Sunday, April 5, 2009

mama bawak kereta laju

seharian saya berada di rumah en nasir di lepar hilir pahang.

ada kenduri kekah (betulkah ejaan?), serta kenduri sempena abang en nasir yang sulong akan ke mekah menunaikan umrah.

kami tiba sudah pukul 3, dan sudah ramai tetamu pulang, kerana mengikut kata en nasir, tetamu sudah mula tiba pada pukul 7 pagi lagi.

mereka membaca yasin, serta mengorbankan 1 ekor lembu.

mama, babah, fifi pun ada sekali.

serius, kami makan dengan banyaknya. lauk kari lembu, sambal belacan, sayur kacang botol, taugeh, memang menjilat jari.

bak kata fifi, 'heavon'.

maksudnya, sedaplah tu.

selesai, kami dihidangkan pula kueh-mueh, serta air teh o. mama dan babah berbual bersama mak ayah en nasir.

dari cerita tentang Sheikh Mahmud Al-Mazjub, ke cerita tentang pokok-pokok ubat di malaysia.

rancak jugalah mereka berbual.

saya pula sedikit penat, kerana bulan saya sudah datang ketika itu, lalu tidak berapa banyak bercakap. lagipun, saya memang kurang bercakap dengan orang yang saya tidak berapa kenal, segan.

lebih kurang pukul 6, setelah semuanya berehat, kami pulang, dengan dibekalkan kueh, bubur pulut hitam, lauk pauk, serta daging mentah.

alhamdulillah.

masuk-masuk kereta je, babah katakan ingin membeli roti boom.

saya tahu, untuk dimakan dengan kari lembu tu.




bilalah nak kawin, tak sabar nak jadi menentu en ismail.

kan en nasir?

No comments: