semalaman saya terfikir-fikir bagaimana agaknya saya boleh memberikan boss saya segala markah itu.
printer saya rosak, jadi memang tak boleh guna.
printer fidah, kena tunggu pagi ni baru boleh print sebab dia tidur awal semalam.
printer nana, dia tak bawak pula dari utp.
jadi, saya terfikir, pagi ini akan ke cybercafe (cc), untuk print.
tiba-tiba saya terfikir,
email pun boleh.
hahaha, kolot betul saya ni. email kan lagi senang.
Monday, March 30, 2009
penat
weekend ini penuh dengan aktiviti, sehinggakan langsung tiada masa untuk melakukan tutorial.
ya tuhan, berikan aku kuasa untuk melakukan tanggungjawab kami.

Thursday, March 26, 2009
misi manis
cerita yang boleh buat saya tergelak kuat.
tadi teman acik pergi klinik, kaki dia kena minyak panas. nak kena cuci setiap hari.
disebabkan kakak sepupu saya seorang doktor, kami pergi ke klinik dia di dato keramat, klinik kerajaan.
(acik saya tak nak pergi klinik lain sebab mahal)
sementara menunggu selama 45 minit di klinik itu, yang tidaklah berapa canggih, tetapi bolehlah, saya terdengar satu perbualan kelakar.
misi tua sikit 1 : "eee, makcik, dia korek hidunglah sambil tangan buat gaya korek hidung, garu kepalalah sambil garu kepala dia sendiri, kotorlah makcik. marahlah dia."
makcik bawak cucu : "makcik tahu."
ambil perhatian, saya ingatkan bahawa misi itu sedang bercakap tentang cucu lelaki makcik itu. dalam hati saya, ketika ini yang tidak tahu menahu cerita, apalah misi ni, biarlah, budak je pon.
misi tua sikit 1 : "makcik ni cakap memang ramai orang komplen, kotor." misi tua sikit kepada misi muda sikit.
misi muda sikit : "yeke. hurm. tula."
makcik bawak cucu : "makcik kenal semua ni. dr tu, misi tu, tu, ni."
misi tua sikit 1 : "nilah makcik yang anak dia berniaga kat kedai kotor tu. dia cakap memang ramai yang komplen." misi tua sikit 1 kat misi tua sikit 2.
makcik bawak cucu : diam membisu. mungkin malu.
serius kelakar. cara misi tua sikit tu macam perempuan kecoh, nak bagitahu sangatlah kat makcik bawak cucu tu yang anak dia korek hidung masa menjual.
but, to think of it, nasib dia tak korek bontot.

Wednesday, March 25, 2009
blog hiburan
gelilah weh, tonton af.
boleh tak lepas ni jangan pilih 'pelajar' yang kononnya bagus?
especially yang mengaku boleh nyanyi lagi bagus dari penyanyi asal.
what a bold statement.
hasil dari kenyataan itu, boleh jadi dua.
1. kau memang betul lagi bagus dari penyanyi asal tu. suara sedap, pandai menari, cantik, melodi betul, harmoni, mengalahkan mariah carey. semua rakyat malaysia akan mengundi kau sehinggalah kau menang. album pun akan terus direkod, walaupun tidak akan ada orang yang membeli album original kau.
2. kau nyanyi macam kucing mengiau. tak sedap langsung, rasa mcm nak baling kasut, sebab bukan main lagi mengaku dalam tivi yang kau akan menyanyi lebih baik dari penyanyi asal. memalukan. memandangkan rakyat malaysia ni pekak + buta, kau masih akan diundi. mungkin akan menjadi pemenang.
hasilnya, astro yang kaya, pengundi yang miskin.
lepas tu, bapak tak tau jaga anak yang kaya, anak dia tak kaya-kaya.
tolonglah malaysia, jangan jadi bodoh sangat, mcm penyanyi nak pakai tudung tapi mcm tak nak pakai.
...
hiburan malaysia, adalah hiburan semata. tiada pengajaran yang diperolehi, hanya hiburan murah.
dah fed up. memang nak kena ban betul af ni, memalukan malaysia, macam artis yang bergaduh kat jakarta.
...
dah macam blog hiburan plak.

Tuesday, March 24, 2009
parking kereta
kalau suka nak gaduh, pergi balik negara kau. jangan nak buat kurang ajar kat sini.
...
tadi, di um. ketika itu saya baru sahaja selesai kelas tutorial.
saya dengan segera ke kawasan parking, ingin pulang awal, sudah lapar. dari dalam kelas lagi perut saya dah berbunyi.
ketika berjalan ke arah jack, kelihatan ada satu kereta kenari silver, dengan lajunya memasuki kawasan letak kereta itu.
mulanya, saya seperti meluat, apa pasal kau nak bawak laju-laju kat kawasan parking?
tetapi, kemudian saya fikir, mungkin dia sudah terlewat untuk ke kelas, dan dengan segera ingin meletak kan kereta tanpa membuat double/triple parking.
setelah melihat saya ingin keluar, kereta itu lalu menunggu saya di belakang, cuba untuk memberi saya jalan untuk keluar.
saya pula terus melakukan three-pointer secepat mungkin, supaya dapat memberi laluan kepada kenari itu.
ketika saya 80% selesai melakukan three-pointer itu, kelihatan satu kereta iswara, datang dari bawah (kawasan tempat letak kereta itu sedikit berbukit). pemandu nya melakukan aksi lucah kepada satu pemandu teksi di belakang.
dalam hati saya, bukan main kau eh nak tunjuk samseng dengan pemandu teksi?
kemudian, percaya atau tidak, dengan serta-merta makhluk asing ini meletakkan keretanya di kawasan saya tadi, knowing that the kenari had been waiting.
geram saya dibuatnya.
tak percaya kenapa ada manusia macam ni diterima masuk dalam um.
kenari itu?
dengan geramnya pemandu kenari itu membunyikan hon. semua orang pun terkejut dengan attitude lelaki berkulit gelap itu.
yes, siapa cepat dia dapat.
tetapi, silalah berbudi. jangan tunjuk kurang ajar.
sampailah saya keluar dari kawasan parking itu, masih kedengaran bunyi hon, kemungkinan dari kenari itu.
...
my faith towards the kindness dalam setiap manusia sudah pudar. ini mungkin sebab manusia makin hari makin hilang jiwa.
harap orang-orang kurang ajar macam ni segeralah jatuh tersungkur.

Monday, March 23, 2009
a-had
ahad lepas telah ke putrajaya, untuk melihat keseronokan festival belon udara panas.memang menarik, dapatlah juga kita warga malaysia menyaksikan belon-belon udara panas yang besar-besar serta cantik-cantik itu.
cuma, seperti mana-mana aktiviti besar yang lain, terdapat beberapa kelemahan yang saya harap dapat diperbaiki pada masa akan datang.
1. kekurangan khemah untuk pengunjung.
bayangkan, cuaca begitu panas, tetapi khemah untuk pengujung sangatlah sedikit. mereka yang datang bersama keluarga terpaksa mencari tempat teduh, seperti di bawah pokok, untuk berehat, setelah beberapa minit berjalan di kawasan tengah panas. ada yang saya lihat terpaksa menggunakan paip air di kedai-kedai yang berhampiran untuk membasahkan muka serta badan anak-anak mereka.
2. harga makanan mahal 50 sen
air - rm1.50
roti john - rm3.50
mee sup utara - rm4.00
apa kejadah? mahal sangat ke sewa tapak jualan di festival itu? atau peniaga yang sesuka hati meletak harga begitu? harap pihak perbadanan putrajaya pantau akan hal ini. ini adalah pesta untuk keluarga, sudah tentu kanak-kanak yang hadir ingin membeli mcm-mcm di situ. bukan semua rakyat di malaysia ini kaya-raya.
3. itenari seperti tiada guna.
kelihatan di papan tanda di booth official pesta itu, 'belon hanya untuk show, pada pukul 5.30 petang'.
cis, tipu besar-besaran. belon mula naik ke udara pada lebih kurang pukul 6-6.15. sekali lagi, harap pihak perbadanan putrajaya dapat membaiki kelemahan ini.
4. kekurangan tempat meletak kereta
sudah jadi triple parking. menyusahkan orang yang ingin pulang awal. harap terdapat polis trafik yang mengawal aliran kereta, demi kebaikan semua.
5. tambahkan lagi negara
memang sudah banyak negara yang hadir untuk pesta belon udara panas pertama kali di malaysia ini, tahniah diucapkan kepada penganjur. tetapi, diharap, pada masa akan datang, lebih banyak lagi negara dapat hadir, untuk memeriahkan lagi langit biru malaysia ini.
beberapa gambar yang sempat kami ambil.

all in all, seronok, sebab dapat tengok belon-belon yang besar-besar, warna-warni.

Saturday, March 21, 2009
bosan
i am pissed off.
inilah sebab kenapa saya benci untuk bekerja.
(kerja yang saya maksudkan di sini adalah bukan bekerja sendiri/makan gaji.)
perhatian : ini adalah entri merungut.
mempunyai bos. atau somebody superior, whom we need to report to every now and then tentang kerja.
tidak kisahlah kalau bos kita tu memahami.
tetapi, mungkin 1 dalam seribu, bos kita itu akan memahami betapa susah payahnya kita untuk melaksanakan kerja dan tanggungjawab kita itu.
aduhai, saya bukannya muda sangat pun dah. penatlah kalau dapat bos macam ni. um tu bukannya dekat dengan ampang. takkanlah hari-hari nak ulang alik, tanpa berbuat apa-apa.
janji pukul 9, tetiba tukar pukul 10, tetiba tukar esok, tetiba tukar hari isnin.
kan senang dari semalam, bila aku tanya kau nak jumpa pukul berapa, kau cakap je hari isnin.
inilah dia, sekali lagi saya katakan, manusia yang tidak PERNAH nak ukur baju di badan sendiri.
buat janji, tapi tak tepati.
aku panggil munafik, marah.
betul, manusia hanya mampu merancang, tuhan yang tentukan.
but, please don't make that as an excuse.
kau yang tidak pernah nak fikir kesusahan orang lain, fikir diri sendiri je.
sumpah, semester depan, kalau dia lagi jadi lecturer, mati hidup lagi pun saya tak nak jadi tutor dah, biarlah gaji banyak pun.

Subscribe to:
Comments (Atom)