meletop.
perkataan yang sekarang ini menjadi pilihan en nasir serta kawan-kawannya.
nampak perempuan cantik sikit, meletop.
air sedap, meletop.
lelaki tough, meletop.
roti canai enak, meletop.
even lelaki-lelaki lembut yang dilihat pun, meletop.
tapi, memang kelakar, if you spend 2 hours at a food court, dan setiap lima minit, perkataan itu terkeluar dari mulut.
juga, cara yang bagus untuk melupakan segala masalah dunia.
perang pun lupa.
baju dah tak muat pun lupa.
duit takda pun lupa.
girlfriend lari pun lupa.
tudung siti pun lupa.
lagu mawi pun lupa.
saya cadangkan, gunalah perkataan meletop, walaupun di situasi yang tidak langsung sesuai, kerana, ketika itulah sebenarnya meletop itu patut digunakan.
cuma, berhati-hati, kerana meletop itu mungkin akan melekat sedikit lama dari yang kamu sangkakan.
ps : tengah dok guna perkataan meletop kat uptown tadi, nampak pulak huzz, si wartawan hiburan yang dikatakan oleh butterfingers dalam lagu mereka, dan memang geli hati, sebab perkataan meletop itu seakan sesuai untuk dia.
No comments:
Post a Comment