Friday, October 24, 2008

hari jumaat best

yeay, hari jumaat!

betapa saya selama ini tidak menghargai langsung hari jumaat. betapa saya sedar saya selama ini sungguh buta matanya.

esok dan lusa, cuti.

betapa hari jumaat itu memang ditunggu oleh semua manusia yang hari-harinya, bangun pagi untuk mencari rezeki, demi menjalani hidup di zaman ini.

*pandang ke belakang*

hurm, dulu, pagi itu memang sudah langsung saya tidak lihat, melainkan jika saya tidur malam pada pukul 7 pagi.

bangun sudah tentu tengahhari.

makan lunch, acik masak.

tgk oprah pukul 1 petang.

online sampailah ke malam, sampai mata lebam.

dan aktiviti itu akan diulangi keesokkan harinya.

aduhai, betapa hidup saya dulu, senang. betapa mama dan babah sabar dengan sifat saya yang tidak mahu bekerja selagi saya tidak menemui kerja yang saya suka, yang saya rasa dapat memuaskan hati saya yang ingin kan kepuasan diri.

kerja itu memang banyak.

tambahan lagi ini kuala lumpur.

orang dari sabah sarawak, datang ke sini untuk mencari rezeki. inikan lagi saya yang memang dah tinggal di sini selama 24 tahun.

tetapi, saya begitu cerewet dalam memilih untuk bekerja.

memang, kita selalu dengar, orang melayu ini memang memilih kerja, tu yang ramai asyik menganggur.

tetapi, saya bukan suka-suka memilih kerja. saya bukan nak gaji banyak. bukan dambakan kuasa. bukan ingin glamour.

saya hanya ingin kan perasaan bahawa saya sudah berbakti kepada masyarakat. perasaan bahawa saya sudah melakukan yang terbaik untuk menjadikan dunia satu tempat yang lebih baik.

kalaulah gaji saya hanya cukup untuk makan minum pakaian tempat tinggal, tanpa mampu untuk topshop kasut beg starbucks, saya rela.

saya hanya inginkan kepuasan diri sendiri.

dan kini, saya harap kepada Allah, apa yang saya lakukan, selama 2 bulan yang lepas, akan diberkati, agar student-student itu mendapat berkatnya.

semester depan, saya mungkin akan menutor lagi di um.

seronok.

walaupun kerja banyak gila, saya suka.
walaupun penat, saya suka.
walaupun kena bangun pagi, saya suka.





tapi saya tetap nak pakai baju butterfingers saya tu, bole tak?

Monday, October 20, 2008

redang may 2008








di atas adalah gambar-gambaran saya ketika bercuti di redang may lepas.
sudah lama tidak ke sana. terasa seperti ingin ke sana lagi.
jom?

money

duit. money. wang. dough.

hurm.

one thing that the whole world believe is important.

tapi, betul ke penting?

kalau ye, sejauh mana penting nya? apakah tahap penting nya?
kalau tidak, kenapa? apakah yang lebih penting daripada nya?

duit. money. wang. dough.

hurm.

saya kurang mengerti tentang hal ini.

benar, kerana saya tidak pernah lagi dalam keadaan yang terdesak memerlukan duit.

saya tinggal dengan keluarga.

makan, tidur, air, api, semuanya dibayar mama babah.

seolah duit itu tiada hal. seolah duit itu tiada makna. seolah duit itu tiada nilai.

realitinya, tanpa saya sedar, duit itulah yang memberi harga kepada seseorang.

manusia zaman sekarang, tidak kiralah kita mahu terima atau tidak, menilai seseorang dengan berapa banyak duit mereka.

dan, malangnya, kita hidup dalam dunia ini yang satu, berkongsi dengan mereka yang cetek pemikiran.

'berapa gaji kau?' kenapa, mak kau nak jual tubuh ke kat aku?
'kau bawak kereta apa?' kereta lembu
'fuyoh, dia ada 4 kereta' dan dia selalulah bagi kau pakai kereta dia tu kan
'pasni i nak pergi shopping beg plak lah kat coach' sugar daddy kau belanja eh, tukar dengan tetek kau tu
'aku pakai dua handphone nie sebab senang orang nak call' macamlah kau tu george bush keparat, sibuk nak perang sana sini

kata-kata yang memualkan. serious.

kepada kamu-kamu yang ada ciri-ciri seperti di atas, maaf. saya tidak berniat untuk menyinggung, tetapi memang saya benar-benar tidak boleh menerima. tekak terasa loya.

penuh plastik. penuh kepalsuan. fake.

maaf sekali lagi jika entri saya menyinggung.

ini hanyalah diri saya. blog saya.

kalau saya nak iklankan diri jual tubuh pun, ini blog saya.

kalau math genius pun boleh buat, ahem, ahem, sufiah alert saya pun bole.

asal saya tidak menyalahi undang-undang sehingga boleh didakwa di bawah akta isa.




damn you money.

tapi alhamdulillah, selama ini, Allah sentiasa memberi rezeki yang mencukupi.

Sunday, October 19, 2008

goyang badan dan pinggul

semalam saya telah ke KAMI the concert di bukit jalil.

terjumpa sekali leanne di sana, bersama kekasih hatinya.





a bit tiring, but the hours of live music with those great people, it is worth every sweat and every second hand smoke that i inhaled.

Friday, October 17, 2008

cermin mata hitam saya cantik

pukul 6.45 pagi lagi saya sudah bangun.

sakit perut. mungkin ada kaitan dengan satu produk air yang saya minum bertujuan untuk mendetoxkan badan.

tapi, bagus juga, kerana saya ada date dengan imkeda, berkenaan lesen memandu saya. kena berada di imkeda sebelum pukul 8 pagi.

pukul 7.15 lagi saya sudah bersiap. berdebar serta cuak. itulah perasaan saya. tambahan pulak, perut sakit, meminta dikeluarkan bendasing dalam badan.

tetapi, semuanya berbaloi. lesen percubaan itu akhirnya telah berjaya saya capai.

pulang, saya bersiap pula untuk ke UM. ingin menutor student. aduhai, penat sebenarnya, tetapi, kerana saya suka akan kerja menutor ini, saya tidak rasa beban.

selama dua jam saya di sana, cuba untuk menerangkan apa yang penting. namun, mungkin bagi mereka, statistics ini sukar. tetapi, saya tidak akan putus asa.

saya menaiki lrt ke klcc, lalu mama menjemput saya.

pulang saya makan malam, kelaparan, terasa seperti puasa.


penat. ada lagi ni tutorial tak buat. isnin nak menutor lagi. esok nak pergi tengok butterfingers.

hidup saya sudah menjadi hectic.



tak nak.

entri jiwang

Terlalu besar kasih saya terhadap lelaki itu.

Sehinggakan, tulang rusuk saya seolah tidak mampu menahan degupan jantung, tiap kali diri berjumpa dengannya.

Selamat. Disayangi. Indah. Itulah perasaan saya setiap kali bersama.

Malam yang hujan, bertukar pagi yang cerah. Matahari akan kembali bersinar setelah beberapa kali mengintai di sebalik awan. Burung yang tidur, akan menyanyi lagu Tan Sri P. Ramlee.

Betapa kuatnya kuasa seorang lelaki itu. Menukarkan segala yang hitam kepada pelangi.

Tak tertahan sebenarnya, hati ini meronta, memberitahu bahawa lelaki itulah yang seorang. Untuk selamanya.

Tuesday, October 14, 2008

perfume baru

got the new kate moss perfume.


got it from the topshop promotion.




the box : i expect more from kate moss, as all her collection for topshop pun wellmade with taste. tapi, oklah, sedikit girly with a touch of sophistication.

the bottle : i can see kate moss here. simple, but totally her.

the smell : woohoo! fifi cakap tak wangi, but believe me, it smells wonderful, and lasts long too. smells as if you are floating on a bunch of red roses poured with ice cream soda. and it makes you feel sexy too.

i feel like a thousand bucks. i recommend that you buy it. after all, the price is not bad.

best.