Wednesday, April 15, 2009

rindu

perkara-perkara yang saya rindu.

1. jumpa kawan-kawan
kami sudah besar, banyak tanggungjawab. kerja, keluarga, kekasih hati, tunang. menyebabkan kami sekarang sudah jarang berjumpa. kesibukan kuala lumpur telah mencuri kami dari ketenangan jiwa dan keindahan gelak tawa.
damn, inikah rindu?

2. berborak dengan mama
saya seperti sudah tidak boleh langsung nak berbual tentang hal-hal diri saya seperti dahulu. sudah lupa sebenarnya bilakah kali terakhir saya dan mama berbual. bukan ego, cuma saya tidak mampu untuk mendengar rungutan dan komen yang tidak membina dari mama.

3. keluar berempat dengan adik-adik saya
saya seperti sudah terputus hubungan dengan adik-adik saya, terutamanya fidah. mungkin kerana saya pernah satu hari dahulu menengking dia bagai halilintar. seperti manusia lain yang menetap di kuala penuh lumpur ini, kami sibuk. sibuk dengan dunia masing-masing.
the power of four sudah seperti terkubur.

4. melepak di bukit di mana bintang jatuh bersama en nasir
dahulu, kami sering ke sana, hingga lewat malam, melepak, tanpa berbual sangat. tetapi, itulah waktu terindah saya. memandangkan kini, kami berdua sudah ada banyak komitmen, masa, tenaga, serta duit perlu dijimatkan.
tetapi, kami masih bercinta.



ini semua rindu dari hati. moga cepatlah saya dapat melepaskan rindu ini.

No comments: