Tuesday, February 17, 2009

jogging itu elok

kriteria untuk berjogging.

perhatian. ini bukan kajian yang sebenar. hanya pemerhatian saya sahaja. nak ikot, tak nak ikot, pilihan masing-masing.

1. pakai pakaian yang selesa
jangan pakai seluar koyak, atau ketat, kerana anda mungkin akan melecet di celah kangkang. juga, bersiap-sedialah untuk berpeluh, jadi janganlah pakai pakaian yang tebal, atau anda akan berbau hapak yang amat sangat. tidak perlulah untuk memakai deodoran, kerana tujuan anda untuk berjogging adalah untuk mengeluarkan peluh, dan memakai deodoran itu hanya akan membuatkan anda membazir. kasut juga perlulah sesuai. janganlah pakai selipar kerana kemungkinan besar, anda akan mendapat blisters.

2. bawalah sekali pemain mp3 anda
ini mungkin dapat menaikkan semangat anda untuk berjogging, lebih-lebih lagi jika anda berjogging di kawasan yang berbukit. juga, tidak perlulah kita mendengar perbualan makcik-makcik di hadapan kita tentang anak-anak mereka yang baru pulang dari luar negara. nasihat saya, pasanglah lagu metal/rock. janganlah anda pergi pasang lagu siti nurhaliza. anda mungkin akan tertidur di tengah jalan.

3. berjogging bersama teman
in bagus, agar anda tidak terasa seolah anda sedang melalui seksaan yang amat sangat. jika berteman, kita akan merasa lebih selesa, semangat. kita tidak perlu untuk bersuara/bergosip ketika berjogging itu. cukuplah kita tahu bahawa teman kita itu akan ada bersama kita ketika menaiki bukit yang menyeksakan itu. juga, kita boleh bercerita tentang pengalaman jogging pada hari itu.

4. jangan makan sebelum berjogging.
ini akan membawa kecelakaan. jangan salahkan sesiapa jika perut serta kepala anda merasa tidak selesa. fikirkanlah di dalam kepala, bahawa selepas berjogging ini, anda akan mengurangkan berat badan. dan kekasih anda akan lebih menyukai anda.

5. jangan bawa kotak rokok
tidak perlulah untuk anda menunjukkan umur sebenar anda kepada manusia lain (kebiasaannya remaja 15-17). anda juga tidak akan kelihatan cool berbuat demikian. lebih cool jika kita tahu bahawa anda sudah dua kali round trek itu. seriously, ini adalah satu perbuatan yang kelakar. sedikit kanak-kanak.

6. regangkan badan

penting, agar tidak berlaku kekejangan, ketika atau selepas jogging. ia juga bagus bagi mereka yang tidak pernah jogging, tiba-tiba mahu berjogging. otot anda tidak akan merasa terkejut dengan perubahan cara hidup anda. kita juga tidak mahu membazir duit membeli anti-cramp spray. cukuplah sekadar regangkan badan.

7. minum air 100plus
selepas sahaja selesai jogging, minumlah air 100plus. ianya bukan main-main, air itu memang bagus. anda tidak akan merasa pun bahawa anda sudah berjogging 6 kilometer.



itu sahaja setakat yang dapat saya fikirkan. jika ada sebarang cadangan atau nasihat, sila emailkan kepada saya.

No comments: