Thursday, February 26, 2009

macam-macam

what if.

kita suka untuk melihat kebelakang, menanyakan soalan, adakah kehidupan kita sekarang akan berubah, sekiranya kita melakukan sesuatu yang lain pada zaman dahulu?

contohnya.

what if i did not accept the offer untuk masuk asrama?
apa akan berlaku jika saya sudah menabung dari dulu?
adakah saya akan mempunyai hobi yang lain jika dulu kawan-kawan saya tidak suka baca buku?
mungkinkah saya sebenarnya mempunyai bakat semulajadi dalam sukan bola keranjang?
will babah and mama be happy, kalau dulu kejadian gunung diberitahu lebih awal?


semuanya what if.

tetapi, entri kali ini saya tidak mahu berkata tentang perkara serius. lebih kepada perkara santai. what if yang fantasi.

WHAT IF...

1. saya dahulu children of the 60's?
angan-angan yang terhebat sampai boleh tak sedar akan realiti. era yang super cool. rock and roll ketika ini memang true rock and roll at heart. the beatles, bob dylan, rolling stones, pink floyd, bee gees, just to name a few. breakfast at tiffany's, to kill a mockingbrid, bonnie and clyde, semuanya filem dari zaman ini. jadi saya fikir kamu sudah tahu kenapa saya gemarkan zaman ini. semuanya simple, tetapi fulfilling. kualiti no satu. fashion ketika ini amatlah 'twiggy', which is enjoyed by everybody sehingga ke hari ini. the question is not, 'what to love in the 60's?' tetapi sebenar-benarnya, 'what not to love in the 60's?'. music, filem, fashion, movement. citarasa saya yang tidak hipokrit.

2. feminism tidak pernah wujud?
oops, ini seperti sedikit serius, tetapi, saya suka nak mempersoalkan hal ini, kerana kelihatan gadis-gadis cantik ketika ini, seperti sudah lupa akan perjuangan feminist-feminist yang terdahulu. saya tidak mengatakan supaya gadis-gadis cantik ini semua perlu jadi bengis, serious, harimau betina. cuma, kita perlu suarakan pendapat, jadi lebih berani, dan jangan lupa untuk ambil risiko. ingatlah, seteruk mana pun malang yang menimpa, tuhan itu masih ada, dan selagi tuhan itu ada, nasib kita boleh berubah jika kepadanya kita meminta.

3. warna hitam itu tiada?
tak boleh bayangkan langsung.

4. saya tinggal di uk?
arctic monkey, oasis, pete, stone roses. imagine what kind of fun i would have. lebih lagi kalau en nasir ada. dunia ini kami yang punya. setiap weekend, enjoy. best, best, memang best.

5. saya tidak mengenali en nasir?
mesti saya akan berkawan dengan lelaki loser, yang populasinya semakin bertambah dari hari ke hari. dan saya akan hidup miserable sepanjang hidup saya. tetapi, saya yakin, akhirnya, saya akan berjumpa juga dengan en nasir. we are just two lost souls, swimming in a fish bowl. pusing-pusing, akan jumpa juga.


aduh, penat dah fikir macam-macam. yang pasti, hidup saya bagus, alhamdulillah.

No comments: