Saturday, January 31, 2009

hati berhati

hari ni, akan ke melaka.

menikmati makan malam di umbai, serta berjalan di jonker walk.

oh, sudah lama tidak ke sana, excited!!!


tunggukan gambar2nya.

Wednesday, January 28, 2009

thai-stupid-land

thailand.

negara yang penuh kebudyaan. penuh warna warni.

taik.



anyone with a good sense will never consider going to thailand for vacation.

a few reasons:

1. pelacuran adalah satu ekonomi terbesar di sana, and it is legal.

wikipedia
modern day slavery

2. aktiviti penyeludupan haiwan seolah legal juga di sana.

bigcat rescue
wildlife alliances
global volunteer network

ye, memang saya kedengaran kolot, atau sedikit konservatif. tetapi, saya benar-benar membara memikirkan tentang aktiviti kurang berpelajaran yang dilakukan di sana.

kerajaan thailand sendiri malu untuk mengaku wujudnya aktiviti pelacuran besar-besaran di sana.

mereka juga berusaha, walaupun tidak bersungguh, dalam menghentikan aktiviti penyeludupan haiwan.

jadi, kenapa masih wujud lagi?

mungkin, masalah yang utama adalah thailand ini berada dalam poverty. dan poverty ini bukannya dalam sehari dapat diselesaikan. ia adalah masalah terbesar sesetengah negara yang seolah membenarkan pelacuran, serta illegal animal trade.

masalah kedua, mungkin education di negara thailand ini, masih lagi di tahap rendah. mereka tidak didedahkan kepada perkara seperti safe sex. juga animal rights.

entahlah.

saya memang benar-benar geram.

and to think about those people yang pergi sana semata untuk membeli haiwan eksotik untuk dijadikan haiwan peliharaan, atau mungkin untuk memuaskan nafsu, dengan melanggan pelacur yang murah.

aduhai. rasa nak tembak sekor-sekor.

bodoh.

negara dah miskin, kita buat miskin lagi.

bangang.





dah, memang jangan harap aku nak pergi thailand.

bangkok ke, phuket ke, chiang mai ke.

pergi mamposlah korang dengan hidup korang.

aku tak nak terbabit.





lebih baik zoom malaysia, pergi pulau redang ke, panjat gunung stong ke.

lagi best.

Tuesday, January 27, 2009

cuti satu hari

baru pulang dari teluk cempedak semalam.

pergi hari, dengan nana dan fifi. bosan, bercuti duduk di rumah. lagipun perjalan hanyalah 2 jam lebih.

memang tc itu tempatnya best. ramai orang. semua pun cuba untuk mengalami cuti yang menyeronokkan bersama keluarga.

little did they know, when the children are big, vacation with the family will be history.

samalah seperti keluarga saya. dan keluarga orang lain.
lupakan tentang itu.


kembali ke entri asal.

ada beberapa gambar yang menarik.






harap, kamu semua pun teringin untuk ke tc selepas melihat gambar ini. best, main ombak. ada juga mereka yang berluncur di situ. seronok.

boleh camping.
malam akan ada pertunjukan lelaki puppet (tetapi ejaan nye papet, which sedikit funny).
boleh buat bbq.
hang out dengan kawan-kawan.
enjoy the breeze.

tak terkata.

Sunday, January 25, 2009

tiada perang

jom, kita amalkan cara hidup tanpa perang. mesti seronok. boleh ke mana-mana tanpa ragu-ragu. tapi, israel tu, takpelah. kami tak mahu ke sana. penuh dengan anjing juga babi. kotor.

entri positif satu

saya bercadang untuk menulis tentang manusia hebat, untuk mengingatkan saya, tiada apa yang tidak mampu dicapai, jika kita tetapkan diri.

i have decided to write about great people, to remind myself that there is nothing in this world that is impossible, if we set our mind to it.

kerana, saya seolah sudah putus asa untuk mencari matlamat hidup.





jadi kali ini, saya ingin menulis tentang charles bukowski.

seorang penulis juga seorang poet.

tidak lupa juga, seorang manusia yang tidak takut untuk menulis, mengatakan apa sahaja yang ingin dikatakan.

ada satu short stories yang ditulisnya, yang langsung bagi saya tidak masuk akal. yang tidak boleh pun sebenarnya untuk dimasukkan ke dalam akal, tetapi, beliau tuliskan juga.

betapa saya kagum dengan attitude itu.

