Monday, March 30, 2009

teknologi

semalaman saya terfikir-fikir bagaimana agaknya saya boleh memberikan boss saya segala markah itu.

printer saya rosak, jadi memang tak boleh guna.
printer fidah, kena tunggu pagi ni baru boleh print sebab dia tidur awal semalam.
printer nana, dia tak bawak pula dari utp.

jadi, saya terfikir, pagi ini akan ke cybercafe (cc), untuk print.





tiba-tiba saya terfikir,

email pun boleh.




hahaha, kolot betul saya ni. email kan lagi senang.

penat

weekend ini penuh dengan aktiviti, sehinggakan langsung tiada masa untuk melakukan tutorial.

ya tuhan, berikan aku kuasa untuk melakukan tanggungjawab kami.

Thursday, March 26, 2009

misi manis

cerita yang boleh buat saya tergelak kuat.

tadi teman acik pergi klinik, kaki dia kena minyak panas. nak kena cuci setiap hari.

disebabkan kakak sepupu saya seorang doktor, kami pergi ke klinik dia di dato keramat, klinik kerajaan.

(acik saya tak nak pergi klinik lain sebab mahal)

sementara menunggu selama 45 minit di klinik itu, yang tidaklah berapa canggih, tetapi bolehlah, saya terdengar satu perbualan kelakar.

misi tua sikit 1 : "eee, makcik, dia korek hidunglah sambil tangan buat gaya korek hidung, garu kepalalah sambil garu kepala dia sendiri, kotorlah makcik. marahlah dia."
makcik bawak cucu : "makcik tahu."

ambil perhatian, saya ingatkan bahawa misi itu sedang bercakap tentang cucu lelaki makcik itu. dalam hati saya, ketika ini yang tidak tahu menahu cerita, apalah misi ni, biarlah, budak je pon.

misi tua sikit 1 : "makcik ni cakap memang ramai orang komplen, kotor." misi tua sikit kepada misi muda sikit.
misi muda sikit : "yeke. hurm. tula."
makcik bawak cucu : "makcik kenal semua ni. dr tu, misi tu, tu, ni."
misi tua sikit 1 : "nilah makcik yang anak dia berniaga kat kedai kotor tu. dia cakap memang ramai yang komplen." misi tua sikit 1 kat misi tua sikit 2.
makcik bawak cucu : diam membisu. mungkin malu.

serius kelakar. cara misi tua sikit tu macam perempuan kecoh, nak bagitahu sangatlah kat makcik bawak cucu tu yang anak dia korek hidung masa menjual.



but, to think of it, nasib dia tak korek bontot.

Wednesday, March 25, 2009

blog hiburan

gelilah weh, tonton af.

boleh tak lepas ni jangan pilih 'pelajar' yang kononnya bagus?

especially yang mengaku boleh nyanyi lagi bagus dari penyanyi asal.

what a bold statement.

hasil dari kenyataan itu, boleh jadi dua.

1. kau memang betul lagi bagus dari penyanyi asal tu. suara sedap, pandai menari, cantik, melodi betul, harmoni, mengalahkan mariah carey. semua rakyat malaysia akan mengundi kau sehinggalah kau menang. album pun akan terus direkod, walaupun tidak akan ada orang yang membeli album original kau.

2. kau nyanyi macam kucing mengiau. tak sedap langsung, rasa mcm nak baling kasut, sebab bukan main lagi mengaku dalam tivi yang kau akan menyanyi lebih baik dari penyanyi asal. memalukan. memandangkan rakyat malaysia ni pekak + buta, kau masih akan diundi. mungkin akan menjadi pemenang.


hasilnya, astro yang kaya, pengundi yang miskin.

lepas tu, bapak tak tau jaga anak yang kaya, anak dia tak kaya-kaya.


tolonglah malaysia, jangan jadi bodoh sangat, mcm penyanyi nak pakai tudung tapi mcm tak nak pakai.

...

hiburan malaysia, adalah hiburan semata. tiada pengajaran yang diperolehi, hanya hiburan murah.

dah fed up. memang nak kena ban betul af ni, memalukan malaysia, macam artis yang bergaduh kat jakarta.

...

dah macam blog hiburan plak.

Tuesday, March 24, 2009

parking kereta

kalau suka nak gaduh, pergi balik negara kau. jangan nak buat kurang ajar kat sini.

...

tadi, di um. ketika itu saya baru sahaja selesai kelas tutorial.

saya dengan segera ke kawasan parking, ingin pulang awal, sudah lapar. dari dalam kelas lagi perut saya dah berbunyi.

ketika berjalan ke arah jack, kelihatan ada satu kereta kenari silver, dengan lajunya memasuki kawasan letak kereta itu.

mulanya, saya seperti meluat, apa pasal kau nak bawak laju-laju kat kawasan parking?

tetapi, kemudian saya fikir, mungkin dia sudah terlewat untuk ke kelas, dan dengan segera ingin meletak kan kereta tanpa membuat double/triple parking.

setelah melihat saya ingin keluar, kereta itu lalu menunggu saya di belakang, cuba untuk memberi saya jalan untuk keluar.

saya pula terus melakukan three-pointer secepat mungkin, supaya dapat memberi laluan kepada kenari itu.

ketika saya 80% selesai melakukan three-pointer itu, kelihatan satu kereta iswara, datang dari bawah (kawasan tempat letak kereta itu sedikit berbukit). pemandu nya melakukan aksi lucah kepada satu pemandu teksi di belakang.

dalam hati saya, bukan main kau eh nak tunjuk samseng dengan pemandu teksi?

kemudian, percaya atau tidak, dengan serta-merta makhluk asing ini meletakkan keretanya di kawasan saya tadi, knowing that the kenari had been waiting.

geram saya dibuatnya.

tak percaya kenapa ada manusia macam ni diterima masuk dalam um.

kenari itu?

dengan geramnya pemandu kenari itu membunyikan hon. semua orang pun terkejut dengan attitude lelaki berkulit gelap itu.

yes, siapa cepat dia dapat.

tetapi, silalah berbudi. jangan tunjuk kurang ajar.



sampailah saya keluar dari kawasan parking itu, masih kedengaran bunyi hon, kemungkinan dari kenari itu.

...

my faith towards the kindness dalam setiap manusia sudah pudar. ini mungkin sebab manusia makin hari makin hilang jiwa.


harap orang-orang kurang ajar macam ni segeralah jatuh tersungkur.

Monday, March 23, 2009

a-had

ahad lepas telah ke putrajaya, untuk melihat keseronokan festival belon udara panas.memang menarik, dapatlah juga kita warga malaysia menyaksikan belon-belon udara panas yang besar-besar serta cantik-cantik itu.

cuma, seperti mana-mana aktiviti besar yang lain, terdapat beberapa kelemahan yang saya harap dapat diperbaiki pada masa akan datang.


1. kekurangan khemah untuk pengunjung.
bayangkan, cuaca begitu panas, tetapi khemah untuk pengujung sangatlah sedikit. mereka yang datang bersama keluarga terpaksa mencari tempat teduh, seperti di bawah pokok, untuk berehat, setelah beberapa minit berjalan di kawasan tengah panas. ada yang saya lihat terpaksa menggunakan paip air di kedai-kedai yang berhampiran untuk membasahkan muka serta badan anak-anak mereka.

2. harga makanan mahal 50 sen
air - rm1.50
roti john - rm3.50
mee sup utara - rm4.00
apa kejadah? mahal sangat ke sewa tapak jualan di festival itu? atau peniaga yang sesuka hati meletak harga begitu? harap pihak perbadanan putrajaya pantau akan hal ini. ini adalah pesta untuk keluarga, sudah tentu kanak-kanak yang hadir ingin membeli mcm-mcm di situ. bukan semua rakyat di malaysia ini kaya-raya.

3. itenari seperti tiada guna.
kelihatan di papan tanda di booth official pesta itu, 'belon hanya untuk show, pada pukul 5.30 petang'.
cis, tipu besar-besaran. belon mula naik ke udara pada lebih kurang pukul 6-6.15. sekali lagi, harap pihak perbadanan putrajaya dapat membaiki kelemahan ini.

4. kekurangan tempat meletak kereta
sudah jadi triple parking. menyusahkan orang yang ingin pulang awal. harap terdapat polis trafik yang mengawal aliran kereta, demi kebaikan semua.

5. tambahkan lagi negara
memang sudah banyak negara yang hadir untuk pesta belon udara panas pertama kali di malaysia ini, tahniah diucapkan kepada penganjur. tetapi, diharap, pada masa akan datang, lebih banyak lagi negara dapat hadir, untuk memeriahkan lagi langit biru malaysia ini.

beberapa gambar yang sempat kami ambil.





all in all, seronok, sebab dapat tengok belon-belon yang besar-besar, warna-warni.

Saturday, March 21, 2009

bosan

i am pissed off.

inilah sebab kenapa saya benci untuk bekerja.

(kerja yang saya maksudkan di sini adalah bukan bekerja sendiri/makan gaji.)


perhatian : ini adalah entri merungut.


mempunyai bos. atau somebody superior, whom we need to report to every now and then tentang kerja.

tidak kisahlah kalau bos kita tu memahami.

tetapi, mungkin 1 dalam seribu, bos kita itu akan memahami betapa susah payahnya kita untuk melaksanakan kerja dan tanggungjawab kita itu.



aduhai, saya bukannya muda sangat pun dah. penatlah kalau dapat bos macam ni. um tu bukannya dekat dengan ampang. takkanlah hari-hari nak ulang alik, tanpa berbuat apa-apa.


janji pukul 9, tetiba tukar pukul 10, tetiba tukar esok, tetiba tukar hari isnin.

kan senang dari semalam, bila aku tanya kau nak jumpa pukul berapa, kau cakap je hari isnin.

inilah dia, sekali lagi saya katakan, manusia yang tidak PERNAH nak ukur baju di badan sendiri.

buat janji, tapi tak tepati.
aku panggil munafik, marah.

betul, manusia hanya mampu merancang, tuhan yang tentukan.
but, please don't make that as an excuse.
kau yang tidak pernah nak fikir kesusahan orang lain, fikir diri sendiri je.


sumpah, semester depan, kalau dia lagi jadi lecturer, mati hidup lagi pun saya tak nak jadi tutor dah, biarlah gaji banyak pun.

Friday, March 20, 2009

pening kepala

saya ada berjuta kerja, tapi teka apa yang saya buat?

googling 'the hills'.

damn you tivi.

Wednesday, March 18, 2009

main game

played two games today, apart from the usual pet society, geo challenge and who has the biggest brain.

Penci Rebel.
game yang tidak seperti biasa (typical). very artsy, and clever. and don't forget to read what the designer/art director have to say. walaupun ayat dia macam cliche je, tapi it is true.


The Big Escape.
ni game untuk budak-budak basically, tapi graphic dia, smoothness dia, sesuai untuk adult juga.



nampak sangat tengah bosan dengan tutorial/kerja.

buang masa

sangat penat dari kelas tutorial, jadi membuang masa melakukan kuiz 'what does your birthday say about you?'

below are the results given.



Stubborn and hard-hearted.
Ambitious and serious.
Loves to teach and be taught.
Always looking at people's flaws and weaknesses.
Likes to criticize.
Hardworking and productive.
Smart, neat and organized.
Sensitive and has deep thoughts.
Knows how to make others happy.
Quiet unless excited or tensed.
Rather reserved.
Highly attentive.
Resistant to illnesses but prone to colds.
Romantic but has difficulties expressing love.
Loves children.
Loyal.
Has great social abilities yet easily jealous.
Very Stubborn and money cautious.

...


nak dengar satu cerita besar?

semua di atas adalah betul.



dan cuba alert ayat pertama 'stubborn and hard-hearted' dan ayat terakhir 'very stubborn and money cautious'.

how many times do you need to emphasise on my stubborness?

saya tahu saya degil, mama tahu saya degil, babah tahu saya degil, acik tahu saya degil, nana, fifi, fidah tahu saya degil, en nasir tahu saya degil.


nak buat macam mana, i was born with it, the stubborness.

dulu saya mengaku 'a rebel with a cause'. tetapi sekarang, saya hanyalah seorang yang degil, keras kepala. accident kepala hentak cermin pun, cermin yang pecah.


...


Abstract thoughts.
Loves reality and abstract.
Intelligent and clever.
Changing personality.
Attractive.
Sexy.
Temperamental.
Quiet, shy and humble.
Honest and loyal.
Determined to reach goals.
Loves freedom.
Rebellious when restricted.
Loves aggressiveness.
Too sensitive and easily hurt.
Gets angry really easily but does not show it.
Dislike unnecessary things.
Loves making friends but rarely shows it.
Daring and stubborn.
Ambitious.
Realizing dreams and hopes.
Sharp.
Loves entertainment and leisure.
Romantic on the inside not outside.
Superstitious and ludicrous.
Spendthrift.
Tries to learn to show emotions.


di atas adalah keputusan en nasir.

kami memang secocok (cewah, mengaku tanpa segan pilu ---> lawak en nasir)

tak boleh blah, 'sexy'. hahaha, en nasir, kamu sexy!

tutup mata nak mimpi

what did they say about the law of attraction?




siapa peduli?

yang pasti, saya sudah attract sama itu oasis untuk datang malaysia, tapi yang terbaik kuasa saya dapat lakukan adalah attract oasis datang singapore.

jadilah.

asalkan boleh rock our ass off.


...


gossebumps are all over may skin right now, just thinking about nak rock out dengan oasis.

Tuesday, March 17, 2009

changes

i have changed.

1. dulu, saya akan bundarkan sesuatu nombor ke nombor yang terdekat. contonya, rm 49.90, saya akan bundarkan kepada rm 50. tetapi kini, saya akan bundarkan nombor itu kepada rm 49.

2. saya seorang yang compassionate, tetapi kini, saya seolah tidak mempunyai masa untuk berfikir tentang orang lain.

3. saya baran, tetapi kini baran itu berkurangan.

4. saya seorang yang penuh emosi, tetapi kini, saya sudah bertukar kepada manusia yang seolah tidak mempunyai perasaan.

5. saya seorang yang bijak, tetapi kini, seolah sudah berkurangan kebijaksanaan saya.

6. i used to have dreams, but it seems like the dreams had faded away, little by little.



saya tidak mahu menjadi manusia yang tidak mempunyai jiwa dan nyawa, jadi oleh itu, saya akan sentiasa bersama dengan mereka yang masih mempunyai jiwa dan nyawa.


i have realized that life can change you.

and i hope it is not to late to changed it back.

Monday, March 16, 2009

edie


terasa untuk menulis tentang edie.

Edith Miniturn Sedgwick.

saya baru sahaja selesai menonton Factory Girl.

ianya berkenaan edie, yang menjadi seorang 'Superstar' kepada andy warhol, seorang artist, juga penerbit cerita pendek.

tidak mahu menulis tentang sinopsis hidupnya, kerana kamu boleh klik link di atas, yang akan membawa anda kepada wikipedia tentangnya.

apa yang ingin saya selami di sini, adalah tentang bagaimana seorang perempuan yang keturunannya hebat-hebat belaka, serta mempunyai ayah dan ibu yang mewah, yang hidup penuh glamor, penuh tarikan, akhirnya menjadi seorang yang akhirnya tiada apa.



tiada apa.

tiada kawan.
tiada keluarga.
tiada teman hati.


ye, keluarga dia masih hidup, kawan dia masih di situ, teman hati pula tidak penting, tetapi, hidup dia kekosongan.

dan dipenuhi dengan dadah.

not that i have anything against drug, tetapi, kita semua tahu bahawa over usage of drug sebenarnya menunjukkan hati seseorang itu kekosongan, dan mereka mahukan bantuan.

dan itulah yang berlaku kepada edie.

wanita yang cantik, glamor, sangat bijak. dan was involved for a while dengan bob dylan.

bob dylan.

surely she is some intriguing lady.



she died when she was 28. yang ironinya, dia seolah tahu jangkahayatnya tidak akan melebihi 30 tahun.



it is sad to see a lady with so much ahead of her, membuangkan segalanya, untuk apa, tidak saya pasti.

tetapi, itulah hidup.






harap hidup saya lebih baik dari hidup edie.

Sunday, March 15, 2009

gambar kami

gambar adik-adik saya yang tercinta.
saya sanggup mati untuk mereka.

we're rock and roll stars.
(konon video klip lagu oasis)

makan di kenduri.



damn. dah lama gila tak ambik gambar macam ni.
(tau, kami cantek)


dah ada gambar pun.

hari minggu

hari minggu.

mungkin hari minggu ini merupakan hari minggu yang paling saya hargai.

babah pulang, setelah berbulan tidak pulang. untuk meraikan perkahwinan sepupu saya, sue.
mama bercakap dengan saya, setelah saya mengeluarkan ayat yang mungkin menyakitkan.

entahlah.

memang betul kata orang, air dicincang takkan putus.
blood is thicker than water.

keluarga itu tetap akan di situ. mungkin ia akan ke london, tetapi ia tetap akan pulang. mungkin saya akan ke paris, tetapi saya tetap akan pulang.

pusing-pusing, jeling-jeling, tengking-tengking, kita semua tetap akan pulang.



beribu kawan pun yang kita ada, merata tempat dah kita pergi untuk berseronok, rumah juga yang paling indah.


jadi, alhamdulillah kepada tuhan, saya tetap pulang, walaupun ribut taufan melanda.

kembali

sudah lama rasanya tidak menulis panjang di sini.

mungkin saya sudah sedikit malas, malas untuk menulis tentang hidup, tentang pengalaman saya.


teruk rasanya, seolah saya sudah tidak ada jiwa, kerana saya memang suka untuk menulis.

bukan menulis cerita fiksyen, tetapi menulis kisah hidup saya, bukan untuk bacaan sesiapa, tetapi untuk bacaan saya di masa hadapan.


mungkin inilah yang dirasai sesetengah manusia apabila mereka mengatakan bahawa mereka sudah hilang inspirasi, motivasi, punca.


tetapi, sedikit, saya sudah seperti hidup.

dan kini, si gila kembali.

Saturday, March 14, 2009

saspen

dup... dap... dup... dap...




jantung tengah berdegup kencang, berdebar.

oasis datang singapore.


wajib sangat pergi.

Sunday, March 8, 2009

positif di sebalik negatif

hari paling meletihkan.

dah lama sebenarnya tak menangis, tapi, hari ini saya telah mengeluarkan air mata. tidak banyak, tetapi cukup untuk menunjukkan bahawa hati saya terasa sedih.

sedikit kecewa.



mama nak tangguhkan wedding saya dengan en nasir.


aduhai, betul-betul sedih.



tetapi, en nasir seperti biasa, being a good and understanding human being, memahami yang mama dan saya kurang berkomunikasi, lalu mengatakan next year pun tidak apa.

'i sanggup tunggu u'.

haha, boleh dia buat lawak.


tapi, saya harap hubungan kami kuat dan mampu untuk mengharungi sedikit bonggol.

insyallah, ada jodoh, kami nikah, kan en nasir.

Saturday, March 7, 2009

fantasi

kali ini, entri saya tidak akan menjadi serious langsung, lebih kepada keseronokan.

tentang apa?

tentang perempuan, dan lelaki yang menarik perhatian mereka.

dan seperti biasa, ia tiada kaitan dengan apa-apa kajian, hanyalah kata-kata yang datang dari pemerhatian saya menjadi seorang gadis selama 25 tahun.



lelaki yang besar. bukan gemuk, tetapi besar.
saya ada seorang kawan, nama akan dirahsiakan. saya tanyakan kepada dia, bagaimanakah rupanya kekasih hati terbaru beliau? saya bertanya kerana kami terlampau sibuk untuk berjumpa. jawapan pertama beliau, 'dia besar'. tiada kaitan dengan cerita lucah. dan saya faham. memang ada perempuan yang sukakan lelaki yang berbadan besar. seolah dapat melindungi mereka dari sebarang gangguan, dan berasa selamat.

lelaki yang sedikit nerd, geeky.
ini memang fantasi saya dari dahulu lagi, kerana saya sukakan perbualan yang intektual, yang bukan sekadar berbual kosong. mungkin perbualan tentang ahli matematik yang dahulu, atau tentang sejarah yang mengubah cara hidup manusia. dan, sebenarnya, ramai lagi perempuan ada fantasi tentang lelaki begini. sangat seksi.

