Monday, July 28, 2008

cuti-cuti bandung

bandung oh bandung.

sudah lama saya teringing untuk ke bandung. akhirnya, 15 july yang lepas, saya telah ke sana dgn 9 lagi ahli keluarga saya yang lain. mama, fifi, fidah, acik, ateh, mak anjang, kak ngah, abg faizal dgn balqis.

flight kami bertolak pukul 9 pg. kami bertolak dr rumah pukul 8 pg.

tiba di bandung lebih kurang pukul 10.30 pg.

kemudian kami dibawa oleh wakil hotel untuk ke hotel kami.

kami menginap di hotel karang setra.

setibanya kami di situ, mama membuat pilihan untuk memilih standard room untuk saya, fidah dan fifi. manakala juniour suite untuk mama, acik, ateh, mak anjang. kak ngah pula membuat pilihan standard untuk keluarga dia, abg faizal serta balqis.

setelah lebih kurang satu jam berehat di bilik, kami keluar untuk menjamu selera. kami telah ke restoran pak cik met.

SEDAP!!!!!

aduhai, memang sedapla, tambahan pula kami kelaparan, dari pagi tidak makan.

oh ye, perbezaan masa antara bandung dan kl adalah, kl cepat 1 jam.

selesai makan, jam sudah menunjukkan pukul 4.30 ptg.

kami pulang, lalu tertidur.

malam, saya dan fifi pergi untuk membuat facial. kami kononnya ingin berkaraoke, tetapi rupanya, facial itu mengambil masa 1 jam, jadi kami membuat keputusan untuk tidur sahaja.

esoknya kami telah ke pasar baru. saya telah membeli leggings saiz xl, yang mungkin tidak terdapat di malaysia. juga kain batik untuk mak en. nasir.

selesai di pasar baru, kami ke beberapa buah factory outlet.

saya telah membeli baju untuk saya, serta seluar jeans untuk en. nasir.

kemudian kami ke kawasan di mana banyak kasut dijual, kasut kulit.

kemudian, petangnya kami ke kedai beg,dan saya telah membeli satu beg berwarna merah.

CANTIK!!!!!

saya juga telah membeli t-shirt bertulis bandung untuk en. nasir serta kawan2 en. nasir.

pada hari khamis, kami telah ke satu gunung berapi yang dikatakan sudah mati, tetapi masih panas.


kami telah berjalan seolah2 hiking. tiba di kawah itu, kami telah merendam kaki kami, serta memakan telur rebus yang direbus di kawah panas itu.

saya telah membeli muffler warna merah serta purple, yang memang cantik.

selesai memanjat gunung, kami pulang. semuanya keletihan.

malam, mama, fidah, fifi dan saya telah ke kawasan distro, tempat menjual baju2 anak2 muda, mengikut kata pak joni, pemandu kami itu.

saya tidak membeli apa2, tetapi fifi dan fidah telah membeli baju.

pulang, kami tido, kerana terlalu penat.

esoknya, kami pergi ke pasar baru lagi. saya membeli lagi leggings, kali ini yang berwarna purple. saya juga membeli baju batik untuk ayah en. nasir, serta dua pasang kasut dan sehelai baju.

selesai, kami ke kedai beg dan kasut. saya telah ke factory outlet seorang diri, bercadang untuk membeli t-shirt untuk en. nasir, tetapi tiada yang menarik.

kami telah menjamu baso serta aiskrim durian.

selesai, kami pulang, mama mahu sembahyang.

selepas maghrib, saya telah ke factory outlet rumah mode. saya menghabiskan semuanya duit saya di situ. saya membeli baju untuk saya serta untuk en. nasir.

esoknya, kami pulang.


seronok, terasa ingin pergi lagi.

nak pergi dgn en. nasir, bercuti.

jom?

Friday, July 11, 2008

hari terbahagia

07.07.2007

*senyum lebar sendiri*

saya ingat lagi tarikh ni. ingat sejelas-jelasnya. ketika ini, seperti sudah 3 bulan saya berkenalan dgn en. nasir.

hari itu, kami bercadang untuk menonton movie transformers.

pada pagi itu, saya ada kelas. seperti biasa, kelas saya habis pada tengahari. kononnya kami mahu menonton petang. tetapi, ketika saya mahu bergerak dari rumah, menaiki teksi, ke lrt jelatek, jalan ampang sesak (yang mana tidak pelik langsung).

keadaan ini membuatkan saya frustrated, sebab saya tidak suka membuat org menunggu saya. juga saya tidak suka bila keadaan di luar kawalan saya.

jadi,

saya kata kepada en. nasir, tak sempat mau menonton ni. jadi en. nasir mencadangkan untuk menjual tiket itu. kami membuat pilihan untuk berjumpa sahaja.

tiba di lrt jelatek (after a few hell minutes in the cab), saya membeli tiket ke lrt kelana jaya. di dalam lrt, saya berfikir, tidak berbaloi untuk berjumpa, kerana ketika itu sudah pukul berapa, nanti saya harus pulang untuk mengejar lrt terakhir.

jadi,

saya sms en. nasir mengatakan tidak perlulah berjumpa. en. nasir meminta maaf, saya katakan "perkara ini akan berlaku juga".

setelah beberapa sms kami berbalas, en. nasir mengatakan yang dia suka saya.

satu rahsia, jantung saya berdegup kegembiraan sampai saya rasa saya boleh pengsan

saya balas mengatakan saya juga suka en. nasir. yang selebihnya, menjadi sejarah terhebat dalam hidup saya.

tahun ini, setelah setahun kami bersama, kami pergi ke hotel kl hilton. en. nasir ada gift certificate sebanyak rm200. jadi, kami ke sana untuk lunch.

puas hati, kerana semuanya sedap. juga en. nasir ada di sebelah saya.

nak lagi hari2 macam ini.

bole eh en. nasir?

Tuesday, July 8, 2008

ronggeng beronggeng

sabtu lepas, saya telah ke kl indie fest di kl tower. fifi, nasir juga ain pun ada.


sebenarnya, teringin untuk melihat butter membuat persembahan, tetapi, pada hari jumaat, saya telah ke myspace mereka, dan telah diketahui bahawa Emmett, tidak dapat membuat persembahan, as a result of appendicitis. tetapi, oleh kerana sudah sebulan lebih kami membuat perancangan untuk ke indie fest itu, saya teruskan juga.

(takda butter pun, ronggeng perlu diteruskan)

HUHU!

memang enjoy. walaupun kami tiba pukul 1 petang, ketika matahari panas terik, ketika peluh mencurah2, segalanya terasa syurga. memang enjoy.

sungguh bijak mereka yang terbabit dgn festival itu, perfect. tidak pernah saya lihat keadaan begitu bebas, begitu santai.

nanti kita pergi lagi eh en. nasir.

nak tgk zip zieler plak.

oh, juga butter.

Monday, June 23, 2008

coklat dan beg

aritu saya ajak en. nasir tgk wayang. sebenarnya, saya sedikit takut untuk mengajak en. nasir, kerana kejadian tgk wayang ini telah menyebabkan beberapa 'debat hangat'. sebenarnya takdalah hangat mana, cuma mewujudkan beberapa 'perbincangan'.

en. nasir pernah mengatakan, lebih baik kami membeli tiket tanpa 'membook' terlebih dahulu (kami memang selalu mengorder online, senang). alasan en. nasir, lebih murah. kami juga pernah bercadang untuk berjimat, jadi wayang itu telah dibuang dari hidup kami.

jadi, memang bole difahami jika saya sedikit takut untuk mengajak en. nasir menonton wayang bersama saya.

kami menonton kung fu panda.

hahaha, jack black itu memang klasik. lawak dia semuanya memang spontan, even dalam movie itu pun saya bole lihatnya.

tapi, telah berlaku satu kejadian pelik. handphone en. nasir telah hilang/dicuri. jadi, saya telah menyalahkan beg saya yang kecil itu. i LOVE that bag. tapi, ianya telah menyebabkan kehilangan handphone, juga kesusahan en. nasir untuk mencari telefon baru juga simcard baru juga untuk mengumpul no. kawan2.

kepada pencuri itu, kamu akan disusahkan oleh Allah, percayalah.

jadi, saya telah meminta mama beg baru.


damn, beg itu buat saya jatuh cinta lagi. ianya sungguh moden, sungguh muda, sungguh elegan.

english versionnya,

damn, that bag has make me fall in love again. it is so modern, so young, so elegant.

