Sunday, January 4, 2009

bukit bintang penuh warna

tadi keluar makan dengan mama babah and everybody. pergi bb, makan kat the ship.

seperti biasa, saya meminta rack of lamb. fifi juga begitu.
dan, ketahuilah, ianya first class. and we don't even have to wait for more than 30 minutes, which is very good.
kami juga telah bergambar di sekitar bb, sementara fidah mengambil gambar dengan ular bersama 'gold man' (really, it's that corny, you will see why when i put up the pictures)





the night turned out great, eventhough a few harsh words were exchanged beforehand.





really, kami ada kebolehan itu.

untuk meneruskan hidup, dengan bahagianya, walaupun sesuatu seperti bom hiroshima telah meletus.

entahlah. saya sudah bosan sebenarnya. miscommunication. itulah yang terjadi dalam hidup saya.

aduhai. tuhan sahaja yang tahu betapa penatnya saya, malasnya untuk menghadapi ini semua.

jika saya bersuara lebih, mama kata saya tak sayang dia.
jika tidak bersuara, saya rasa seperti manusia robot, bodoh yang dikurniakan tuhan akal, tetapi tidak berbuat apa-apa.

ditelan mati emak, diluah mati bapak.

itulah yang sebenarnya.

entahlah.






dilihat dari luar, kami kelihatan sempurna tetapi, kami dan tuhan sahaja yang tahu.

dan saya pasti, semua keluarga adalah begitu.

rahsia keluarga yang hanya ahli sahaja yang tahu.

sebab itu saya tidak suka mengadili keluarga lain.

samada ayah suka berpoya, anak pelacur, rempit, mak queen control, guna sihir untuk tundukkan ayah.

itu semua kisah hidup yang tuhan tuliskan untuk semua.

menandakan betapa sayangnya kepada kita hambanya.

kerana itu semua dugaan.




tetapi, saya sentiasa berdoa agar kami tetap kuat, tidak kira apa sahaja persimpangan yang kami ambil, kanan atau kiri.

insyaallah, segalanya akan bertambah baik.
tetapi jika tidak, kun fa ya kun.
Allah itu maha mengetahui.
percayalah bahawa kita semua ada ceritanya.

No comments: