Monday, June 15, 2009

dua jam

dua jam menunggu.

bayangkan, dua jam kami menunggu fifi dan mama pulang dari jeddah. berdiri, berjalan-jalan, bersila atas lantai, pergi tandas lap mata.

mereka sudah tiba pukul satu, mengikut jadual, tetapi, untuk bagasi serta air zam-zam, sedikit lama. tetapi, untuk apa merungut. mereka sudah tiba, alhamdulillah, dengan selamat. cuma, fifi dan mama sedikit tidak sihat, mungkin kerana cuaca kering di sana, menyebabkan mereka selsema dan pening-pening.

tiba je di rumah, saya bantai tidur, memandangkan dari di klia lagi saya asyik menguap.

akhirnya, ayah saya pulang, hanya mampu bersalaman sahaja.



mau mendengar cerita dari fifi pengalaman ke sana, tak sabar.

Sunday, June 14, 2009

kucing banyak betul tengah berlari

two three cat run,
where the same like stripe cat,
two three can find,
where the same like you.

maafkan bahasa melayu-terjemahan-terus-inggeris saya

betul, takda yang sama dengan apa yang saya ada.

keluarga hebat. habiskan duit rm11 tengok jangan pandang belakang congkak, tapi gelak kau-kau, walaupun lawak bodoh 'yo, yo, bro'. pastu pergi lepak, habiskan lagi duit minum-minum, sampai pukul 3 pagi. ye, kami lame.

kekasih jiwa hebat. tak nak orang lain. tak nak brad pitt, tak nak jit murad, tak nak johnny depp, tak nak keith richards. nak dia jugak. kami nak tonton oasis sesama. ye, kami rock and roll.

kawan-kawan hebat. eventhough, for the time being, kami semua sedikit sibuk dengan dunia masing-masing, which is totally understandable, as we are only human. tetapi kami masih mempunyai sejarah bersama yang masih relevan. dan kami mahu beranak cepat-cepat. ye, kami kolot.

dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang.



kita semua ada kisah hidup, sejarah yang lain-lain.

makcik yang duduk depan kita kat chili's dan pandang nak jeling. walaupun annoying tahap langit, dia mungkin baru lepas mengetahui yang suaminya ada awek muda-layak-jadi-anak. mungkin pakcik rambut putih yang pandang kita tapi sebenarnya nak pandang buah dada kita, ada anak mcm setan, serupa dalam cerita gila-gila remaja. budak sekolah menengah yang pakai skinny purple, gaya jalan mcm dia sorang je kuat dalam dunia ni, mungkin baru lepas kena belasah dengan ayah sendiri.

jadi, tidak perlulah kita asyik nak marah, nak rasa annoyed. kita pun bukannya bagus sangat.

dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang.

betul, semua manusia ada traits mereka yang tersendiri. kita hanyalah manusia, bukan tuhan. kita tidak perfect. kita penuh dengan kelemahan.



tetapi, little imperfections itulah yang buat kita sayangkan mereka semua.

Friday, June 12, 2009

short stories

aktiviti semalam di short storykan.

1. bergaduh dengan en nasir, tentang benda-benda remeh yang perempuan biasa lakukan, lalu menangis mengalir air mata deras. en nasir lari meninggalkan saya sendirian di rumah. kemudian, beberapa minit selepas bercakap di telefon, en nasir datang semula.

2. saya telah menggunting rambut. sudah rimas dengan rambut yang panjang-panjang, juga memudahkan saya untuk mula bekerja nanti, tidak perlu memikirkan tentang ingin mengeringkan rambut pagi-pagi.

3. en nasir dan saya telah ke starbucks, melepak sekejap, sebab dah lama tidak ke sana. seperti biasa, java chip menjadi penyeri meja kami.

4. en nasir dan saya telah bersama-sama membuang tahi-kucing-yang-berlambak-sampai-satu-rumah-bau-tahi. aduhai, pedih mata dan hidung kami. wahai kawan-kawan, inilah satu kelecehan membela kucing, tambahan lagi kalau ada 7 ekor mcm saya.

5. sebelum tido, saya mendengar lagu-lagu pilihan bruce springsteen yang boleh didapati jika kita membeli majalah uncut bulan ini. BARU SAYA TAHU KENAPA BRUCE SPRINGSTEEN INI SEPERTI LEGEND (memang legend) DI AMERIKA. sedikit folk, which has always been my favourite kind of music tapi bob dylan sahaja yang saya tahu, juga sedikit rock with the roll. sure, lepas ni bruce akan menjadi peneman tido saya.

dan, malam ini, akan menonton wayang cerita 'jangan pandang belakang congkak' (?). wtf! tapi, macam orang selalu kata, 'it is not what you do, it is the people that you do it with'. dan saya akan menonton dengan orang-orang kegemaran saya.

Wednesday, June 10, 2009

harap maaf

badan saya penuh dengan kemarahan.

orang putih kata, full of fire.

sebab itu saya senang nak naik marah.

cawan cuci tak bersih, acik kena marah. en nasir lupa nak bagitau password, kena marah. mama tegur sikit, terus nak buat muka pundek. adik-adik saya cakap kureng sikit dengan saya, confirm kena sound.

dan, kata orang, tidak elok, jika sikit-sikit nak marah.
dan, kata orang, lebih elok kita simpan, kang lama-lama hilanglah tu.
dan, kata orang, baringlah ketika nak marah, mesti sejuk.


dan 'orang' yang berkata-kata ini, amatlah bangang.

jika kita simpan, pendam perasaan, satu hari ia akan meletup. mcm kalau kita suka seseorang. kita perlu luahkan, lebih sihat. jika kita inginkan sesuatu, katakan, mungkin tuhan nak bagi.

sama juga dengan marah. ia akan meletup dengan teruknya, jika saya simpan, pendam.

dan, memang menakutkan kalau saya naik amuk. semua orang akan diam, yang kedengaran hanyalah suara saya terpekik terlolong, barang-barang kena hempas, pisau akan digunakan, foul language tak payah cakaplah. pukimak tu favourite word. kedua favourite word adalah bangang.

saya suka word bangang, sebab menunjukkan orang yang saya panggil bangang itu teramatlah bodoh, tahap nak mengira pun tak reti.



jadi, mulai hari ini, saya akan menulis segala kemarahan saya dalam blog tercinta ini. nak keluarkan segala perkara negatif dari badan.


sorrylah kalau kau ingat aku heran sangat dengan kau.

12 senarai

tutup mata, tak boleh lupa jugak.

aku ni memang pendendam.

nasiblah kalau kau carik pasal dengan aku. sampai matilah kau akan nampak betapa bencinya aku terhadap kau.

tetapi, aku bukan senang-senang je nak berdendam dengan orang. susah. contohnya, kalau kau makan coklat mahal aku yang berharga rm80 dalam peti ais. takde hal. silap aku jugak, kenapa aku simpan dalam peti ais kalau tahu manusia-manusia dalam rumah ni kuat makan tapi takda duit nak beli.

tapi, aku akan berdendam dengan kau kalau, aku dah simpan coklat mahal aku yang berharga rm80 dalam bilik aku, siap sorok dalam almari, kau pergi masuk bilik aku, selongkar almari aku, pastu amik coklat aku, bagi kat orang lain, cakap kau yang beli.

bahalol.

ps : cerita contoh di atas adalah fiksyen semata. bukan langsung fakta, jadi tak perlulah cuba nak memahami cerita disebalik cerita itu.

kenapa, ada manusia yang tidak fikirkan orang lain? kenapa, ada manusia yang terlalu oblivious akan perasaan manusia? kenapa mereka tidak ada idea langsung tentang cara untuk menjaga hati manusia?

satu jawapan.

mereka ini manusia tidak berpelajaran.

tidak paham konsep 'orang berbudi, kita berbahasa; orang memberi, kita merasa'. sebab itulah jadinya begini, golongan tidak fikir orang lain.

contoh golongan ini :

1. mat rempit
2. room mate kaki kibau makanan/sorok makanan tapi makanan orang bukan main lagi mengendeng mcm tak makan setahun/tak reti nak cuci pinggan
3. peragut
4. boyfriend yang lebih mengutamakan kawan/melayan perempuan secara rawak/kaki pau tapi tak pernah bagi sesen pun kan pasangan
5. adik-beradik kaki dengki/kaki bawak mulut/kaki pinjam duit tak bayar
6. jiran sebelah yang suka karaoke pepagi buta, lepas subuh terus nak karaoke
7. sedara-mara perabis beras, datang rumah, semua dvd, cd, baju, buku nak angkut bawak balik rumah sendiri
8. bibik-bibik yang lari dengan pakwe, lepas tu dah susah nak kerja balik, boleh blah
9. penguatkuasa-penguatkuasa yang makan gaji tipu, tak pernah nak saman orang yang parking kat atas jalanraya
10. anak-anak menteri yang tak tahu malu, tak tahu mak bapak kau pemimpin negara, keluar gambar telanjang/minum arak
11. girlfriend yang banyak kawan lelaki/kaki pau tapi tak pernah bagi sesen pun kan pasangan/suka pakai pink
12. tokey-tokey telefon/komputer/kamera/dvd cetak rompak yang kata 'manyak bagut ho ini barang. lu mesti suka punya' tapi lepas dua minggu, rosak, babi


di atas ini semua adalah manusia yang tidak berpelajaran. tidak reti nak hargai apa yang orang dah bagi kat mereka.

saya harap saya dijauhkan dari mereka.

saya lebih rela mati.

Saturday, June 6, 2009

addiction

masalah masalah.

ada duit, nilah jadinya. bukan nak merungut ada duit. bukan tak bersyukur tuhan kasi rezeki. tapi, inilah. pergi sana. bukak itu. cari ini. pergi balik yang sana. bukak balik yang itu. cari balik yang ini.

kena stop. mungkin betul kata orang cina, jangan berumah dekat depan simpang, duit cepat keluar.

betullah ni.

berapa lah agaknya duit dah keluar, mengalir, semata untuk melayan masalah saya ni.



nampaknya nak kena buang semua link online shopping kat blog nie, kang tak pasal-pasal, balance dalam account jadi rm 10, itu pun sebab dah tak boleh keluarkan, limit.



tata semua kawan-kawan, mungkin tahun depan saya akan kembali menjenguk kamu semua. mungkin bukan tahun hadapan, tetapi, seriously, i have to stop BUYING stuff! dah jadi mcm impulse grabber/shopper/buyer.

atau saya mungkin seorang yang mempunyai 'compulsive shopping disorder'? cover line alert.



mungkin inilah yang dialami oleh tobacco addict, sex addict, alcohol addict, drug addict. ADDICTION.



about the idea nak buang semua blog-blog online shopping tu, merepek. siapa punya idealah nak buang.

Friday, June 5, 2009

aktif sukan

penat.

ada empat ekor anak kucing yang aktif-aktif. baru berapa bulan, dah pandai nak main luar. siap nak kejar burung yang tengah atas jalanraya.

kembang ekor kononnya tengah nak berlawan. tambah lagi dengan mick pun menggalakkan.

tak boleh main luar, pintu kunci, main kat dalam rumah. abis bilik mama jadi taman permainan. panjat sana sini mcm spiderman, kejar-kejar mcm lah tengah kejar mangsa nak buat makan.

ish, geram betul lah dengan bebudak nie.

taro dengan noodle pun dah tak keruan duduk, tengok bebudak tu pandai-pandai je nak main jauh-jauh.



dah, duduk dalam rumah diam-diam.

kang tak bagi makan padan muka.

Wednesday, June 3, 2009

didik

saya mendapat kerja tetap, di masterskills.

alhamdulillah, doa saya di mekah dimakbulkan juga akhirnya. tetapi, saya akan terus menutor di um. banyaklah sikit income saya, hehehe. tetapi, saya ikhlas ni, nak mendidik.

homer joker

berita terbaru.

homer sebenarnya bongok (pardon the language) sebab ada krayon dalam otak die!

rupanya pandai gak homer nie. buat equation prooving kononnya tuhan itu tak wujud. buat rekod saying the plantation he is working at is hazardous. pandai sebut octoparrot. siap buat ceramah kononnya dalam diri kita semua, ada krayon dalam otak, tetapi jangan mengalah. pergi library dengan lisa.

giler.

tapi, at the end, dia rasa hidup dia lebih seronok kalau menjadi bodoh. lalu, melakukan pembedahan memasukkan semula krayon ke dalam otaknya.



but, really, to have a brain mcm eistein, hawking, mungkin a bit tiring.

fikir hal-hal besar; is big bang really true, kenapa epal boleh jatuh.

bayangkan otak homer.



kosong.


hehehe, but we all love homer as he is.

e t i k a

etika.

undang-undang manusia yang dicipta oleh manusia, dalam niat untuk mengekalkan keharmonian, ketenangan, dan mungkin juga untuk menjaga tatasusila kita.

contohnya, etika berpakaian di kampus.

kalau kat kampus, dilarang memakai skirt atas lutut. kang lecturer tergoda, rogol kamu, sape yang susah. juga, jangan pakai selipar, buruk nampak kuku kaki, panjang dan hitam. lelaki tidak dibenarkan berambut panjang, takut disalahanggap sebagai perempuan. guna lab komputer, jangan pergi website lucah, kang ilmu tak masuk.

tetapi, siapa yang akan menangkap? pak guard?

berapa kali pernah saya ke kampus memakai selipar, selama tiga tahun saya di upm, tanpa ditangkap oleh sesiapa. berapa kali juga pelajar cina memakai skirt atas lutut, tiada pula yang ditangkap. pelajar lelaki berambut panjang? yang ada buah dada pun ada, so apa cerita? web lucah tak payahlah amik kisah, kalau ada internet kat bilik tu, sapa nak pantau?

jadi, apa sebenarnya etika ni? perlu ke kita ambil berat?

perlu, to some extent, jangan melampau.

kerana etika ini bukan undang-undang, tetapi lebih kepada budi bicara kita, untuk menghormati orang disekeliling kita.

jadi, jika apa yang akan kita lakukan itu mungkin akan mengganggu sesiapa, jangan lakukan. fikir sebelum berbuat apa-apa. jagalah hati orang lain.



tetapi, bagaimana pula dengan menipu dalam ujian?

Tuesday, June 2, 2009

tata

tata!

adik saya dah terbang untuk menunaikan umrah.

alhamdulillah.

balik nanti, kau preach lah kat kakak-kakak kau yang gile2 ni.