Sunday, August 31, 2008

kita BEBAS berJOGET GLOBAL di hadapan MAHARANI china yang berumur 1000 TAHUN

band terbaik malaysia.

itulah butterfingers (saya pernah menulis tentang mereka di sini).

(mungkin en. nasir akan tidak bersetuju dgn saya)

with such line ups - loque, emmett, kadak, loko - and kalai, the previous drummer, they are meant to be great.

saya mula mengenali butter ketika saya sekolah menengah. saya tidak terlalu mengikuti mereka, kerana, ketika itu saya bersekolah asrama, di mana, 24 jam belajar (hahaha, tipu), dan undang-undang asrama mengatakan, walkman (ketika itu discman, mp3 are not widely known) tidak bole dibawa (tapi bawak jugak).

and now, they are back with fire in their hands and music.

tak tipu, mereka memang indah, hebat.

hari tu, saya pergi ke uitm dengan fifi, en. nasir, semata nak tgk butter. the long drive, kereta takda minyaklah, parking jauh dari pusat sukan tulah, semuanya berbaloi. first class punya performance dari butter.

they played bebas, joget global, maharani, 1000 tahun. walaupun empat lagu je, saya tetap puas.

butterfingers is just another thing to be grateful of dalam hidup ini.

Friday, August 29, 2008

sujud syukur

saya menjadi seorang part time tutor.

*gelak tutup mulut*

betul kah apa yang dikatakan oleh ayat di atas itu?

betul ye puan-puan dan tuan-tuan, walaupun sedikit sukar untuk dipercayai.

sedikit cerita sebelum kisah saya.

ada seorang kakak, nama dia rohayu. saya kenal dia ketika saya melakukan master's saya di upm.

dia seorang wanita yang hebat. dia seorang lecturer, tetapi dia juga membuat part-time untuk mencari duit.

dan salah satu kerja part time dia, adalah sebagai seorang tutor di um.

pada bulan sembilan ini, dia akan pulang ke johor, untuk bekerja di sana. memandangkan dia masih lagi bekerja sebagai tutor untuk semester ini, dia terpaksa mencari ganti.

lalu ditelefonnya saya.

menanyakan jika saya mahu menggantikan dia selama dua bulan.

saya rasa doa saya di makkah dulu telah didengari oleh tuhan.

dan kini, saya mula sebagai part time tutor.

harap, tugas saya selama dua bulan ini akan diberkati. harap, student itu semua dapat memahami ajaran saya. harap, saya sentiasa ikhlas melakukan kerja ini. harap, selama-lamanya, saya dapat memberikan sedikit ilmu kepada dunia.

amin.

doakan saya ye semua.

juga untuk memiliki satu kedai buku saya sendiri.

Wednesday, August 27, 2008

life is good

(entri untuk en. nasir lagi?)

entahlah. saya terlalu suka dekat en. nasir, membuatkan setiap saat, fikiran saya adalah tentang en. nasir.

indah, semuanya yang saya fikirkan. tetapi, saya takut, jika satu hari nanti, tuhan akan tarik segala keberkatan ke atas saya ini.

terutamanya, keberkatan yang diberikan dalam bentuk seorang lelaki bernama en. nasir.

kami sudah selalu bercakap tentang kahwin.

walaupun sebenarnya, jauh di dalam hati, saya takut.

tapi, saya yakin, gembira itu tidak cukup untuk menggambarkan perasaan saya jika akhirnya kami bernikah.

aduhai en. nasir, walaupun kamu mengajar saya untuk 'merokok', kamu tetap seorang yang indah bagi saya.

JOM KAHWIN.

pahang oh pahang

baru pulang dari pahang.

aduhai.

seronok sungguh hari-hari saya di sana.

kami berempat - mama, saya, fidah dan fifi - memilih untuk menginap di hyatt regency kuantan. oh, dengan bilik yang mengadap laut untuk pagi kami lebih indah, tiada apa yang dapat diucapkan selain ini.

terima kasih ye tuhan.

tujuan kami adalah untuk menghadiri konvokesyen fifi, tetapi dalam waktu yang sama, untuk bercuti dari kuala lumpur.

adik saya sudah besar nampaknya. semoga kau terus ke hadapan ye fi.


babah pula tiba dengan motor besar dia, pada hari sabtu.

(damn, ni yang berangan nak pakai scrambler ni)

semuanya perfect, kecuali nana tiada.

kami juga telah berseronok di pantai teluk cempedak.

sudah lama teringin untuk ke teluk cempedak, bermandi manda di sana. memang saya pernah pergi sekali, ketika melawat keluarga en. nasir (blog tentang itu di sini), tetapi kali ini, saya memang benar-benar bermandi-manda di teluk cempedak itu.

melly tiba, hari ahad. bermandi bersama kami di pantai juga swimming pool.

OMG, ombak dia kuat tahap heaven. rasa tak puas dua hari main ombak.

kami juga telah menjamu selera di beberapa restoran di pahang itu.

satay zul (service slow sebab ramai pelanggan, sedap, tapi satay zaini lagi sedap) tiga bintang
tanjung lumpur (sotong tepung dia five stars, tapi sedikit mahal) tiga setengah bintang
kedai sebelah hyatt (sedap, tapi time tu semayang jumaat, jadi cook dia sorang, service sedikit slow) tiga bintang
sara thai kitchen (paling memuaskan, harga tak mahal, service bagus) empat setengah bintang

kami juga telah ke rumah keluarga en. nasir di lepar hilir. pelbagai lauk-pauk mak dan ayah en. nasir sediakan. juga pncuci mulut. sampai kekenyangan kami dibuatnya.

terima kasih ye tuhan, sekali lagi.

saya juga telah melawat beberapa buah shopping kompleks yang terdapat di kuantan.

megamall. kuatan parade.

bolelah kan. it is not pavilion, tapi oklah.

keseluruhannya, perjalanan ke pahang itu berbaloi.



jom en. nasir, kita pergi teluk cempedak.

Thursday, August 21, 2008

balik kampung

saya baru pulang dari rombau (ejaan sebenar = rembau).

kampung saya sudah berubah. cat sudah baru. lepas tu nak tambah tiles lagi. dah jadi cantik.

sudah lama rasanya saya tidak pulang ke kampung. dulu, bila atuk masih ada, selalulah jugak mama ajak pulang ke kampung. tapi, sekarang, tambahan lagi mama dah pencen, dengan pelbagai masalah lagi, kami sudah jarang pulang.

seronok.

rasa rindu dengan kampung.

sebenarnya dulu-dulu pun, bukannya selalu saya pulang kampung, tetapi mungkin pulang ke 'tempat asal' saya, saya rasa selesa.

truth be told, i don't really know even half of the people that live there. walaupun mereka itu semua saudara-mara (keturunan, ikut fifi) saya.

tapi, perasaan seronok itu masih wujud.

kami ambil buah rambutan, mangga. main buaian. kemas-mengemas. dgr bunyi keretapi. pergi kubur nenek dgn atuk.

alhamdulillah.

Friday, August 15, 2008

segala yang terhebat

saya rabun.

rabun jauh.

saya ingat lagi, dolu-dolu, saya mengadu kat mama saya dah rabun (itu pun setelah mata saya memang dah tak bole nampak dengan jelas 100 meter di hadapan). mama bawak saya pergi england optical. check mata. cina kedai tu terperanjat.

kanan saya 345, kiri saya 300.

dan saya baru berumur 12 tahun.

*gelak terbahak-bahak*

teruk betul kan mata saya. entahlah kenapa.

"dia selalu belajar malam ka?"
"mana ada, tapi dia suka baca buku malam."

perbualan mama dengan cina tu. saya ingat, sebab kelakar.

memang betul, dulu saya suka membaca. mana2 saya pergi, ada buku yang saya bawa. what ever bahan bacaan pun. surat khabar. brochure. resit. apa2 yang ada tulisanlah pendek kata.

sekarang, saya masih juga suka membaca. cuma, bahan bacaan tu sudah kurang. atau mungkin sebenarnya saya lebih suka membelanja duit untuk baju, kasut, beg dan segalalah yang perempuan suka.

tetapi, setelah berjumpa dengan en. nasir, seorang yang juga suka membaca, saya jadi kembali sayang kepada buku.

sudah banyak buku saya habiskan. sudah banyak buku juga saya kongsi dgn en. nasir.

tahu apa yang saya sedar? buku itu sentiasa di situ, di tempat terakhir kamu letak. maka, buku itu adalah peneman kamu, tidak kira hujan atau panas.

sekarang, saya ada lagi satu kegemaran (tak nak ckp hobi, sebab hobi tu bila kita ada masa, sedangkan saya bila takda masa pun suka buat).

saya suka berenang-renang (walaupun tak terror mana).

syukur saya ada jumpa lagi benda hebat yang ada dalam dunia ni.

keluarga. kawan. en. nasir. buku. renang.






i am blessed.

Tuesday, August 12, 2008

repekan

cinta saya.

adalah en. nasir.

saya rasa dia dan saya sangat sesuai. tak sanggup untuk berfikir tentang hidup tanpa en. nasir.

semalam gaduh dengan en. nasir sekejap pun saya dah tak sedap hati.

aduhai, saya betul-betul cintakan en. nasir.

en. nasir cuti hari isnin

en. nasir cuti hari isnin dan selasa.

jadi, semalam telah keluar dgn en. nasir. pergi ke klcc, untuk menonton wayang cerita the mummy (despite fifi saying that the movie is awful).

tiba di klcc, kami terus ke tgv, untuk membeli tiket. kami tiba pukul 1 tgh hari. the mummy yang earliest pada pukul 2 petang.

selesai membeli, kami pergi lunch, di food court signature. saya sudah lama teringin nak makan claypot chicken rice. en. nasir pula membeli nasi briyani.

(harga makanan semua sudah naik, damn betul)

setelah selesai lunch, kami ke tgv. kami kekenyangan, jadi tidak terasa untuk membeli popcorn atau tidbits lain.

hahaha, the mummy itu sedikit ok. tidaklah awful seperti yang dikatakan fifi. out of 100, saya akan berikan 60.

movie itu sejuk, sebab tiada ramai org, jadi saya terasa seperti ingin ke tandas.

saya berdiri di hadapan cermin sebentar untuk memakai sedikit eyeliner. sedang saya bersolek itu, kedengaran ada beberapa perempuan cina, mengkomplen kepada mak cik cleaner itu, bahawa ada org yang mengambil gambar tandas.

saya seperti sudah tahu siapakah itu.

keluar, kelihatan en. nasir sedang menunggu saya, dgn kamera di leher.

terus saya tanyakan kepada dia cerita sebenar.

ianya kelakar tahap anjing, tetapi kami telah bergaduh tentang itu.

so, the idea of bringing the camera to take pictures in the klcc park telah hangus begitu sahaja.

whatever. en. nasir tu suka sgt nak gaduh. ingat balik saya jadi geram.

kemudian, kami jumpa dgn fifi dan mama. kami ke la senza untuk membeli beberapa lingerie.

setelah selesai membeli di la senza itu, mama pulang. fifi ikut saya dan en. nasir. kami ke topshop juga zara sebelum pulang.

sebelum pulang ke rumah, kami ke kampung baru untuk makan malam.

telah berlaku lagi adegan gaduh-gaduhan tentang tandas itu lagi. saya jadi geram lagi dgn en. nasir.

whatever, again.

saya telah memilih lamb chop, en. nasir juga sama, manakala fifi telah memilih spaghetti.

sedang menunggu, saya meminta maaf kepada en. nasir (dia obviously takkan ckp maaf kat saya).

kami makan malam dgn lancar. tanpa ada pergaduhan lagi.

selesai, kami pulang secepat mungkin, kerana mama dah bising, sudah lambat untuk ke kde untuk swim.

tiba di rumah, saya bersiap, mencari seluar untuk en. nasir, dan terus ke kde.

huhu, memang heaven mandi, kerana sudah lama tidak swim. en. nasir juga kelihatan gembira.

selesai kami pulang. en. nasir melepak lagi di rumah, sehingga pukul 12 malam.

alhamdulillah, semuanya bagus2 sekali hidup saya.

Friday, August 8, 2008

personaliti dan sepit rambut

ENTRI INI HANYALAH SEKADAR UNTUK BERSERONOK. SILA JANGAN AMBIL SERIUS ENTRI INI.