kerana, saya seorang yang, berkira-kira untuk menulis begitu, apatah lagi bercakap tentang perkara yang tidak akan difahami oleh orang lain.

bukan takut, tetapi, saya fikir 'what's the point?'

memang, sebenarnya tiada point, seperti entri ini.

tetapi, penting, agar saya sedar, kapal saya dikemudikan saya, bukan orang lain. dikemudikan untuk saya. bukan orang lain.

mereka hanyalah penumpang, untuk ke destinasi tertentu.
mereka hanyalah pemerhati, adakah kapal ini akan berjaya ke destinasi.
mereka hanyalah pembuatnya, yang akan hilang setelah siapnya kapal ini.

dan, at the end of the day, yang tinggal, hanyalah saya, stirring my ship, untuk ke destinasi lain, bertemu dengan mereka yang lain.



dan memang itulah yang dipercayai oleh bukowski.

dia nak mabuk, hal dia.
dia nak langgan pelacur, hal dia.
dia takda agama, hal dia.

(perkara di atas hanyalah persoalan retorik, tidak berkaitan dengan sesiapa, apatah lagi dengan en bukowski)

yang penting, beliau hidup untuk memuaskan hati sendiri.

dan begitu jugalah saya.

insyallah.

tekan menekan

apakah aktiviti membuang masa saya sekarang?

bermain pet society di facebook.

marilah, bermain dengan saya.

dapatlah membantu saya dalam melarikan diri dari kerja saya.





saya seperti penat untuk menjadi tutor lagi. terasa seperti ingin berhenti. ingin sahaja saya bekerja di kinokuniya, tetapi, kedengaran bahawa kerja di situ lagi stressful.

tertekan dengan kerja mendidik ini.

ingin melihat pelajar semua berjaya. ingin melihat pelajar mempelajari ilmu hidup.

tetapi, kebanyakan dari mereka, seperti tidak kisah, asalkan dapat lulus dalam ujian.




tetapi, dahulu, saya ada seorang pengetua, who is brilliant.

tetapi, ketika beliau mula-mula masuk menggantikan pengetua kami yang terdahulu, yang seorang penyayang, mengamalkan cara didikan 'keluarga', beliau tidak digemari ramai. boleh dikatakan, semua pelajar tidak suka akan beliau, kerana beliau telah mengamalkan didikan yang 180 darjah berbeza. military style.

bayangkan, kami diajar didikan 'keluarga', kemudian terpaksa, dalam sekelip mata disuruh mengamalkan cara didikan tentera.

terdapatlah beberapa pelajar yang berjumpa dengan timbalan pengetua yang dahulunya mengamalkan didikan 'keluarga', bercerita tentang mereka seolah tertekan. stress.





cuba teka apa jawapan pengetua saya setelah diberitahu bahawa ramai pelajar tertekan?

'macam mana boleh tertekan? siapa yang tekan kamu?'

hahahaha, satu dewan gelak. tidak kurang juga dengan mereka yang malas nak faham.



memang betul. siapa yang tekan kita? tiada siapa. kita sebenarnya yang menekan diri sendiri.

sebab itu, sampai sekarang, saya akan melakukan aktiviti-aktiviti yang saya suka setelah berpenat bekerja.

tidak mahu menekan diri sendiri.

yang penting, kita harus pandai membahagi masa.




sebab itu, saya akan bermain dengan Apple, binatang peliharaan saya.

nak pergi main lagi!

hal penting

saya berfikir untuk memblog tentang hal-hal yang berfaedah.

mungkin tentang israel gila.
atau tentang lelaki kulit hitam yang diberi harapan dunia untuk keharmonian.
atau mungkin tentang kerja saya sebagai tutor.
mungkin juga tentang malaysia yang semakin berubah.

tetapi, saya berfikir, tiada yang lebih penting dari mama.



saya sudah lama tidak bercakap dengan mama.

dua minggu.

bergaduh kerana hal kecil.

saya tidak bijak menjaga hati.

dan mama tidak pandai meluahkan perasaan.



entahlah.

mama selalu bercakap dengan kami tentang betapa pentingnya komunikasi itu. tetapi, kelihatan apabila tiba masa, mama tidak berbuat begitu.

entahlah.

saya tidak tahu untuk berkata apa.

tidak mahu mengeruhkan keadaan, saya ambil keputusan untuk berdiam diri, tidak bertegur dangan mama, walaupun kami tinggal serumah.

entahlah.

mungkin saya yang tidak memahami diri mama yang semakin meningkat umurnya.

entahlah.




nana ajak kami ke cherating.

nak pergi!!!

sudah lama tidak ke pantai.

JOM!!!

Thursday, January 22, 2009

enjoy

telah menonton persembahan butterfingers.

aduh, terasa sesak hati dan jantung saya.

betapa sukanya saya dengan mereka, tidak terkata.

like falling in love.




dada sakit. mulut tersenyum tanpa henti. hati gembira macam ada rama-rama.

dan set-set lagu mereka semuanya best2.

merpati sejoli? check.
tentang-tentang? check.
maharani? check.

alhamdulillah.

dapat juga lari dari kerja yang sedikit membebankan.
come to think of it, mana ada kerja yang tidak membebankan.

beberapa gambar pada hari itu.





Friday, January 16, 2009

what is it?

saya sudah 25 tahun.

dan apa yang saya mahukan dari hidup ini amatlah besar.

'untuk menjadi seorang manusia yang dapat berbakti kepada manusia juga agama'.

benar, memang itu yang saya mahukan. itu yang saya impikan. itu jugalah yang dapat memberikan saya kepuasan sebenar, other than good books.

in what way, saya tak tahu.

saya berharap, with me teaching, saya dapat berbakti kepada manusia, juga agama.

tapi, saya ada mimpi yang setinggi langit.

ingin berhijrah ke dunia yang kurang berkemampuan, dan membantu dari apa segi pun.

i like the idea of volunteerism (if that's even a word).

tak kisahlah doing what, where, when.



*tutup mata sambil fantasizing*



oh tuhan, itu memang satu impian yang hebat, kan.

tambahan, doing the good work with the people you love.



saya juga harus ingat,

'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.

jadi, saya rasa, membuat kebajikan di negara sendiri lebih baik, bukankah?


insyallah, harap tuhan memberkati kerja saya.
agar mereka yang menuntut dari saya, mendapat segala kebaikan dan ilmu yang berkat.

Sunday, January 11, 2009

padang pasir

'Allah is on both sides.'

betapa buku tentang seorang remaja sepanyol itu membuka mata saya.

dan betapa saya sedar, bahawa peluang itu sentiasa datang. cuma, manusia terlalu takut untuk mengambilnya.

afraid that we are not able to hold the responsible. to be what we could be.

entahlah.




saya juga begitu.

takut tidak layak.
takut tidak mampu melakukan tanggungjawab yang besar.
takut untuk gagal.

tetapi, saya tahu saya mempunyai kekuatan untuk menghadapi semuanya, insyallah. cuma saya tidak kuat.

i am not strong, but i know i have the strength.



juga, alhamdulillah, untuk buku-buku indah.

perut lapar

alhamdulillah.



sudah seminggu saya menjalankan tanggungjawab saya di UM.

dan, semuanya berjalan lancar.



students berebut nak kelas yang sesuai.
ramai yang tak dapat register.
text book belum dijual di bookshop.
kelas tutorial dah start, tapi ada yang tak tahu.



betapa tuhan itu maha mengetahui, saya memang perlukan ujian/cabaran begitu. untuk berasa hidup. berasa saya melakukan sesuatu untuk kebaikan diri.

yang paling penting. untuk saya mengetahui, diri ini dapat berbakti untuk manusia.



harap, penjelasan saya dapat difahami students semua.

harap tuhan memberkati tindakan saya ini.

Monday, January 5, 2009

sudah bermula

tadi saya telah ke UM.

janji dengan mr b nak sampai pukul 11.30, tapi saya lewat 10 minit. nasib baik mr b tu kelihatan penat, jadi saya rasa dia tiada energy mungkin untuk marah.

saya ke sana sebenarnya untuk meminta students mendaftar untuk kelas tutorial, sekaligus memilih waktu tutorial mereka yang sesuai.

saya tanya mr b, dia suruh saya datang kelas untuk settlekan semuanya.

tapi, bila difikirkan balik, memang tak fair untuk student kelas esok. nanti bebudak ni amik time yang best-best je.

so, i have decided to go back there tomorrow (memang nak pergi pun, nak jumpa student kelas lagi satu).









and the rush is great.

alhamdulillah.

