Wednesday, October 1, 2008

selamat hari raya

SELAMAT HARI RAYA! Maaf Zahir dan Batin.

semoga, raya kali ini diraikan dengan penuh makna dan berkat.

Tuesday, September 30, 2008

sejarah/future

shoot.

sebenarnya tak tahu nak cakap/fikir apa.

sejarah sudah mula menunjukkan kedatangannya.

saya ingin lari, tanpa toleh ke belakang. lari selaju mungkin. tetapi, saya ada satu sifat yang saya benci. saya terlalu kuat, sehinggakan apa yang terjadi ke atas saya, saya terima dengan redha.

saya mungkin akan membiarkan sahaja sejarah itu berulang. kemudian, saya akan berasa teruk. serta berfikir, why did i let it happened? i should have known better. didn't you learn anything ema? saya juga akan menyalahkan diri sendiri.

keadaan ini akan berterusan selama lebih kurang tiga bulan.




i am such a clairvoyant.

but not the very clever one.

lari

hati rasa sesak,
air kaca sudah bertakung.

ku tahan,
badan menggigil,
tangan menggeletar.

diri kecil terasa semakin kecil,
malu,
seolah semua memandang.

ingin lari,
tidak mahu toleh kebelakang.

senyum itu palsu,
sepalsu bulu mata lelaki lembut.

ingin lari,
tidak mahu toleh kebelakang.

trust issue

bolehkah saya dipercayai?

*diam berfikir*

sebenarnya, saya sendiri tidak tahu adakah saya boleh dipercayai atau tidak.

selama saya hidup untuk 24 tahun ini, saya pernah juga menipu.

tetapi adakah itu diambil kira dalam menentukan samada saya boleh dipercayai atau tidak?

wujudkah tipu sunat (mana ntah saya dapat statement ni) atau white lies, dalam omputehnya?

jika ada, apakah ciri-ciri tipu sunat/white lies ini?

selalu juga saya terdengar, kisah-kisah pasangan bercinta yang saling tidak percaya.

ada tu, siap menggunakan khidmat 3G untuk mengetahui di manakah pasangannya berada. juga khidmat friend finder.

mungkin ada gunanya.

tetapi, bagaimana pula dengan myspace/friendster/facebook?

bagaimana kita mahu keep track on our better half?

perlukah kita minta password mereka untuk setiap account?

handphone pula?

aduhai, sebenarnya, penat juga nak bercinta kalau begini.

tengok orang lain yang kena deal dengan hubungan yang saling tidak percaya pun dah penat, apatah lagi kalau kena atas badan sendiri.

asyik-asyik gaduh. telefon sampai tengah malam, kononnya nak explaination padahal tada hal pun. telefon kawan, tanya apa cerita sebenar (kepala hotak kau, orang lain kau nak lah percaya, bf/gf sendiri tak nak percaya). merajuk, sampai 2, 3 hari.

damnlah.

saya bole dipercayai atau tidak?

entahlah, Allah je yang tahu.

Friday, September 26, 2008

melodi oh melodi

butter di melodi.
silala tonton klip video dari you tube ini.



hurm, takda masalah sebenarnya nak paham. butterfingers pun tak rugi apa-apa. bertambah publisiti adalah. kelihatan, melodi yang bersungguh nak 'membalas dendam'.

butter itu sungguh robust, sungguh strong. hell, nama pun rancangan hiburan, so, tada hal (to quote loque).

komen butter/loque tentang interview ini.




renung-renungkan lah.

Monday, September 22, 2008

perasaan cabaran

memang benar, istilah 'sampai nak muntah'.

saya akan merasakan keadaan itu, setiap kali saya membuat soalan tutorial kelas saya di um itu.

bukan lapar, atau perut berangin, tetapi lebih kepada, otak saya menghantar signal bahawa saya ingin muntah.

kenapa?

tak tahu.

yang pasti, setiap kali saya cuba menyelesaikan tutorial itu, saya akan terasa seperti ingin muntah.

sebelum itu, saya akan sendawa, sendawa angin.

itu lah masanya bahawa saya sudah terasa ingin muntah.

tapi tak muntah pun. belum pernah muntah lagi.

tapi, saya pernah terdengar/terbaca bahawa, jika kita terus mencabar keupayaan diri sendiri, tidak kiralah ketika membuat apa aktiviti (sehinggalah badan kita tidak dapat menerima tolakan itu lagi), otak kita akan menghantar signal, 'pergilah muntah'.

mungkin benar, kerana ketika saya memanjat gunung ke baha camp, fifi tiba-tiba muntah.

mungkin ketika itu, dia sudah mencabar diri sendiri untuk terus memanjat.

aduhai, memang penat menahan perasaan untuk muntah ini.

Sunday, September 21, 2008

hari yang penuh aksi

akhirnya, saya bertemu juga dgn kawan-kawan saya.

sudah lama tidak berjumpa dgn mereka.

masing-masing sudah semakin sibuk. dgn kerjaya, dgn family.

semalam pergi berbuka di sheraton subang, lizard yang belanja.

tahun lepas, saya tidak dapat pergi berbuka bersama mereka, kerana saya sudah merancang untuk berbuka dgn keluarga saya terlebih dahulu.

beberapa hari sebelum itu, i have asked en. nasir to wear baju melayu to the berbuka puasa.

mula-mula en. nasir seperti tidak berminat, mengatakan perlu ke? tetapi, setelah saya bertanya beberapa kali, maybe to shut my mouth, en. nasir bersetuju.

en. nasir tiba menaiki motor akim, kerana motor en. nasir rosak.

kami terpaksa ke ampang point untuk mencari butang baju melayu en. nasir yang berwarna biru itu.

selesai di ampang point, kami terus ke taman melawati untuk menjemput elle.

elle terperanjat, kerana saya dan en. nasir memakai baju kurung/melayu.

saya menelefon abo, menanyakan di manakah mereka - abo dan baayah.

mereka di titiwangsa menjemput lidot. kemudian akan menggunakan lebuhraya federal untuk ke sheraton.

kami bergerak ke sheraton, ketika itu jam menunjukkan pukul lebih kurang 5.30 petang. kami bertolak awal, kononnya tidak mahu tersekat dalam kesesakan jalanraya.

cuba teka?

federal tidak sesak langsung.

akhirnya kami tiba lebih kurang pukul 6 petang.

kami parking kereta, bersama dgn leanne dan baayah.

kemudian berjalan kaki ke sheraton, untuk berjumpa dgn lizard.

kami berbual di lobby, dan bergelak ketawa (seperti selalu), serta bergosip tentang kawan-kawan kami yang lain.

kemudian, tyiara tiba.

tidak lama kemudian, kami diletakkan ke meja kami. sambil menunggu waktu berbuka, zess tiba, zatil dgn babynya, juga jammy dan suaminya shafeq.






lizard menyuruh kami mengambil makanan, kerana kelihatan orang lain sudah mengambil makanan.

lalu kami ke meja buffet.

saya dan en. nasir mengambil roasted lamb (nyummy!), teppanyaki, serta kuih-muih.

kawan-kawan saya yang lain mengambil banyak juga makanan, sehingga penuh meja itu.

kami menjamu selera di situ selama 2 jam lebih.

selesai, kami ke rumah lizard, untuk melawat hakimi, baby lizard.

cepat sungguh membesar budak-budak ni.

daniel sudah besar, hakimi juga sudah besar.

berbagai lawak yang dilakukan kawan-kawan saya. semuanya pun lucah-lucah belaka.

hahaha, nasib en. nasir sporting.

10.30 malam, kami bergerak.

kami menghantar zatil ke shell di belakang one utama. kemudian menjemput akim dari ikea. kemudian hantar akim ke rumah, kemudian tidak jadi, menjemput akim kembali dan menghantar dia ke medina.

telah berlaku beberapa insiden kelakar.

kami menghantar elle ke rumahnya.

kemudian en. nasir menghantar saya ke rumah.

en. nasir terus pulang, kerana sudah berjanji dgn akim ingin melepak bersama.

saya tonton nip/tuck, lalu terus tidur.

harap, saya dapat selalu berjumpa dgn kawan-kawan saya.