Monday, June 23, 2008

seluar saya sudah ketat

ahad tu famili en. nasir datang rumah saya.

saspen sebenarnya saya. saya risau akan keadaan rumah saya. huhuhu, siapa yang pernah datang rumah saya tentu akan paham. kepada yang tidak paham, meh sini, duduk dekat2, saya akan ceritakan sedikit rahsia.

saya sudah lama tinggal di rumah mamanda hebat ini. sejak saya darjah satu (atau darjah dua). dan sejak itu, tiada sebarang perubahan atau penambahan terhadap rumah hebat ini. mungkin juga kami pernah tukar perabot, itu pun mungkin sebanyak dua kali. jadi anda paham kenapa saya katakan saya risau akan keadaan rumah saya. tambahan pula, babah sudah bekerja di penang sejak tahun lalu (atau dua tahun lalu). jadi, memang rumah ini boleh dikatakan 'terbiar' dalam konteks ianya sudah lama berjasa kepada kami, tetapi kami tidak pernah berjasa kepada dia.

jadi, mama telah membersihkan kawasan ruang tamu rumah kami, serta ruang makan untuk menyambut tetamu kami.

*mari kita gelak sinis*

maaf, bukan saya meluat, tetapi, saya tidak berapa faham, kenapa baru sekarang mau dikemas. walaupun begitu, saya nak ucapkan, mama, thank you ye.

babah juga pulang, dan acik telah memasak daging perap, ayam rempah serta sotong sambal. ianya begitu kelam kabut, menjadikan ia sungguh sempurna.

terima kasih semua kerana telah melakukan yang terdaya untuk saya.

oh, en. nasir juga kelihatan sungguh kacak hari itu, rasa macam nak kawin cepat2.

*hurm, saya hanyalah berangan*

kepada semua, yang pernah datang rumah atau tidak, saya ada satu rahsia lagi, berita baik. rumah mamanda hebat ini akan di renovate tidak lama lagi. jadi bolelah kami entertain lebih baik lagi.

harap hidup akan jadi seperti ini lagi. kelam kabut, tetapi penuh dgn org2 yang indah2 serta benar2.

Monday, June 16, 2008

rama-rama terbang tinggi

oh, saya teringin untuk jatuh cinta.

hahaha, memang sekarang saya sedang bercinta dengan orang paling hebat dalam dunia. tapi, jatuh cinta, apabila kita pertama kali laid eyes on that special person, kita terasa berdebar, segala uncertainty membuatkan kita terasa excited, seronok.

oh, saya teringin untuk jatuh cinta.

perasaan itu lain apabila sedang jatuh cinta dangan sudah jatuh cinta.

dan saya sanggup buat apa saja untuk jatuh cinta lagi.

Saturday, June 14, 2008

selama ini.

sudah terlalu lama rasanya saya tidak menulis di sini. bukannya hidup saya tiada apa2 menarik yang berlaku.

saya telah ke redang. bersama keluarga saya. seronok, saya telah berdiving. itu lah highlight of the day. terasa seperti ingin mengambil kelas diving. mama pun enjoy (itu yang penting sebenarnya).

saya juga telah spend one whole day dgn kawan2 saya. kami ke wedding jammy. kemudian melawat baby zatil. kemudian melawat lagi lizard. saya sayang kawan2 saya.

satu lagi kisah saya yang penting, saya telah ke makkah untuk menjalankan ibadat umrah saya. oh, pengalaman saya selama 2 minggu di sana amat menarik. hidup di sana amatlah senang dan tenang. walaupun selama ini saya asyik mendengar bahawa arab2 di malaysia ini amatlah kurang ajar, serta degil, tapi di sana, mereka tidak langsung begitu. mereka begitu menghormati kita.

saya suka hidup saya. alhamdulillah.

Tuesday, May 20, 2008

mereka2 yang makan taik

saya adalah seorang pemarah. kalau dalam bahasa inggeris, 'grumpy'.

saya tak senang nak marah. saya lebih kepada seorang yang 'sukati kaulah, ini hidup kau'.

tapi bila saya naik marah, atau sampuk, saya akan mengamuk macam babi hutan kelaparan. ini akan berlaku kalau saya rasa perasaan saya tidak dijaga dengan baik oleh mereka yang mengaku menyayangi saya.

memang kita mudah untuk merasa sedih, atau 'touching', macam kata en. nasir, jika disakiti oleh mereka yang dekat dengan kita. itu memang hakikat. jadi, saya akan selalu mengamuk dengan mereka yang dekat dengan saya.

dengan strangers lain, saya tidak akan mengamuk macam babi hutan itu. jadi, ianya adalah satu peristiwa yang hanya berlaku jika anda bertuah sahaja.

bila saya mengamuk, saya akan memukul/menumbuk sesuatu (kesian en. nasir, semalam saya tumbuk pintu kereta myvi). saya selalunya akan menjerit. tapi, jika saya berada dalam situasi yang tidak membenarkan saya menjerit, saya akan menangis (semalam en. nasir juga melihat/mendengar saya menangis).

faklah kau yang tak tahu nak jaga hati aku. pegi mampos. lepas ni, memang jangan harap aku nak jaga hati pukimak kau tu.

fak juga kepada mereka yang ingat saya tidak kisah jika saya ditinggalkan. lepas ni, memang akan selalulah aku akan tinggalkan kau.

aku harap kau orang semua akan makan taik satu hari nanti.

saya memang seorang yang pendendam.

Monday, May 12, 2008

kuala lumpur


kelemahan dan kebaikan kuala lumpur.

entri ini tiada kaitan dgn sejarah, atau apa2 yang bersangkut paut dgn education. entri ini adalah tentang pendapat saya sendiri.

kebaikan :
1. banyak shopping complex
2. kemudahan senang didapati
3. banyak peluang pekerjaan

kelemahan :
1. penuh dengan mat rempit
2. banyak pencemaran
3. selalu saja ada jenayah
4. traffic jam merata-rata
5. kurang alam semulajadi
6. tidak dapat lihat bintang
7. ramai manusia 'plastic'

*gelak kuat sampai jiran sebelah pelik*

saya berat sebelah ka atau memang itu realitinya, kuala lumpur mempunyai lebih banyak keburukan dari kebaikan?

HIDUP KUALA LUMPUR.

pasangan yang comel

sesuatu yang telah membuat saya tersenyum.

ada pasangan burung (saya tidak tahu jenis burung) sedang membina sarang di rumah saya. lebih tepat lagi, pokok di laman saya.

sebelum ini, memang banyak burung yang telah membina sarang di pokok yang sama. cuma, sayangnya, setiap kali mereka menetaskan telur mereka, tentu ada seekor kucing jahat yang geram, lalu memakan anak burung itu.

pernah sekali, saya terdengar kekecohan di luar, bunyi burung menjerit. rupanya anak mereka telah di gonggong oleh kucing sialan itu

(nama dia tabby, dia kucing betina yang telah dimandulkan, lalu bertukar menjadi kucing betina yang mandul yang selalu nak cari gaduh).

pernah juga sekali, saya terlihat, dua ekor anak burung cuba untuk terbang. seekor terbang dengan hebatnya, spreading its wings like it was born to fly. seekor lagi, kurang berjaya. tercungap-cungap. lalu, tanpa di sedari, dia telah dibaham oleh kucing sial itu.

kali ini, akan saya jaga keluarga burung itu dgn baiknya. untuk apa? untuk mendengar siulan mereka pagi2.

*senyum*

elok-elok ye jack dan jenny, harap keluarga kamu akan bertambah lagi.

Friday, May 9, 2008

mulut harus dibuka

saya terbaca blog myspace fifi.

apa yang menariknya, dia berfikiran sama dgn saya.

saya rasa, sebenarnya manusia terlalu ego. itu sebab manusia tidak mahu membuka mulut, untuk mengatakan perasaan mereka.

bukan ke bagus, jika perasaan kita dapat diluahkan? samaada kita marah ke, kecewa ke, gembira ke. apa yang nak malunya? apa yang nak ditakutkan?

hidup ini hanya sekali, jadi, live it like a brave person.

dah, malas nak ckp byk. semua pun dah besar. bole fikir sendiri.