minyak di kereta sudah berkelip. saya minta mama duit (kami tengah kekurangan duit sementara ini), mau isi minyak. dia bagi rm50, suruh isi minyak rm30, serta cuci kereta (hahaha, kereta myvi itu sungguh kotor, warna hitamnya sudah menjadi kelabu).

selesai mencuci kereta, kami pulang. terasa seperti mau mandi, kemudian, shima telefon. katanya mau berjalan2 ke pangsun. saya dengan gembiranya setuju, kerana sudah lama kami tidak berjumpa. mandi, main chess sama en. nasir, kemudian tidur sekejap. pukul 1.55 petang, shima dan baayah tiba.

kami bergerak ke pangsun. dalam perjalanan, kami singgah sebentar di menara tinjau (tidak pasti di mana), untuk melihat pemandangan kuala lumpur. beberapa minit, kami bergerak semula ke pangsun. entah kenapa, shima seperti mau merasa alam sekitar (benar, kl sudah membosankan, bagi kami yang memang sudah lama berjoli di kl).

sebelum tiba di pangsun, kami membeli sedikit makanan serta minuman (saya dan en. nasir tidak makan tengahhari, jadi kami kelaparan. juga, ketika itu, matahari benar2 bersinar).

tiba di pangsun, kami seperti tidak tahu di mana mau berhenti. ada satu site, yang memerlukan kami untuk untuk membayar rm2 setiap seorang untuk masuk sahaja (ianya sungguh merepek serta bangang. bukankah alam semulajadi dicipta Allah untuk umatnya menikmati?). kemudian kami ke site yang memang saya kenali. tempat yang saya selalu pergi dengan keluarga serta jiran2. sudah lama juga sebenarnya saya tidak ke situ. berbaloi juga perjalanan yang jauh itu.

kami sekejap sahaja, kerana hujan mulai turun. kelakar sebenarnya, makanan pun belum dihabiskan. jadi kami pulang semula ke rumah saya.

tiba di rumah saya, kami tidak tahu mau berbuat apa. setelah beberapa gelak ketawa, serta cerita lucu, kami mengambil keputusan untuk ke one utama.

berjalan lagi (benar bosan, kerana yang ada hanyalah shopping serta muvi). tapi kali ini tidaklah bosan sangat, kerana ada baayah dan shima. setelah beberapa lama, kami makan. sedap mee sup itu. supnya enak sekali. kemudian, jiejah tiba. :) tiba dengan kekasih hati baru dia. comel jiejah, kelihatan sungguh gembira (memang, cinta itu harus menggembirakan, menyeronokkan).

sebenarnya, saya memang suka tengok mereka yang gembira dengan cinta. kelihatan sungguh memuaskan. kelihatan seperti dunia ini masih ada harapan lagi.

berbalik ke tulisan ini.

kami berbual sedikit, kemudian bercadang untuk pulang. saya juga kasihan kepada baayah yang harus menghantar kami pulang.

pulang, fidah dan mama mau meminta kami membeli starbucks, carrot slice juga kuaci. pertama, kami ke klcc, membeli starbux (saya juga membeli java chip, nyummy, sedap). kemudian kami ke ampang point membeli carrot slice dari secret recipe. kemudian ke kedai runcit di ampang, untuk membeli kuaci.

tiba di rumah, beberapa minit, mama suruh kami menjemput fifi di stesen lrt jelatek (dia baru pulang dari pernikahan shahrul). dia menyuruh kami untuk mendropkan dia di petronas (sudah tentu untuk membeli junk food).

pulang, saya dan en. nasir melepak, beronline. oh, ahad ini sungguh seronok, saya dapat bersama dengan kawan2 saya, serta en. nasir.

alhamdulillah. nak bahagia selamanya. dengan mereka2 yang hebat2.

'baran' yang sial

ada satu rahsia yang ingin saya bagitau.

saya ada satu 'baran' yang tidak boleh dikawal, dan ianya menakutkan.

takut kerana saya akan menyakiti mereka yang saya sayang, dan itu sering berlaku dengan 'baran' ini.
takut kerana 'baran' ini kelihatan seperti tidak bole diubati. mungkin dengan sedikit sembahyang dan doa, mungkin.
takut kerana 'baran' ini memenatkan, dan saya tidak mahu berasa penat, ia akan 'menyedut' sedikit demi sedikit jiwa saya.

jadi, bagaimana?

saya tidak mau berjumpa dengan doktor. tidak semuanya perlukan doktor. yang penting, jiwa dan hati ini harus sihat, suci.

jadi, bagaimana?

saya fikir, apa yang saya perlukan adalah telinga yang mendengar, bahu yang menopang. mungkin sedikit padang yang hijau, juga matahari yang cerah.

mungkin, mungkin.