*gelak kuat2*

mengada nak tulis dalam bahsa inggeris.

apa2 pun, terima kasih mama.

lepas ni, en. nasir, kita simpan semua barang dalam beg saya ye.

seluar saya sudah ketat

ahad tu famili en. nasir datang rumah saya.

saspen sebenarnya saya. saya risau akan keadaan rumah saya. huhuhu, siapa yang pernah datang rumah saya tentu akan paham. kepada yang tidak paham, meh sini, duduk dekat2, saya akan ceritakan sedikit rahsia.

saya sudah lama tinggal di rumah mamanda hebat ini. sejak saya darjah satu (atau darjah dua). dan sejak itu, tiada sebarang perubahan atau penambahan terhadap rumah hebat ini. mungkin juga kami pernah tukar perabot, itu pun mungkin sebanyak dua kali. jadi anda paham kenapa saya katakan saya risau akan keadaan rumah saya. tambahan pula, babah sudah bekerja di penang sejak tahun lalu (atau dua tahun lalu). jadi, memang rumah ini boleh dikatakan 'terbiar' dalam konteks ianya sudah lama berjasa kepada kami, tetapi kami tidak pernah berjasa kepada dia.

jadi, mama telah membersihkan kawasan ruang tamu rumah kami, serta ruang makan untuk menyambut tetamu kami.

*mari kita gelak sinis*

maaf, bukan saya meluat, tetapi, saya tidak berapa faham, kenapa baru sekarang mau dikemas. walaupun begitu, saya nak ucapkan, mama, thank you ye.

babah juga pulang, dan acik telah memasak daging perap, ayam rempah serta sotong sambal. ianya begitu kelam kabut, menjadikan ia sungguh sempurna.

terima kasih semua kerana telah melakukan yang terdaya untuk saya.

oh, en. nasir juga kelihatan sungguh kacak hari itu, rasa macam nak kawin cepat2.

*hurm, saya hanyalah berangan*

kepada semua, yang pernah datang rumah atau tidak, saya ada satu rahsia lagi, berita baik. rumah mamanda hebat ini akan di renovate tidak lama lagi. jadi bolelah kami entertain lebih baik lagi.

harap hidup akan jadi seperti ini lagi. kelam kabut, tetapi penuh dgn org2 yang indah2 serta benar2.

Monday, June 16, 2008

rama-rama terbang tinggi

oh, saya teringin untuk jatuh cinta.

hahaha, memang sekarang saya sedang bercinta dengan orang paling hebat dalam dunia. tapi, jatuh cinta, apabila kita pertama kali laid eyes on that special person, kita terasa berdebar, segala uncertainty membuatkan kita terasa excited, seronok.

oh, saya teringin untuk jatuh cinta.

perasaan itu lain apabila sedang jatuh cinta dangan sudah jatuh cinta.

dan saya sanggup buat apa saja untuk jatuh cinta lagi.

Saturday, June 14, 2008

selama ini.

sudah terlalu lama rasanya saya tidak menulis di sini. bukannya hidup saya tiada apa2 menarik yang berlaku.

saya telah ke redang. bersama keluarga saya. seronok, saya telah berdiving. itu lah highlight of the day. terasa seperti ingin mengambil kelas diving. mama pun enjoy (itu yang penting sebenarnya).

saya juga telah spend one whole day dgn kawan2 saya. kami ke wedding jammy. kemudian melawat baby zatil. kemudian melawat lagi lizard. saya sayang kawan2 saya.

satu lagi kisah saya yang penting, saya telah ke makkah untuk menjalankan ibadat umrah saya. oh, pengalaman saya selama 2 minggu di sana amat menarik. hidup di sana amatlah senang dan tenang. walaupun selama ini saya asyik mendengar bahawa arab2 di malaysia ini amatlah kurang ajar, serta degil, tapi di sana, mereka tidak langsung begitu. mereka begitu menghormati kita.

saya suka hidup saya. alhamdulillah.