Friday, October 31, 2008

woohoo

saya telah ke rumah en. nasir semalam.

dengan memandu myvi.

*sengih*

laju pulak tu saya bawak, sampai fifi suka, sebab kononnya saya orang yang tidak suka membawa melebihi had laju.

ke rumah en. nasir kerana ingin mengambil bass dari apis.

sebelum itu saya katakan kepada fifi, kita tak nak ajak ain ke? kerana saya mengambil jalan mengikut kepong/selayang (tak tahu apa nama highway tu), yang juga arah laluan ke uia.

fifi terus call ain.

kami ke uia untuk menjemput ain.

lalu kami terus ke rumah en. nasir.

we had our dinner at uptown.

saya makan daging masak berlada. en. nasir pula ayam masak lemak cili api. fifi dan ain pula memilih untuk makan nasi kerabu.

semuanya sedap.

kami jalan-jalan sekitar uptown, tengok kucing, tengok magazine/buku/komik, cari dvd.

pukul 11 lebih, kami ke rumah en. nasir. melepak kejap. meminjam dvd. bergelak ketawa.

11.30, kami bergerak pulang.

alhamdulillah, sempat menghantar ain.




best, mama bagi kami memandu.

mama paling best.

Thursday, October 30, 2008

cuti

sudah selesai tanggungjawab saya.

sekarang ni, kebanyakan ipta sudah memulakan minggu exam, final exam.

termasuk jugalah UM.

jadi, hari-hari saya mengajar pagi-pagi, sudah tamat.

good luck ye semua.

jadi, apa yang saya akan buat sekarang?

melepak, seperti dulu.

hahaha, seronok sebenarnya.

tido lewat.
bangun lewat.
tonton tivi.
main internet.
pegi swim.
pegi jogging.
tonton dvd.

aduhai, banyaknya.

hehehe, pura-pura mengeluh

esok nak buat apa ye? ok, tgk dvd. pastu pegi swim.

sape nak join?

Tuesday, October 28, 2008

diego bunuel

my newest obsession.

Diego Bunuel.

dia ada facebook, Diego Bunuel.

he is the journalist that started the documentary titled 'don't tell my mother that i'm in...'. dokumentari yang membawa kita ke negara-negara yang sedang berperang; afghanistan, congo, iraq dan lain-lain.

baru-baru ni (actually, an hour ago), saya tonton rancangan dokumentari itu.

kali itu, dia telah ke congo, a place that is rich with soil of all kind. dan percaya atau tidak, kerajaan congo itu tidak mempunyai duit untuk mengusahakan kebanyakan tanah itu, jadi, beberapa individu/negara luar menggunakan kuasa dan wang untuk menjajah pemuda-pemudi congo agar menjadi hamba yang dibayar sedikit, untuk memberi mereka kepulangan yang besar.

dan percaya atau tidak, daniel ini sungguh berani.

footnote : negara congo ini, seperti yang diketahui, berbahasa perancis, jadi, tidak sukar untuk daniel berbual dengan mereka, kerana dia adalah seorang french.

dan saya tergoda. en. nasir, kamu masih yang terbest



can't wait to watch another part of the 'don't tell my mother that i'm in...'.

Sunday, October 26, 2008

semalam

T.K.T.K

tipu kiri tipu kanan.

futnote : saya sudah silap, sebenarnya tipu kanan tipu kiri.

cerita terbaru di movi sekarang nie.

saya sebenarnya have no idea of such a story. never heard of the title pun. tapi, semalam, mama kebosanan, lalu diajaknya kami ke tgv klcc, untuk menonton cerita itu.

baru saya tahu, cerita itu ada gabungan indonesia dan malaysia.

dan baru saya tahu juga, tandas klcc itu, jika malam, jika tiada makcik cleaner itu, memang hancing sampai ke luar.

dan baru saya tahu juga, oakley ada satu new collection of frogskin. rm569. mampukah saya?

dan baru saya tahu, moviegoers di malaysia ini memang sempoi. pakaian tgk wayang macam nak tidor punya.

back to the real topic

percaya atau tidak, saya dan fifi gelak terbahak-bahak 80% of the time.

memang kelakar.

mungkin kerana pelakon indonesia yang membawa watak 'wulan' di dalam cerita itu real. (tidak seperti natasha hudson yang penuh plastik, pura-pura itu)

saya cadangkan anda tonton.

mungkin jika anda tidak mahu menghabiskan duit untuk menonton cerita ini, carilah dvd pirate di subang/petaling street/food court.




oh ye, saya juga baru tahu, sijil degree saya sudah hilang.

Saturday, October 25, 2008

sabtu ke?

sudah hari sabtu, tapi, saya masih tidak boleh lari dari kerja tutor saya.

saya kena semak test 2 untuk 216 pelajar.
saya kena semak quiz untuk 104 orang pelajar.
saya kena email tutor kepada beberapa orang pelajar.

do have a look at the number.

walaupun test itu hanyalah objektif, tapi, believe me, untuk angka yang sebegitu, ia sungguh memenatkan, sungguh mengambil tenaga dan masa.

walaupun saya upah fifi rm10.00 untuk menolong saya.




ema, berusaha!

Friday, October 24, 2008

hari jumaat best

yeay, hari jumaat!

betapa saya selama ini tidak menghargai langsung hari jumaat. betapa saya sedar saya selama ini sungguh buta matanya.

esok dan lusa, cuti.

betapa hari jumaat itu memang ditunggu oleh semua manusia yang hari-harinya, bangun pagi untuk mencari rezeki, demi menjalani hidup di zaman ini.

*pandang ke belakang*

hurm, dulu, pagi itu memang sudah langsung saya tidak lihat, melainkan jika saya tidur malam pada pukul 7 pagi.

bangun sudah tentu tengahhari.

makan lunch, acik masak.

tgk oprah pukul 1 petang.

online sampailah ke malam, sampai mata lebam.

dan aktiviti itu akan diulangi keesokkan harinya.

aduhai, betapa hidup saya dulu, senang. betapa mama dan babah sabar dengan sifat saya yang tidak mahu bekerja selagi saya tidak menemui kerja yang saya suka, yang saya rasa dapat memuaskan hati saya yang ingin kan kepuasan diri.

kerja itu memang banyak.

tambahan lagi ini kuala lumpur.

orang dari sabah sarawak, datang ke sini untuk mencari rezeki. inikan lagi saya yang memang dah tinggal di sini selama 24 tahun.

tetapi, saya begitu cerewet dalam memilih untuk bekerja.

memang, kita selalu dengar, orang melayu ini memang memilih kerja, tu yang ramai asyik menganggur.

tetapi, saya bukan suka-suka memilih kerja. saya bukan nak gaji banyak. bukan dambakan kuasa. bukan ingin glamour.

saya hanya ingin kan perasaan bahawa saya sudah berbakti kepada masyarakat. perasaan bahawa saya sudah melakukan yang terbaik untuk menjadikan dunia satu tempat yang lebih baik.

kalaulah gaji saya hanya cukup untuk makan minum pakaian tempat tinggal, tanpa mampu untuk topshop kasut beg starbucks, saya rela.

saya hanya inginkan kepuasan diri sendiri.

dan kini, saya harap kepada Allah, apa yang saya lakukan, selama 2 bulan yang lepas, akan diberkati, agar student-student itu mendapat berkatnya.

semester depan, saya mungkin akan menutor lagi di um.

seronok.

walaupun kerja banyak gila, saya suka.
walaupun penat, saya suka.
walaupun kena bangun pagi, saya suka.





tapi saya tetap nak pakai baju butterfingers saya tu, bole tak?

Monday, October 20, 2008

redang may 2008








di atas adalah gambar-gambaran saya ketika bercuti di redang may lepas.
sudah lama tidak ke sana. terasa seperti ingin ke sana lagi.
jom?