Thursday, April 2, 2009

kadang-kadang

macam mana nak buktikan, pokok yang tumbang di tengah-tengah hutan tebal, yang tiada orang di dalam radius 10 km, mengeluarkan bunyi ketika jatuh menimpa bumi?

tidak boleh, unless awal-awal lagi kita dah letak kamera atau perakam audio di tengah-tengah hutan itu.

kena ada bukti. tidak boleh buat apa-apa claim pun tentang bunyi pokok tumbang itu, kerana orang lain akan mengatakan 'mana bukti?'.

walaupun memang kita tahu, pokok yang mungkin seberat beberapa ekor gajah itu, sudah pasti akan mengeluarkan bunyi yang begitu kuat sebenarnya.





jadi, sila ambil pengajaran.

dalam hidup ini, perlu bukti.





nak buat report domestic violence, pergi jumpa doktor dulu, bukan pergi buat report polis. ambik gambar, do medical checkup, suruh doktor bagi report.
nak tuduh spouse kita ada affair, upah private eye. suruh dia ambil gambar, maybe check bil, credit card, bank statement.
syak wasangka dengan bibik bawak lelaki masuk rumah, letak kamera dalam rumah.

walaupun kita pergi balai polis dengan mata lebam, tangan bercalar-balar, hidung berdarah.
walaupun kita dah nampak dengan mata kepala kita sendiri spouse kita balik dari hanoi kat klia dengan affair dia.
walaupun anak kita bagitau bibik kita bawak lelaki masuk rumah.



tak boleh tuduh sebarangan. kena ada bukti.






kalau macam tu, susahlah nak percaya yang elvis masih hidup.



I've never written a song in my life. It's all a big hoax. - elvis presley

No comments: