Saturday, March 7, 2009

fantasi

kali ini, entri saya tidak akan menjadi serious langsung, lebih kepada keseronokan.

tentang apa?

tentang perempuan, dan lelaki yang menarik perhatian mereka.

dan seperti biasa, ia tiada kaitan dengan apa-apa kajian, hanyalah kata-kata yang datang dari pemerhatian saya menjadi seorang gadis selama 25 tahun.



lelaki yang besar. bukan gemuk, tetapi besar.
saya ada seorang kawan, nama akan dirahsiakan. saya tanyakan kepada dia, bagaimanakah rupanya kekasih hati terbaru beliau? saya bertanya kerana kami terlampau sibuk untuk berjumpa. jawapan pertama beliau, 'dia besar'. tiada kaitan dengan cerita lucah. dan saya faham. memang ada perempuan yang sukakan lelaki yang berbadan besar. seolah dapat melindungi mereka dari sebarang gangguan, dan berasa selamat.

lelaki yang sedikit nerd, geeky.
ini memang fantasi saya dari dahulu lagi, kerana saya sukakan perbualan yang intektual, yang bukan sekadar berbual kosong. mungkin perbualan tentang ahli matematik yang dahulu, atau tentang sejarah yang mengubah cara hidup manusia. dan, sebenarnya, ramai lagi perempuan ada fantasi tentang lelaki begini. sangat seksi.

lelaki yang berbadan gelap, tetapi bukanlah hitam.
betul, ini lebih kepada tarikan seksual, kerana mereka yang berkulit seperti cokelat itu amatlah irresistible, terasa seolah ingin sahaja dimakan kulit mereka itu, dicairkan untuk menghasilkan coklat hershey's. dan mereka yang berkulit cokelat ini kelihatan seperti macho, tough, tidak lembik, tidak jambu, yang membuatkan perempuan begitu teruja.

lelaki yang kelihatan bergaya ketika menghisap rokok.
contrary to what we have been told ketika di sekolah, merokok itu memang membuat lelaki nampak hebat, juga menarik. seperti ada sesuatu tentang asap yang keluar dari mulut mereka itu. dan percayalah, saya ada mengenali beberapa perempuan yang menyukai lelaki semata kerana mereka kelihatan bergaya menghisap rokok. but it doesn't mean that kamu perlu menghisap rokok untuk mengurat seorang perempuan.



i am going to stop, sebab nanti kang ada macam2 kategori lelaki yang akan diulas dalam blog ini.

No comments: