Wednesday, December 31, 2008

tiap kali ku pandang langit

hari ini adalah hari terakhir saya bekerja di perangkawan. insyallah, saya akan memulakan tugas sebagai seorang tutor.

tutor yang gajinya rm100 sejam.

yang mana tidak mencukupi, jika ingin dibandingkan dengan usaha saya dalam menyediakan tutor itu dari cakaran.

mula-mula kena jumpa lecturer untuk mengambil buku rujukan.

kemudian, berbincang dengan lecturer tentang subject yang akan kami mengajar. itu pun dah susah, sebab as i previously mentioned, beliau (cewah, beliau tu) ialah seseorang yang berbangsa timur tengah, dan jika kamu pernah ke mana-mana universiti/kolej, mereka ini slangnya kurang sama dengan manglish.

beberapa hari selepas itu, saya harus membook lab komputer untuk kelas tutorial. untuk mengebook lab ini sahaja, saya sudah mengeluarkan beberapa mangkuk peluh. aduhai, nak jumpa abang lab ni pun, mcm kena buat appointment.

'sila tunggu sebentar. dia mungkin akan kembali lagi 30 minit.'

dan ketika itu, waktu sudah menunjukkan pukul 3. apakah? lunch hour sampai mcm tu ke?

dan, the person telling me the above statement is not that polite. seolah, mcm saya yang mengganggu hidup/kerja dia.

kemudian, saya harus menampalkan announcement tentang waktu-waktu tutor.

bermula pada rabu depan, saya akan memulakan tanggungjawab saya.




...

ini bukan entri untuk merungut. ini hanyalah ingatan kepada saya bahawa duit itu bukan datang semudah. kita harus berusaha untuknya.




ps : maaf jika entri menyinggung. kita semua ada punggung.

Tuesday, December 30, 2008

7 ekor

anak kucing saya ada 7 ekor.

yeehaw!

insyallah, semuanya akan membesar dengan sihat.

kenyit mata

saya telah ke kenduri kawan sekolah saya, joe, di kuala kubu baru. together with 6 more of our close friends in school.

aduhai, memang betul-betul jauh rupanya kkb itu.

ketika dalam perjalanan ke sana, kami semua mengatakan bahawa kini kami mengerti kenapa ketika zaman sekolah/universiti, joe kurang/susah untuk keluar bersama kami pada hujung minggu.

kami kini memahami keadaan kau joe.




sudah bertambah seorang lagi sahabat saya yang kini sudah bergelar isteri.

saya tumpang gembira untuk mereka.

membuatkan saya terfikir, bersediakah saya?
bersediakah untuk menjadi seorang isteri, sekaligus menjadi seorang ibu?



ahad lepas, keluarga en. nasir datang ke rumah saya, untuk melawat mama dan babah.

juga, dalam waktu yang sama, untuk merisik.



dan, saya langsung tidak memberitahu mama dan babah.

segan.

tapi, takpa, because everything seems okay.



nampaknya, memang benar-benar terjadi.

saya akan menjadi seorang isteri tahun hadapan.

minta kepada yang maha kuasa, agar segalanya akan berjalan dengan lancar.

Wednesday, December 24, 2008

debaran

insyallah, jika diizinkan yang maha, saya akan kembali mengajar tutorial di UM untuk semester depan.

dan, isnin lepas, saya telah ke sana untuk berjumpa dengan lecturer baru subject business statistics itu. mr babak (tak sure the spelling of his name is correct or not).

first impression, he seems quite 'skema'. and quite garang. and quite territorial.

nothing against that, because i don't get intimidated easily. tapi, saya memang tak pahamlah lecturer-lecturer yang nak garang, and territorial ni.

memang student menyampahlah, then diorang malas nak study subject tu.

but, he is quite good. senang cakap, pemikiran dia sama macam pemikiran saya. making it easy for me to do my work and understand what he wants.

and like the previous semester, i am the only tutor for the subject. until today, there are 223 registered student, 8 hours of tutorial in each week. laratkah?

en. nasir suka saya kerja mcm tu, sebab to quote him, 'duit masyuk'.

it doesnt matterlah, as long as i am doing what i love.






berdebar.

tak sabar nak start tutor.

Monday, December 22, 2008

oh yeah

sempurna itu hanyalah satu langit tinggi yang hanya mampu dicapai oleh manusia malaikat.

meaning, perfection is out of the question.

tak perlulah kita mencari, menunggu, menanti, kesempurnaan.

sesuatu itu begitu ada sebabnya.

saya gemuk agar bole timbul dalam laut.
michael jackson wujud untuk keceriaan hidup.
kate moss kurus agar senang untuk berbaring di tingkap.

macam-macam lagi.

tiada yang sempurna.

hanyalah keindahan hidup.

yang hanya boleh dilihat oleh manusia yang hati dan minda nya terbuka.



jadi, memang benar, perfection is out of the question.

udah-udahlah dengan nak mencari sempurna itu.

dia sudah tinggal kan jauh malaysia ini.




selamat datang ketidaksempurnaan.

kesyukuran yang tidak pernah terluah

my life is more calmer now, with en. nasir being an awesome person and my mom starting to be more happy with her life.

and believe me, tenang itu lebih baik dari hidup yang penuh drama.

not to mention, the good skin.

memang, kadang-kala, i would reminisce on my child/teen times, when life is more fun and easy, and not a single shit to worry about.

betapa senangnya hidup.

duit, just ask for it.
makan, memang tak kurang.
baju, semua nak topshop.
kasut, kalau boleh nak berpuluh pasang.

looking back, i have realize that i am lucky. super lucky.

alhamdulillah, thank god for all that.

tapi, entah kenapa, hidup serba cukup; tidak lebih, tidak kurang begitu membuatkan saya teruja untuk terus hidup, terus merasa pahit, manis kehidupan.

the feel of your head bumping on life's deep ground is great.

jatuhlah sedalam mana, saya mampu untuk berdiri.




terima kasih untuk mereka yang pernah singgah ke dalam hidup saya. tanpa kamu semua, saya mungkin masih lagi budak-budak yang fikir, dunia ini diperbuat dari gula-gula kapas, dan raja kepada negara itu adalah saya.

dan kepada mereka yang masih sudi untuk mencari adventure hidup bersama saya, terima kasih berjuta ciuman untuk kamu.

hanya yang maha mampu memberikan ganjaran untuk kamu.


kepada en. nasir.

TERIMA KASIH sangat kerana telah menjadi rockstar saya untuk 24 tahun ini. sungguh tak sabar untuk mencari kesempurnaan dunia dan akhirat bersama kamu.

kepada mama.

mama yang terbaik. harap mama sentiasa tenang dan gembira.

kepada kawan-kawan. especially the jezzes.

aduhai, you guys are the best. tak terbayar segala keseronokan yang diperoleh sepanjang kita berkawan. not even disneyland can top you guys.

last, but definitely not the least.

acik, nana, fidah, fifi dan keluarga yang lain.

sorry for being so fucking bossy. sorry for being ill-tempered. thank you for being funny. thank you for accepting me for who i am. sorry if i haven't been a great person.










i love you all.
alhamdulillah for all the blessing.

Sunday, December 21, 2008

satu, dua, tiga

running with scissors.

ketika saya mula-mula terjumpa dengan dvd ini, saya terus terpikat.

sebab ada review di dvd itu, 'insanely funny and strangely moving; this darkly cynical comedy makes The Royal Tenenbaums seem funny'.

dan saya dari dulu memang mencari dvd The Royal Tenenbaums itu.

dan, memang tidak rugi membeli dvd rm4 dari batu feringhi itu.

*terfikir*

betapa kita sebenarnya terbentuk dari zaman kanak-kanak, tanpa kita sedari. dan betapa sebenarnya perkara pahit dari zaman kecil itu, lebih kuat pengaruhnya kepada kita.

*memandang ke belakang*

sebenarnya, jika diingat, zaman kanak-kanak saya begitu kucar-kacir.

pahit, manis, masam, masin.

semuanya ada.

babah, mama, acik, sekolah, kawan, tivi, music.

memang betapa kanak-kanak itu begitu fragile mindanya. begitu senang tersentuh. begitu senang terpengaruh.

dan, yang sedihnya, kita manusia yang sudah mampu berfikir, mampu membuat keputusan yang bijak, tidak belajar dari pengalaman.

lupa tentang apa dahulu yang pernah kita lalui.

dan kita biarkan sahaja kanak-kanak merasa perkara pahit yang pernah kita rasa.

...

harap-harap, dosa saya kepada kanak-kanak di sekeliling saya, tuhan maafkan.

Wednesday, December 10, 2008

after all this while

update tentang hidup saya :

1. saya ada tiga ekor kucing; junior, taro dan noodle. taro dan noodle adalah kucing betina, dan kedua mereka sekarang sedang mengandung.

2. saya telah mengikuti kelas menjahit manik. seronok. nampaknya, bolehlah saya mengambil upah dari mama kerana mama memang suka meletakkan manik di baju kurungnya.

3. duit di bank saya seperti sudah sedikit, gara-gara asyik membeli-belah. nampaknya, saya harus bekerja lebih kuat agar cita-cita saya untuk berkahwin dengan en. nasir tahun hadapan terlaksana, insyaallah.

4. babah sudah tengok2kan mia. nampaknya, mia sudah sedikit sihat. doakan untuk mia agar bertambah sihat.

5. hari ini saya akan penang (lagi), kerana en. nasir ada kenduri di kedah.

6. saya sudah semakin rajin bersembahyang. benar, itu tidak cukup. tetapi saya sudah menjadi lebih baik dari saya yang sebelum ini. dan saya harap, Allah menerima ibadah saya ini, walaupun masih belum sempurna, insyaallah.