*berfikir sebentar*

hurm, saya benar2 mau berbaring di atas rumput yang segar, sambil melihat ke langit biru. aduhai, saya sanggup buat apa saja untuk mendapatkan itu, mungkin lebih tepat lagi, mencapai itu (kerana, ianya kedengaran serta kelihatan sukar).

soalan yang sebenarnya : mengapa 'baran' ini dengan senangnya mencerobohi diri saya?
jawapan yang mungkin : 1. tidak pernah sembahyang 2. diri sudah kosong, jadi mudah untuk diceroboh 3. sekeliling penuh dengan kebencian

sebenarnya, semua itu hanyalah jawapan bodoh, oleh saya (yang tidak tahu apa2). apa gunanya sijil hebat2 jika 'baran' dalam diri ini tidak dapat dibuang? jika hati tidak suci? jika jiwa sudah kosong?

*diam*

selama ini saya cuba untuk mencari alasan untuk saya justifykan 'baran' saya ini. tiada. aduh, saya benar2 sudah penat untuk menghadapi 'baran' itu. untuk menahan ia dari keluar. ia terlalu kuat, tapi saya yakin saya lagi kuat (hanyalah satu fikiran positif yang saya sebenarnya tidak ada pun).

sekarang apa?

teruskan hidup, tempuhi hari2 dengan tenang. cubalah ema.

matahari itu sudah kelihatan sedikit.

Friday, March 7, 2008

cerita yang diolah

oh, sudah beberapa hari saya tidak menulis di mukasurat ini.
kenapa? entahlah. malas? entahlah.
yang pasti, saya bersyukur saya masih hidup. dan hidup itu masih lagi bersama mereka2 yang hebat dan seronok. yang paling happy, en. nasir masih ada di sini.
ok, saya akan ceritakan beberapa cerita tentang hari2 yang significant.

CERITA PERTAMA

saya dengan en. nasir telah ke pahang melawat family en. nasir (saya pakai tudung). oh, terima kasih kepada mereka. mereka sangatlah sporting. perjalanan itu mengambil 2 jam setengah, dari pukul 12 ke pukul 2.30 petang. on the way, selepas tol di uia tu, ada satu biawak melintas, dan en. nasir telah melanggar biawak itu (sebenarnya saya sangat sedih, sebab binatang juga ada hak untuk hidup). dan saya seperti telah marahkan en. nasir. entahlah, kemudian dia ada alasan yang dia tak tau untuk berbuat apa.

abaikan. back to the story.

tiba, kami makan. semuanya enak sekali. selesai makan, kami berehat, melepak, berbual (walaupun saya tidaklah banyak bersuara, seperti biasa). kemudian, kami dihidangkan laksa. aduhai, ianya sedap amat. mak en. nasir mau kami tidur di situ, tapi mama tidak bg. katanya, saya dah janji untuk pergi sehari saja. dan, saya telah merasa serba salah (kurang sopan untuk saya menolak pemrintaan tuan rumah, lebih2 lagi setelah mereka melayan saya dengan baik sekali).

kemudian kami telah ke t.c (teluk cempedak). BEST! anginnya, ombaknya, orangnya. semuanya A-class. jumpa sebentar dengan abang en. nasir. muka mereka berdua sangatlah seiras. melepak di kfc, kemudian pulang. singgah sebentar di rumah alang (kakak en. nasir), kemudian bergerak semula untuk pulang. sebelum pulang, kami beli keropok lekor (which turns out to be very good).

CERITA KEDUA

pergi memancing dengan en. nasir lagi. kami sudah ke giant untuk membeli barang keperluan untuk memancing (rujuk cerita ini di mukasurat ini ). seronok. walaupun tiada ikan yang kami dapat, ianya tetap seronok. sebelum itu, kami telah ke ikea untuk membeli lilin dan bekas lilin. seronok lagi (maaf, saya memang seronok jika menghabiskan masa dengan en. nasir).

CERITA KETIGA

saya telah berjaya untuk mengaktifkan kad atm saya. dan telah menyuruh babah masukkan duit ke dalam akaun itu. duit belanja sekali dengan duit untuk membuat passport.

itu sajalah cerita yang saya rasa berbaloi untuk ditulis di sini. harap cerita ini akan menceriakan hidup.