Wednesday, June 3, 2009

didik

saya mendapat kerja tetap, di masterskills.

alhamdulillah, doa saya di mekah dimakbulkan juga akhirnya. tetapi, saya akan terus menutor di um. banyaklah sikit income saya, hehehe. tetapi, saya ikhlas ni, nak mendidik.

homer joker

berita terbaru.

homer sebenarnya bongok (pardon the language) sebab ada krayon dalam otak die!

rupanya pandai gak homer nie. buat equation prooving kononnya tuhan itu tak wujud. buat rekod saying the plantation he is working at is hazardous. pandai sebut octoparrot. siap buat ceramah kononnya dalam diri kita semua, ada krayon dalam otak, tetapi jangan mengalah. pergi library dengan lisa.

giler.

tapi, at the end, dia rasa hidup dia lebih seronok kalau menjadi bodoh. lalu, melakukan pembedahan memasukkan semula krayon ke dalam otaknya.



but, really, to have a brain mcm eistein, hawking, mungkin a bit tiring.

fikir hal-hal besar; is big bang really true, kenapa epal boleh jatuh.

bayangkan otak homer.



kosong.


hehehe, but we all love homer as he is.

e t i k a

etika.

undang-undang manusia yang dicipta oleh manusia, dalam niat untuk mengekalkan keharmonian, ketenangan, dan mungkin juga untuk menjaga tatasusila kita.

contohnya, etika berpakaian di kampus.

kalau kat kampus, dilarang memakai skirt atas lutut. kang lecturer tergoda, rogol kamu, sape yang susah. juga, jangan pakai selipar, buruk nampak kuku kaki, panjang dan hitam. lelaki tidak dibenarkan berambut panjang, takut disalahanggap sebagai perempuan. guna lab komputer, jangan pergi website lucah, kang ilmu tak masuk.

tetapi, siapa yang akan menangkap? pak guard?

berapa kali pernah saya ke kampus memakai selipar, selama tiga tahun saya di upm, tanpa ditangkap oleh sesiapa. berapa kali juga pelajar cina memakai skirt atas lutut, tiada pula yang ditangkap. pelajar lelaki berambut panjang? yang ada buah dada pun ada, so apa cerita? web lucah tak payahlah amik kisah, kalau ada internet kat bilik tu, sapa nak pantau?

jadi, apa sebenarnya etika ni? perlu ke kita ambil berat?

perlu, to some extent, jangan melampau.

kerana etika ini bukan undang-undang, tetapi lebih kepada budi bicara kita, untuk menghormati orang disekeliling kita.

jadi, jika apa yang akan kita lakukan itu mungkin akan mengganggu sesiapa, jangan lakukan. fikir sebelum berbuat apa-apa. jagalah hati orang lain.



tetapi, bagaimana pula dengan menipu dalam ujian?

Tuesday, June 2, 2009

tata

tata!

adik saya dah terbang untuk menunaikan umrah.

alhamdulillah.

balik nanti, kau preach lah kat kakak-kakak kau yang gile2 ni.

Friday, May 29, 2009

air liur meleleh

ada satu perkara yang buat saya drool all over my mouth.

yang buatkan saya tergoda dengan mana-mana manusia yang memakainya. mungkin berfikiran bahawa manusia itu adalah sangat cool, juga sangat mempunyai good taste, dalam apa sahaja; makanan, music, pakaian, political opinion, and so forth.

ooohhh.

i am drooling already.

tuhan, tolong saya, atau mungkin menggunakan teknik secret (?), agar saya dapat memiliki salah satu (atau mungkin lebih?) paul smith's oakley.





betapa cool!!!


ps : silala klik link paul smith di atas. anda akan pengsan kerana tergoda.

Wednesday, May 27, 2009

csi dah start!

kenyit mata.

rupanya dah berapa lama dah tak menulis.



update terpaling (salah tetabahasa) baru, saya dan keluarga sudah berpindah rumah, giving way to my old house to be renovated.

sekarang, kami berpindah ke rumah mama, di ampang juga, rumah peninggalan atuk saya.

suddenly, dah pindah sini, the good old days jadi fresh dalam fikiran.

7 tahun saya duduk sini, since the day i was born. induk, ateh, pak uda, semuanya dulu used to stay together dalam rumah ni dengan saya, time saya budak dulu. seems mcm sempit je, as the house is only one story terrace, tapi, honestly, i do not feel that way.

dulu, rumah nilah saya belajar main basikal, belajar main roller-blade.

and, i was, believe it or not, an angry kid. dengan semua orang saya nak gaduh; induk, ateh, mak saya, acik. we even have pictures of me looking very scary, angry, eyes both squinting, trying to do 'i will eat you' faces.

shit, zaman penuh kemarahan.

and, seriously, di sinilah zaman kanak-kanak saya yang sebenar.

ah, saya rindu itu semua, zaman hati senang, takda problem.



update lain, finished reading silverfish 1. started reading the bolivian diary.

silverfish tu, was, IS great.
the writers, all seems like they had written for quite sometimes, mcm penulis professional. which prove that there are a lot of people out there yang berbakat, juga mungkin rajin menulis. which is great to know. and the stories? really funny, with a little twist here and there.

bolivian diary, worth the whole rm67.80 that i paid for it.
i started feeling very mellow when i read the 'a necessary introduction'. entahlah, mungkin sebab the idea of protecting the poor and the oppressed is something i think the best you can do to help your people. mungkin saya suka the idea of being the underdog. tetapi, saya belum habis membaca, jadi, nak komen lebih-lebih pun tak boleh.



lain update, en nasir sudah beli tiket nak tengok man u lawan malaysia nanti.

yeehaw! seronok, nak jumpa tevez, si tough, and van der sar, si nyum. can't wait. oh, and nak jumpa elle sekali, dah lama gile tak jumpa dia, since dah kerja bank, hehehe (lawak kami).


update tentang kucing.

mereka semua sihat-sihat belaka. taro ada empat ekor anak, tapi, noodle sibuk je nak jaga sekali, macam mak angkat. satu nama pig, satu nama shaun, satu nama yingyang, satu nama chris.


dahlah, nak tengok csi.

jengjeng...

Saturday, May 16, 2009

pisau cucuk dada

tau tak kekecewaan tu apa?

bila pergi kinokuniya, cari-cari, guna 'information machine', pergi kaunter tanya akak manis kat situ, atau abang tough, mana nak dapat buku 'to kill a mockingbird'.

cari untuk 30 minit, menunggu jawapan dari akak atau abang selama 10 minit, akhirnya, TIADA dalam stok.

percaya atau tidak, kinokuniya yang selama ini saya percaya, saya yakin, tidak mempunyai stok buku yang paling membentuk budaya, yang selama ini sering dikaitkan dengan 'a book that every adult should read before they die'.




saya kecewa. teramat sangat. macam batu himpap dada. severe as if baru putus cinta. pedih ketiak sampai berpeluh. kaki lemah tak boleh jalan.



last-last, beli je buku the beatles, buku che guevara, dengan silverfish.




nasib best.