Tuesday, November 25, 2008

ke alam liar

into the wild.

a brilliant story written about a boy named chris, yang ketika masa merantau nya itu, telah menukar nama sebagai alexander supertramp.

perhatian : saya sekarang sedang bercakap tentang buku, bukan muvi yang diadaptasi dari buku.

saya cadangkan, kamu pergi membaca buku ini.

saya baru tiba di muka surat ke 30, dan saya sudah seperti jatuh cinta dengan chris/alex.

jika kamu malas sangat untuk membaca, seolah dalam diri itu tidak langsung boleh melihat buku; mungkin kamu akan muntah jika melihat buku, jadi, tidak perlulah kamu ambil tahu tentang lelaki hebat ini.

kerana muvinya seperti haram (maaf jika kedengaran kasar).

bukan nak mengutuk effort yang dilakukan oleh sean penn, tetapi, muvi itu langsung tidak melakukan any justice untuk buku ini, lebih-lebih lagi untuk chris/alex.



dah mandi. sekarang ni nak pergi sambung lagi baca into the wild.

terima kasih tuhan, untuk satu lagi buku enak untuk saya.

Monday, November 24, 2008

cerita short

beberapa perkara.

believe it or not, jalan pulang dari putrajaya tidak sesak. saya seolah mengambil masa 30 minit sahaja.

juga, saya sudah seperti banyak kerja di perangkaan. kerja berkenaan mendesign poster/cover cd/pamplet etc.

jgn pelik.

memang jawatan saya perangkawan/statistician, tetapi saya bekerja di bahagian korporat, maka kami banyak menguruskan event/menyediakan information etc.

tapi rasa seronok apabila mempunyai banyak kerja, rasa seperti cepat sahaja masa berlalu.

tidak lupa juga, selamat menunaikan haji kepada mereka-mereka yang akan/sudah berangkat ke tanah suci.

doakan agar islam akan menjadi agama yang semakin kuat, dan dunia menjadi lebih baik.




juga agar saya dan en nasir kekal bahagia bersama sehingga ke syurga.

Sunday, November 23, 2008

i am draining myself

kenapa saya tidak suka bekerja di perangkaan?

(saya rasa saya boleh kena pecat jika bos/rakan sekerja yang lebih senior/mereka yang kaki hanjing membaca tentang blog ini. mungkin juga disaman kerana mengaibkan jabatan itu. tetapi, ini hanyalah pendapat/pemerhatian saya)

perkara-perkara tersebut :

1. perangkaan berada di putrajaya, saya tinggal di ampang. bayangkan pukul berapa saya harus ke sana, semata untuk mempunch kad pukul 8.30 pagi. bukannya ada kerja pun. 8.45 pagi, lagu jabatan serta bacaan doa dimulakan. paling hebat, pukul 9 pagi baru manusia-manusia semua mula bekerja. tambahan pula, pukul 10 pagi, kamu dibenarkan untuk minum pagi.

jadi, saya kurang paham dengan relevannya pergi kerja pagi-pagi. baik suruh je saya masuk pukul 11 pagi.

2. setiap pagi, keadaan trafik di mrr2 amatlah teruk. walaupun tidaklah seteruk jika kamu bekerja di kuala lumpur. tetapi, percayalah, saya akan menyumpah setiap kali saya ingin ke tempat kerja itu.

menyebabkan jiwa dan soul saya hilang sedikit demi sedikit.

3. keadaan yang sama juga jika ingin pulang. aduhai, kenapalah manusia di kuala lumpur ini kurang bersabar?

things will be a lot easier if everybody learns how to be more patient.
dan malaysia akan menjadi lebih baik.

4. saya seperti tiada kerja. atau lebih tepat lagi, kerja yang dilakukan tidak mencabar kebolehan saya.

5. perbualan harian di ofis adalah dalam bahasa melayu.

langsung tidak membantu saya untuk memajukan diri.
even di um pun, saya mengajar dalam bahasa inggeris.

macam mana kerajaan mahu maju? macam mana kita nak tunjuk kepada orang luar bahawa malaysia ini versatile?




nasib baik saya hanya kena bekerja lagi 1 bulan seminggu sahaja lagi.

tulisan tentang hati

sudah lama tidak menulis luahan hati kecil saya untuk lelaki hebat itu.

jadi, kali ini saya ingin menulis beberapa kata-kata cinta yang tidak bisa saya luahkan secara lisan kepada lelaki itu.

...

sungguh indah dunia saya,
apabila tuhan menemukan saya dengan kamu,
segala kesedihan dan kerisauan dalam dunia,
kelihtaan seperti jauh di belakang.

syukur,
dalam hidup kita yang sementara ini,
saya mengenali kamu.

tiada apa yang dapat menceritakan betapa penuhnya hidup saya dengan kamu di sisi.

setiap mimpi, didoa agar tentang kamu.
setiap lagu, ingin saya nyanyikan untuk kamu.
setiap kisah cinta, diharap menjadi peneman hidup kita.

saya tidak pernah mati, namun kamu buat saya terasa hidup.
saya tidak pernah lumpuh, tetapi kini saya berlari.

badan kamu menghangatkan jiwa saya.
tenang dan selesa.

genggam erat kamu meyakinkan saya,
dunia ini penuh dengan kebahagiaan.

peluk sayang kamu,
membuatkan titis air mata kegembiraan.

betapa bertuahnya diri.

seribu terima kasih dari saya kepada kamu.

juga alhamdulillah tuhan sekalian alam.

...

perhatian.

jangan ada sesiapa yang berani untuk mengambil sebahagian/penuh luahan hati saya ini.

hidup kamu tidak akan selamat, dunia dan akhirat.

berehat tak ingat dunia

seronoknya dapat tido.

sudah lama tidak tido seperti ini; tido lewat, bangun lewat.

semalam saya keluar dengan en nasir, selepas en nasir habis kerja.

kami pergi ke bengkel untuk mengetuk jack. oklah sedikit dari sebelum ni. bumper itu sudah dapat disambungkan semula.

kemudian kami menonton quarantine, di the curve. sudah lama tidak menonton wayang bersama en nasir.

waduh, saya yang tidak senang untuk kecut perut, menjadi cuak menonton muvi itu. saya cadangkan kamu semua, pergila menonton cerita itu.

selesai, kami ke rumah en. nasir sebentar, saya ingin mandi, kerana menurut en nasir, badan saya sudah berbau.

en nasir juga mandi sekejap, lalu kami dan akim ke sri buloh untuk dinner.

kenyang dan pedas.

selesai dinner, kami menghantar akim, lalu bergerak ke rumah saya.

tiba di rumah, en nasir cuba untuk bermain dengan mia.

seperti biasa, mia begitu susah untuk diajak bermain. ada sahaja alasan. beberapa minit jugalah kami baru dapat memujuk mia.

itu pun, setelah beberapa minit, mia pengsan. saya bagi mia berehat.

memandangkan kami tidak dapat bermain dengan mia, saya cadangkan kami bermain dengan ps.

apa lagi, memang en nasir sudah lama inginkan itu. jadi kami bermain need for speed underground.

banyak game lah jugak kami berlawan.

yang pasti, saya lah pemenang untuk semua game.

takpalah en nasir, nanti praktis kat rumah, supaya boleh lawan dengan saya.



entah kenapa, saya begitu cintakan en nasir.

untuk melihat matanya sahaja, saya sudah rasa seperti sayalah manusia paling bertuah dalam dunia.

saya selamat.

tiada apa yang dapat menyakiti saya.




maaf, sedikit emosional.

kembali ke entri sebenar.

en nasir sudah berjanji dengan akim akan berjumpa di medina pukul 1, jadi pukul 12.15, en nasir pulang.

saya pula terus menonton tivi, membalas dendam dengan semua hari yang saya tidak dapat langsung menonton, walaupun sebenarnya tivi itu tidaklah seronok mana pun.

sehinggalah pukul 5 pagi.



kalaula mak en nasir tau, memang dia dah reject saya.

Friday, November 21, 2008

malam yang enak

entahlah.

saya sedikit kecewa.

hati saya sedikit terguris.

tapi takpa, saya sudah selalu disakitkan hati, jadi, kenapa saya perlu sedih/marah?

masa-masa begini, lebih baik jika saya berehat, jauhkan diri dari perkara yang membuatkan saya berpedih hati.

seperti memblog di sini.
atau menonton tivi yang sekarang ini sudah jarang ditonton.
tidak lupa juga tido.
serta mandi selama 30 minit.
juga membaca buku.




tata dunia. aku mahu lari dalam dunia ciptaan aku.

jumpa kau lagi nanti, insyallah.

a nice surprise

hidup ini memang penuh dengan kejutan.

bukan kejutan yang cliche, contohnya, hari ini kita di atas, hari esok kita di bawah. tapi lebih kepada kejutan yang tak disangka.

hari ini ada satu kejutan yang tak disangka.

a nice surprise.

mungkin cara tuhan ingin menenangkan hati saya yang ketika ini tidak keruan.

terima kasih ye.

Wednesday, November 19, 2008

jiwa dan soul

AHHHHHHHHHHHHHHHHH!



hahaha, menjerit kat atas bukit, sambil berharap dunia ini bertukar menjadi lebih baik.

jeritan di atas tiada langsung kaitan dengan entri saya kali ini, harap maklum. saya hanya terasa seperti ingin menjerit.


1. saya accident, kesian sama jack. lalu meraung macam kematian kucing. menyebabkan abang tiga orang itu tidak jadi langsung untuk membebel kepada saya. lebih kepada memujuk saya. tapi, bumper jack kemek.

saya sebenarnya ketika itu ingin ke um, untuk mengambil cek gaji saya dan saya baru sahaja berjumpa dengan dr. sharifah. pagi2 sudah mula menanda paper. siap mintak cuti dari perangkaan. bayangkan betapa saya sudah penat untuk berbuat apa2.

2. saya baru pulang dari penang. seronok. sudah lama tidak ke luar kuala lumpur. pergi hari jumaat lepas (dengan jack yang kemek bumpernya) bersama dengan en nasir. en nasir drive lajoo. macam michael schumacher (lewis hamilton who?). dari kerja, saya terus ke rumah en nasir, mandi sekejap, lalu terus bergerak ke penang. ain, fifi dan shezrin sudah ada di sana.

aktiviti di penang : mandi sungai, hiking sekejap, makan laksa utara, tgk monyet, enjoy hidup, ronda2 prangin mall, makan, dan makan lagi. alhamdulillah, saya ada tempat yang membenarkan otak saya berehat.

3. kerja sebagai seorang pendidik amatlah memenatkan, tetapi memuaskan. tetapi, sedikit sedih jika ada yang seolah tidak menghargai pelajaran itu sendiri. cikgu itu tidak minta lebih. cukup jika dia tahu murid2 itu menggunakan dengan baik apa yang diajar, secara langsung atau tidak langsung.

harap, jika saya ingin meneruskan untuk mengajar lagi, Allah jadikan saya lebih mudah difahami.

4. mia seperti sakit. entah kenapa, begitu susah untuk saya menghidupkannya. seolah ada virus di dalam badan mia. damn you virus. nak hantar klinik, tapi takda masa. saya fikir saya mahu telefon doktor supaya datang ke rumah.

tolong mia, jangan mati. nanti kita ronda2 dengan jack eh, tengok lelaki lembut, mat rempit, clubbers kat kuala lumpur nie. best.

5. jiwa saya seperti sudah kering. gara2 bekerja di perangkaan. sumpah, saya sebenarnya tidak boleh bekerja begitu. saya boleh ditimpa sakit. ya Allah, harap engkau jadikan hidup saya lebih bermakna.




dah ngantuk, macam nak tidur.

nak call en nasir jap.

Tuesday, November 18, 2008

bangun pagi

pukul 9.37.

dan saya masih di rumah.

*hati kegembiraan*

hari ini saya cuti. tidak perlu ke putrajaya pagi2. saya perlu berjumpa dengan dr. sharifah pukul 11, di um.

sebenarnya lebih kepada mc. alasan saya sakit perut, cirit birit.

pagi lagi saya sudah bangun, pukul 6 pagi. gara-gara semalam makan lemak cili api yang pedas, perut saya sudah sakit.

lalu saya ke tandas, menyelesaikan apa yang perlu.

selesai, saya mula semula menanda paper student um.

perasaan saya, geram.

saya jadi pening ketika menanda. begitu banyak jawapan yang saya jumpa.

pukul sembilan, saya mandi pagi, kononnya supaya rambut sempat kering.




pukul 9.37, saya memblog di sini.

Wednesday, November 12, 2008

menulis juga

waduh, sudah lama nampaknya saya tidak memblog.

rasa seperti tidak lengkap jika terlalu lama tidak menulis di sini.

gara-gara saya sekarang sedang bekerja di perangkaan, saya sudah seperti manusia lain yang mencari rezeki, dari 8.30 pagi ke 5.30 petang. 8 jam setiap hari, isnin sampai jumaat.

serta lebuhraya di malaysia ini, memang menguji kesabaran. dan, mereka yang tiada kesabaran itu, akan memandu dengan celaka (maaf carutan itu), membuatkan mereka yang lain jadi tidak sabar, lalu lebuhraya itu bertukar menjadi neraka.

itu semua telah membuatkan saya keletihan, lalu kurang masa untuk menulis di sini lagi.

tetapi, hari ini, saya seperti tiba ke rumah awal, lalu dengan segera membuka laptop untuk menceritakan hal saya.

mahu mula di mana ye?

yang pasti, saya sihat. keluarga saya juga, alhamdulillah, sihat.

en. nasir juga sihat, cuma dia sedikit kurus. saya selalu suruh en. nasir makan nasi, malam-malam.

saya sekarang juga sedang menyemak kertas final exam student um untuk subjek business statistics.

saya juga masih bahagia dengan en. nasir yang hebat itu.

dan tidak sabar untuk berkahwin dengan en. nasir.





ok. nak mandi. hari ini ada kelas swim. mahu pergi.