Tarikh lahir

Jenis A (lahir pada bulan 2, 4, 6, 8, 9, 11, 12)
Watak: Kelam-kabut, mudah tertekan, selalu nak cepat, kurang sabar, inginkan kesempurnaan, sentiasa nak cari kehebatan.

Jenis B (lahir pada bulan 1, 3, 5, 6, 7, 10, 12)
Watak: Tenang, mudah bertolak-ansur, mudah diajak berbincang.

Jenis C (lahir pada bulan 2, 3, 4, 7, 8, 9)
Watak: Emosi tinggi, mudah melenting dan mudah tersinggung.

Tulisan

Tulisan ditekan - Seorang yang cergas, pantas dan agresif.
Tekanan ringan - Seorang yang tidak begitu sihat dan mudah sakit.
Tulisan berbentuk bulat - Emosional, prihatin, penyayang, peka dan kreatif.
Tulisan tajam - Rasional, sistematik, pandai mengurus, banyak guna otak kiri.
Tulisan condong ke kanan - Ramah, penyayang, berani, pemurah.
Tulisan condong ke kiri - Suka menyimpan rahsia, pemalu, setia, kurang bercampur dengan orang.
Tulisan tegak - Sistematik, suka berkawan, suka cari jalan tengah.
Tulisan bercampur-aduk - Emosi tak tetap.
Tulisan jarang-jarang - Tak suka campur orang, kurang mesra, boros.
Tulisan rapat-rapat - suka bergaul, tapi amat bergantung dengan orang lain, sangat berjimat.
Ekor bagi huruf j, g, y dan z besar - Emosi ditunjukkan dengan jelas, penyayang, pandai tunjukkan kasih sayang, pemurah, rajin.
Ekor huruf j, g, y dan z kecil dan x lengkap - Tak pandai pamer emosi, kurang rajin.
Palang t tinggi - Aspirasi tinggi.
Palang t rendah - Mudah puas hati, tidak bercita-cita tinggi.
Palang t sederhana - Usaha dan tahap pencapaian yang sederhana.






hahahaha. saya punya personaliti memang best.

lepar hilir

lepar hilir, saya telah ke sana baru-baru ini. lebih tepat lagi 31 july hingga 1 august.

saya telah ke sana pada jumaat malam itu, pukul 8 malam bertolak dari rumah saya. en. nasir memandu.

kami telah menjemput abg en. nasir di stesen lrt gombak.

tiba di rumah en. nasir pada pukul 11 malam. mak dan ayah en. nasir sudah tertido di depan tivi.

*saya segan, kerana saya rasa salah saya kami terlambat*

kami makan malam. saya lapar, tetapi saya mengantuk sangat, juga sudah lewat, jadi saya makan sedikit sahaja.

pagi esok, saya bangun pukul 7 pagi (en. nasir sudah bilang pada malam sebelum itu, saya kena bangun pagi).

saya mandi, lalu bersiap, tetapi saya terbaring di dalam bilik, kerana mengantuk (tak biasa bangun pagi).

kemudian kami breakfast. mak en. nasir buat pulut makan dgn durian.

selesai, saya ke kebun mereka. dekat sahaja, jalan kaki lebih kurang 3 minit.

mak en. nasir menunjukkan kepada saya pokok-pokok yang wujud di dalam kebun itu.

ada pelbagai. pokok durian, ciku, salak (ni memang saya jarang dgr), rambutan, jambu. jika saya mahu senaraikan di sini, memang panjang.

mereka memang suka ke kebun itu.

ada juga lembu dan kambing.

kemudian kami pulang kembali ke rumah, saya mandi untuk ke pasaraya. mak en. nasir mahu membeli barang untuk memasak mihun sup.

kami juga telah melawat rumah kakak sedara en. nasir.

pulang, saya tertidur lagi. bangun-bangun, saya sembahyang. lalu ke dapur untuk membantu mak en. nasir di dapur.

selesai, kami menjamu selera. sedap.

kemudian kami melepak. sedikit mengantuk.

tiba pukul 5, saya bersiap untuk pulang.

lebih kurang pukul 6, kami bergerak ke ampang. dengan membawa sekali sedikit buah-buahan dari kebun en. nasir.

(sebenarnya banyak, bukan sedikit)

maaflah en. nasir kalau saya seperti sedikit diam di rumah kamu. saya memang pendiam.