Tuesday, May 20, 2008

mereka2 yang makan taik

saya adalah seorang pemarah. kalau dalam bahasa inggeris, 'grumpy'.

saya tak senang nak marah. saya lebih kepada seorang yang 'sukati kaulah, ini hidup kau'.

tapi bila saya naik marah, atau sampuk, saya akan mengamuk macam babi hutan kelaparan. ini akan berlaku kalau saya rasa perasaan saya tidak dijaga dengan baik oleh mereka yang mengaku menyayangi saya.

memang kita mudah untuk merasa sedih, atau 'touching', macam kata en. nasir, jika disakiti oleh mereka yang dekat dengan kita. itu memang hakikat. jadi, saya akan selalu mengamuk dengan mereka yang dekat dengan saya.

dengan strangers lain, saya tidak akan mengamuk macam babi hutan itu. jadi, ianya adalah satu peristiwa yang hanya berlaku jika anda bertuah sahaja.

bila saya mengamuk, saya akan memukul/menumbuk sesuatu (kesian en. nasir, semalam saya tumbuk pintu kereta myvi). saya selalunya akan menjerit. tapi, jika saya berada dalam situasi yang tidak membenarkan saya menjerit, saya akan menangis (semalam en. nasir juga melihat/mendengar saya menangis).

faklah kau yang tak tahu nak jaga hati aku. pegi mampos. lepas ni, memang jangan harap aku nak jaga hati pukimak kau tu.

fak juga kepada mereka yang ingat saya tidak kisah jika saya ditinggalkan. lepas ni, memang akan selalulah aku akan tinggalkan kau.

aku harap kau orang semua akan makan taik satu hari nanti.

saya memang seorang yang pendendam.

Monday, May 12, 2008

kuala lumpur


kelemahan dan kebaikan kuala lumpur.

entri ini tiada kaitan dgn sejarah, atau apa2 yang bersangkut paut dgn education. entri ini adalah tentang pendapat saya sendiri.

kebaikan :
1. banyak shopping complex
2. kemudahan senang didapati
3. banyak peluang pekerjaan

kelemahan :
1. penuh dengan mat rempit
2. banyak pencemaran
3. selalu saja ada jenayah
4. traffic jam merata-rata
5. kurang alam semulajadi
6. tidak dapat lihat bintang
7. ramai manusia 'plastic'

*gelak kuat sampai jiran sebelah pelik*

saya berat sebelah ka atau memang itu realitinya, kuala lumpur mempunyai lebih banyak keburukan dari kebaikan?

HIDUP KUALA LUMPUR.

pasangan yang comel

sesuatu yang telah membuat saya tersenyum.

ada pasangan burung (saya tidak tahu jenis burung) sedang membina sarang di rumah saya. lebih tepat lagi, pokok di laman saya.

sebelum ini, memang banyak burung yang telah membina sarang di pokok yang sama. cuma, sayangnya, setiap kali mereka menetaskan telur mereka, tentu ada seekor kucing jahat yang geram, lalu memakan anak burung itu.

pernah sekali, saya terdengar kekecohan di luar, bunyi burung menjerit. rupanya anak mereka telah di gonggong oleh kucing sialan itu

(nama dia tabby, dia kucing betina yang telah dimandulkan, lalu bertukar menjadi kucing betina yang mandul yang selalu nak cari gaduh).

pernah juga sekali, saya terlihat, dua ekor anak burung cuba untuk terbang. seekor terbang dengan hebatnya, spreading its wings like it was born to fly. seekor lagi, kurang berjaya. tercungap-cungap. lalu, tanpa di sedari, dia telah dibaham oleh kucing sial itu.

kali ini, akan saya jaga keluarga burung itu dgn baiknya. untuk apa? untuk mendengar siulan mereka pagi2.

*senyum*

elok-elok ye jack dan jenny, harap keluarga kamu akan bertambah lagi.

Friday, May 9, 2008

mulut harus dibuka

saya terbaca blog myspace fifi.

apa yang menariknya, dia berfikiran sama dgn saya.

saya rasa, sebenarnya manusia terlalu ego. itu sebab manusia tidak mahu membuka mulut, untuk mengatakan perasaan mereka.

bukan ke bagus, jika perasaan kita dapat diluahkan? samaada kita marah ke, kecewa ke, gembira ke. apa yang nak malunya? apa yang nak ditakutkan?

hidup ini hanya sekali, jadi, live it like a brave person.

dah, malas nak ckp byk. semua pun dah besar. bole fikir sendiri.

hobi membaca

oh, saya begitu 'hidup' ketika membaca.

itulah hobi saya sejak saya kecil lagi. apa saja yang ada tulisan, saya akan baca. resit. surat khabar. majalah.

tapi bila saya naik sekolah rendah, saya mula membaca buku. buku bahasa omputeh ke, bahasa melayu ke, semuanya saya baca.

dari darjah satu sampai darjah tiga, saya banyak baca buku misteri, contohnya, 'siri hadi', 'enid blyton : 5 sekawan', dan 'nancy drew'. entah kenapa, saya suka genre ini, genre misteri. mungkin kerana ia seolah2 saya dalam buku itu (sebab semua watak pun masih muda), dan mereka berjaya menyelesaikan misteri yang besar (ia lebih kepada fantasi).

bila saya dah naik darjah empat, lima, enam, saya mula membaca buku omputeh. satu-satunya buku yang menjadi motivasi saya untuk membaca adalah 'sweet valley high', atau 'sekolah lembah manis' mengikut kata kawan saya.

saya selalu buat deal dgn mama, kalau saya basuhkan kasut adik2 saya, saya akan dapat duit. lepas tu i will save it to buy those books. and i will save it for quite sometimes so that, kalau pergi beli buku, dapat beli byk2 (takdalah byk mana, mcm 2 buah je).

pastu, kat sekolah, akan berborak dgn kawan2 pasal buku tu. oh..... heaven nak mati, kalau kita ada rakan untuk berbual tentang sesuatu buku.

but, that's long ago. sekarang ni, saya hanya akan membaca seorang diri, membuat kesimpulan sendiri, mencari maksud kata2, memahami cerita.

kedengaran seperti menyedihkan, tapi sebenarnya tidak, kerana saya suka bercerita kepada sesiapa pun, apa yang menarik dalam sesebuah buku. atau mungkin sesuatu yang saya terbaca.

ilmu itu ada di mana2. dan saya cuba untuk past it along kepada sesiapa yang sudi mendengar.

sebab tu, saya rasa saya sesuai menjadi seorang pendidik (hahaha....).

alhamdulillah

resolusi saya kali ini, masa ini, saat ini, adalah untuk lebih menghargai setiap saat dalam hidup saya, baik atau buruk.

truthfully, saya masih sedang mencari tujuan saya dilahirkan di bumi ini, selain dari menjadi seorang muslim yang patuh pada arahan sang pencipta (itu pun saya tak bole buat, sedangkan itulah yang penting).

saya akan menjadi seorang yang amat mementingkan diri sendiri jika saya fikir tujuan saya itu tiada kaitan dgn yang maha, kerana segalanya hidup kita ini haruslah berkisar sekitar Nya.

jadi, pertama sekali, saya akan lebih menghargai hidup saya, yang tuhan dah berikan, tidak kira baik atau buruk. baby step yang saya bole buat sebagai seorang muslim adalah, mengucapkan alhamdulillah.

'segala puji bagi Allah'

untuk hidup. untuk malaysia. untuk pendidikan yang saya dapat. untuk keluarga yang hebat2. untuk kawan2 yang tercinta. untuk en. nasir yang mengagumkan.

Wednesday, May 7, 2008

kecewa besar-besaran tanpa sebab

aduh. penyakit saya dah kembali.

*menguap kebosanan*

kenapalah penyakit ni perlu wujud dalam diri saya?

saya seperti mempunyai perasaan yang pelik2. sedih. menyampah. sayang. suka. benci. kat semua orang. en. nasir ke, mama ke, nana ke, fidah ke, fifi ke.

saya dah mcm malas nak layan org. saya seolah dah tak boleh nak fokus. terasa macam semua orang pun dah kecewakan saya. dari segi apa, saya pun tak tahu.

*mungkin saya dah bengong*

cara saya nak menangani penyakit tanpa ubat dr doktor ini, saya berdiam diri. tak layan semua orang. jadi anti-sosial. org tanya pun, saya jawab ikhlas tak ikhlas. sengaja, supaya orang itu tahu saya tengah kecewa.

tapi biasala, manusia, yang dia fikir hanya diri dia. jadi, mungkin mereka tidak tahu pun saya kecewa. membuatkan saya semakin kecewa.

ntahlah.

pergilah mampos dunia.