Sunday, January 4, 2009

bukit bintang penuh warna

tadi keluar makan dengan mama babah and everybody. pergi bb, makan kat the ship.

seperti biasa, saya meminta rack of lamb. fifi juga begitu.
dan, ketahuilah, ianya first class. and we don't even have to wait for more than 30 minutes, which is very good.
kami juga telah bergambar di sekitar bb, sementara fidah mengambil gambar dengan ular bersama 'gold man' (really, it's that corny, you will see why when i put up the pictures)





the night turned out great, eventhough a few harsh words were exchanged beforehand.





really, kami ada kebolehan itu.

untuk meneruskan hidup, dengan bahagianya, walaupun sesuatu seperti bom hiroshima telah meletus.

entahlah. saya sudah bosan sebenarnya. miscommunication. itulah yang terjadi dalam hidup saya.

aduhai. tuhan sahaja yang tahu betapa penatnya saya, malasnya untuk menghadapi ini semua.

jika saya bersuara lebih, mama kata saya tak sayang dia.
jika tidak bersuara, saya rasa seperti manusia robot, bodoh yang dikurniakan tuhan akal, tetapi tidak berbuat apa-apa.

ditelan mati emak, diluah mati bapak.

itulah yang sebenarnya.

entahlah.






dilihat dari luar, kami kelihatan sempurna tetapi, kami dan tuhan sahaja yang tahu.

dan saya pasti, semua keluarga adalah begitu.

rahsia keluarga yang hanya ahli sahaja yang tahu.

sebab itu saya tidak suka mengadili keluarga lain.

samada ayah suka berpoya, anak pelacur, rempit, mak queen control, guna sihir untuk tundukkan ayah.

itu semua kisah hidup yang tuhan tuliskan untuk semua.

menandakan betapa sayangnya kepada kita hambanya.

kerana itu semua dugaan.




tetapi, saya sentiasa berdoa agar kami tetap kuat, tidak kira apa sahaja persimpangan yang kami ambil, kanan atau kiri.

insyaallah, segalanya akan bertambah baik.
tetapi jika tidak, kun fa ya kun.
Allah itu maha mengetahui.
percayalah bahawa kita semua ada ceritanya.

Saturday, January 3, 2009

salji yang putih

ini tiada kaitan dengan statistik
gula kapas itu boleh rosakkan gigi
telinga saya ada tiga
wah, jakuzi?
mia, jack dan mamanda
di situ ada kedai betik
teh o itu sedap

saya terfikir untuk menukar tajuk kepada blog saya ini.

yang mana satukah?

en. nasir, sila bantu.

it's raining, but the atro is ok, unbelievable

entah boleh atau tidak.

ni yang susahnya kalau jadi tutor. semua benda kena tunggu lecturer punya arahan/approval. nak pepandai sendiri, kang kena marah.

tapi, what should i do lah if the lecturer is ignorant/oblivious?

'ok, so have you decided on the tutorial question?' saya nak tahu, mana satu soalan tutorial, supaya saya bole buat awal-awal, supaya tidak menyusahkan hidup sendiri

'you will know soon, don't worry' jawapan si lecturer jantan itu

*beristighfar banyak-banyak supaya tidak mencarut*

aduhai en lecturer. apa kata kau bagi je soalan, supaya aku boleh buat. bukannya susah pun, pilih je. tutup mata, guna jari telunjuk untuk memilih. tak pun, guna random table. or better, suruh anak kau pilih.

the tutorial dah nak start. this 7th of january. dia ingat saya perempuan gagah ke atau bionic woman atau wonder woman?

saya hanyalah seorang manusia biasa, walaupun mempunyai sedikit kebolehan dalam bidang statistik.

but that doesn't mean that he can take advantage on me like this.

but, really, life is like this. no sugar-coated thumb to suck on everytime. yang ada hanyalah satu guni of buah mangga. mungkin masam, mungkin manis.

so, enjoylah makan mangga tu, walaupun masam. better yet, go and make some of the kicap+gula+cili padi sauce, and eat with the masam mangga. sure sedap.

after this, i am going to ambush the mangga at the kitchen, because this entry is making me drool

so, mister b, whatever it is, i am going to show you that, i am capable of doing my work awesomely. begitu hebat sehinggakan kamu akan mengharapkan saya tiada lagi boyfriend, untuk kamu mengajak saya keluar makan.

dan, sudah pasti, jawapannya adalah, jangan harap.

en. nasir lagi hebat dari kamu.