Friday, November 7, 2008

sesak jalan

lebuhraya di kuala lumpur ini sucks.

masuk akal kah, dari ofis ke rumah selama 2 jam?

merepek/mengarut.

kalau perangkaan bagi saya gaji rm5000, baru saya akan menimbangkan untuk tetap di sana.

kalau kurang, saya lebih rela gaji rm1000, tapi dekat dengan rumah.


shoot, kaki dah lenguh.

wahai si mulut besar yang suka hantar email

'madam, sori disturb you, but i want know my mark, why it not full mark?'

jangan tanya saya tentang english manusia ini. malas nak amik paham.

aduhai, kau janganlah buat aku mengamuk.

aku bagi kau buat dua kuiz pun dah kira baguslah tu. orang lain buat satu je. kononnya nak tolong kau dapat markah lebih.

tapi tolong jangan kau ingat markah percuma itu ada dalam kamus hidup aku.

kalau dapat lapan, lapanlah namanya. bukan sepuluh.

kalau kawan kau dapat sepuluh, janganlah kau ingat kau pun layak dapat sepuluh.

aduhai...

kenapalah ada manusia yang mcm ni.

hantar email macam nak marah aku. aku tahulah aku buat apa. jangan buat aku menyumpah kau. kang dunia akhirat tak selamat.

it seems as if i am doing it on purpose for not giving you full mark.

*baca selawat atas nabi*

lepas ni memang aku nak sound cepat-cepat, i won't be entertaining any email asking for extra marks.

nak markah, buat test/exam betul2. bukan harapkan markah ciput yang aku boleh bagi.

macamlah kalau aku bagi full mark pun, kau akan lulus business statistics tu.

...

entri kali ini saya tujukan kepada satu individu yang menghantar email kepada saya menanyakan kenapa saya tidak memberinya 10 markah.

geram, sebab manusia ni bahasa dia kurang enak. saya memang pantang kalau orang nak kurang sopan ni. kau ingat kau sape? siap hantar 2 email, gile.

jawapan saya kat manusia ni,
'i have checked your paper and attendance. i don't think i have made any mistakes. no changes are needed'



pasni jangan harap aku nak reply email kau.


tolonglah kau jangan repeat paper ni, aku dah malas nak menengok muka kau.

masalah dunia saya

masalah dunia siti rahimah.

1. gaji dari UM lambat, atas sebab-sebab teknikal. penat dah menunggu. kak liza cakap mungkin ambil masa 2/3 bulan.
2. saya bergaduh besar-besaran dengan fidah. menjerit sampai sakit tekak. sampai rosak barang rumah. mungkin juga jiran sebelah dapat mendengar. ye, saya pasti mereka mendengar, kerana saya jerit bagai halilintar. saya ialah seorang manusia yang tidak dapat mengawal kemarahan. sial.
3. saya kebosanan bekerja di jabatan perangkaan sekarang, takda kerja, duduk mengadap komputer, pura-pura buat kerja, samapi kepala pening. ye, saya bekerja di situ sekarang.
4. saya sudah tidak tahu siapa yang saya boleh bergantung kepada, kerana rasanya, mama, fifi, acik, dan lebih-lebih lagi fidah, sudah tidak mahu berkawan dengan saya lagi.
5. en. nasir? tanyalah dia.
6. lengan saya lebam-lebam, kerana ketika bergaduh semalam, saya memukul/menumbuk meja. sakit. malu, sebab nak amik air sembahyang kat sini takut orang nampak. nanti orang ingat saya kena dera.
7. saya rasa saya sudah hampir dengan ajal. seperti malaikat maut sudah bersiap sedia untuk mengambil jiwa saya.
8. kalau saya mati sekarang, memang sudah pasti saya akan menempah tiket untuk ke neraka. tak sembahyang. tak pakai tudung. melawan mak ayah. suka mencarut.


ada kah manusia yang lagi malang dari saya?