Wednesday, February 25, 2009

taman air di padang pasir

ini adalah entri untuk memberitahu semua orang tentang mereka yang sudah lama saya lupakan.

ketika saya sekolah menengah, begitu asyik saya terhadap mereka ini.

ketika di perhimpunan, sempat.
ketika prep, sempat.
ketika dalam dorm, nak tidur, sempat.

aduhai, kenapa saya lupakan mereka?

sedih, kerana mereka adalah satu perkara yang membantu saya dalam menghadapi zaman remaja yang penuh dengan emosi, konflik.

kini, saya asyik dengan sahabat yang lain, yang bijak, genius, dan suka menulis tentang adat/budaya melayu.

juga, saya sudah seperti selalu meluangkan masa bersama Apple, tanpa mengambil kisah tentang mereka.



empat orang manusia yang begitu hebat.

cocky, tetapi seolah dimaafkan semua, kerana buah tangan dari mereka seolah tidak boleh didapati dari orang lain.



tetapi, terima kasih kepada en nasir, kerana telah mengingatkan saya kembali kepada mereka.


OASIS!

rindu sama kamu.

No comments: