Monday, December 28, 2009

mungkin the grass is brown on the other side

kadang-kadang kita tak nampak berlian depan mata kita. yang kita nampak berlian celah kangkang orang.

janganlah nak mengamuk dengan statement 'celah kangkang' tu. saya ingin menunjukkan, bahawa, berlian tu, walaupun kat celah kangkang orang, tempat yang memang tersorok, kita boleh nampak. tapi, berlian depan mata, kita ingat tahi.

kata orang puteh, 'the grass IS always greener on the other side'.

the other side to, mungkin boleh ditafsirkan seperti merujuk kepada jiran sebelah rumah.
kita tengok rumah dia, bukan main cantik lagi, rumah kita buruk mcm rumah pondok.

the other side itu juga mungkin boleh merujuk kepada kawan kerja kita.
kita tengok pengaruh dia hebat je kat ofis tu, sekali cakap semua orang takut. kita cakap semua masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

the other side itu juga mungkin boleh merujuk kepada kawan kita yang belajar kat UK.
universiti dia hebat bukan main, universiti kita cikai je.



tapi yang selalu orang rujuk kepada 'the other side' ini, ialah pasangan orang lain.

'boyfriend dia baik, selalu belikan beg, kasut, baju'
'suami dia sporting, tak pernah marah kalau dia keluar dengan lelaki lain'
'girlfriend dia cool, tak pernah nak sibuk hal dia'
'isteri dia bagus, selalu masakkan makanan kegemaran dia'

pasangan kita mesti yang paling tak bagus.

'boyfriend i tu lembaplah, tak pernah faham i'
'suami kita tu garanglah, nak keluar dengan kawan-kawan pun dia tak kasi'
'girlfriend aku tu mengadalah, sikit-sikit nak tanya aku kat mana'
'my wife tu gemuklah. malu nak bawak dia keluar jalan.'


meh sini aku nak cakap sesuatu. kalau kau rasa partner kau tu paling hampeh, paling bongok, paling memalukan, paling membosankan, paling bodoh, TINGGALKAN DIA.




tak payah cuba untuk membaiki keadaan, sebab hubungan yang perlu dibaiki, sebenarnya tidak boleh dibaiki. there is no common way to mend a relationship.

yang penting, keikhlasan, ketulusan hati. kesabaran jiwa.

juga doa selalu kepada Tuhan.

Thursday, December 24, 2009

rawak yang random

kek cokelat kita nampak mcm kek keju. cadbury kita rasa mcm van houten. ferrari kita nampak mcm proton. bunga ros kita bau mcm bunga orkid.

semua deria rasa pun dah tak betul.

rasanya ni pasal tido tengahari bangun petang, tanpa cuci muka, terus pergi kerja.

Tuesday, December 22, 2009

lambat bersyukur, tapi better late than never

kesyukuran sempena tahun baru (walaupun dah sedikit terlambat).

1. SAYA SUDAH ENGAGED!
believe it or not, saya sudah bertunang dengan en nasir. purple was the theme, which is not my favourite colour, tapi, it has become one of the colour to go for if you are getting engaged. en nasir pakai baju melayu, sungguh kacak! alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. terima kasih mama, babah, nana, fidah, fifi, acik for making the day the coolest day ever. terima kasih juga kepada keluarga en nasir kerana sudi hadir to my humble engagement 'partay'. to abo, zess, baayah, zatil, I LOVE YOU ALL!. thank you for coming. walaupun kita lima orang je, tapi still happening. last, but definitely not the least, terima kasih en nasir kerana sudi menjadi tunang saya. saya harap kita akan lebih bahagia di masa hadapan, with all of the new friends, new families.

2. BERCUTI KE PENANG
dapat tengok hard rock hotel! i sounded poyo, but it was definitely the best feeling ever, walking into the hotel, looking at all of the memoribilia of some awesome rockstar. elton john punya baju pon ada, wtf? with all the purple and yellow, it is one of the most beautiful boutique-ish hotel in malaysia. the beatles, kekasih-kekasih saya pon ada. we went to hiking jugak, which was VERY VERY tiring. imagine, lagi melemahkan dari naik baha. omg, tak boleh nak imagine nak naik lagi. and such a pleasant surprise, dapat tengok Penang Downhill Challenge. all those bergaya guys. with their unmatching pants and suits, very handsome. coolest bikes i have ever seen. basikal dah mcm scrambler rupanya. and going down the hill, we were like children running around looking for some action, some adventure. crazy.

3. CONFIRMATION
saya sudah confirm sebagai lecturer di masterskill. nothing much to say about this, as i am not really feeling it, but it is definitely one of the thing in life that you are grateful for. mcm thong, menyakitkan tetapi elok untuk dipakai bersama skirt ketat.

4. banyak lagi yang saya syukurkan, so i am just gonna list it down here.

kekasih jiwa dan hati, en nasir.
family members yang tidak bosan dengan perangai baran dan merepek saya.
kawan-kawan yang memang sentiasa di situ walaupun tak nampak.
kesihatan saya yang walaupun sedikit tidak sempurna, tetapi memuaskan.
pekerjaan yang walaupun tidak memuaskan, tetapi cukup.
kucing-kucing yang meceriakan waktu bosan saya.



dah, nak start kerja. walaupun sebenarnya takdelah kerja sangat, sebab budak-budak semua cuti!