lelaki yang berbadan gelap, tetapi bukanlah hitam.
betul, ini lebih kepada tarikan seksual, kerana mereka yang berkulit seperti cokelat itu amatlah irresistible, terasa seolah ingin sahaja dimakan kulit mereka itu, dicairkan untuk menghasilkan coklat hershey's. dan mereka yang berkulit cokelat ini kelihatan seperti macho, tough, tidak lembik, tidak jambu, yang membuatkan perempuan begitu teruja.

lelaki yang kelihatan bergaya ketika menghisap rokok.
contrary to what we have been told ketika di sekolah, merokok itu memang membuat lelaki nampak hebat, juga menarik. seperti ada sesuatu tentang asap yang keluar dari mulut mereka itu. dan percayalah, saya ada mengenali beberapa perempuan yang menyukai lelaki semata kerana mereka kelihatan bergaya menghisap rokok. but it doesn't mean that kamu perlu menghisap rokok untuk mengurat seorang perempuan.



i am going to stop, sebab nanti kang ada macam2 kategori lelaki yang akan diulas dalam blog ini.

Thursday, March 5, 2009

sikit

update.

1. sudah berbulan saya tidak ke mcd, atas dasar untuk memboikot.
2. obsesi terbaru saya adalah online shopping, especially barangan vintage.
3. tadi pertama kali ke aeon au2, dan berasa amat kagum.
4. belum mendapat gaji lagi

tiada apa yang menarik, hanya ini sahaja.

Monday, March 2, 2009

weekend lalu

jumaat.

pada mulanya, en lecturer saya mengatakan ingin berjumpa dengan saya pada hari jumaat itu, untuk memeriksa bersama paper mid term student, tetapi, dengan alasan beliau mempunyai banyak assignment untuk dilaksanakan (beliau mengambil phd di um), saya terpaksa memeriksa kesemuanya. kami tidak berjumpa pagi itu. lalu, acik mengajak saya untuk ke pasar keramat, untuk mencari bahan-bahan memasak untuk majlis makan-makan bersempena harijadi en nasir.

kami telah membeli daging batang pinang (baru saya tahu tenderloin itu maksudnya), tulang, sayur, juga buah betik.

acik dan saya juga telah ke max value, mencari fruit koktel, serta susu sejat, untuk membuat agar-agar.

sabtu.

pagi, telah menyediakan agar-agar bersama acik. kemudian saya bersiap untuk ke um, mengambil kertas peperiksaan mid term yang perlu saya periksa. pulang, saya bersiap pula untuk bermain futsal. perancangan awal, ingin bermain pada pukul 11, tetapi, kerana semua nya lambat, kami telah menukarnya kepada pukul 12.

selesai, saya terus ke max value bersama fifi, untuk membeli kordial air.

tiba di rumah, kelihatan acik sudah mengemas sedikit rumah saya yang bersepah itu. melly, mun juga sudah tiba dari tempat futsal. mereka mandi, sementara saya menyediakan air. kelamkabut, kerana en nasir akan tiba beberapa minit lagi.

pukul 1.30, en nasir tiba dengan apis, midi, akim serta am. saya pula terpaksa meninggal kan mereka kerana ingin mandi. mun dan melly membantu acik menyiapkan meja.

the lunch was great, sebab it was small, and very intimate. alhamdulillah, semua nya berjalan lancar.

ahad.

saya, fifi, en nasir, nana, pdax dan nini, kawan nana, telah ke soho, kononnya mengikut kata melly, terdapat bazaar menjual barangan vintage, dan saya memang betul-betul ingin mencari beg vintage.

tetapi, kecewa, kerana tiada apa di situ. nampaknya, berita yang kami dengar dari melly, adalah tidak benar.

memandangkan tiada apa di sana, saya dan en nasir ke mid valley untuk mencari cincin merisik dan tunang.

sebelum itu, saya telah bertanya kepada leanne, di manakah dia membeli cincin tunang, dan dia menyatakan telah membeli di diamnond and platinum di mid valley.

lalu kami juga telah ke sana.

alhamdulillah, selesai juga mencari cincin. lepas ni nak cari cincin kahwin pulak.



aduhai, weekend yang bagus, tetapi, realitinya, saya ada banyak kerja.