Thursday, August 20, 2009

topik lama

mungkin topik ini sudah basi, tetapi saya terasa untuk berkata sesuatu.

perginya yasmin ahmad memang benar satu kerugian.

mungkin ada yang tidak 'gemar' dengan karya-karya dia; mungkin sedikit terbuka, adegan peluk-memeluk, adegan menari tango memakai kain pelekat, percintaan gadis melayu dan lelaki cina, perempuan botak.

tidak logik, kata mereka.

tetapi, kita harus ingat, bahawa yasmin adalah seorang yang tersangatlah mendalam hatinya, jiwa dia begitu halus. obsesi dia terhadap cinta, kasih-sayang amatlah tinggi, mungkin sehingga tahap yang difikirkan orang luar 'tidak berkisar tentang realiti'.

kerana, jika dilihatkan sekarang, ibu tunggal sudah banyak, ayah-ayah sudah tidak boleh diharap, anak-anak kaki pukul ibu bapa, dan banyak lagi perkara-perkara ganas/kasar/kurang sopan yang berlaku di dunia sekarang.

dan itulah realitinya, bukan kasih sayang...

dan 'kita' inginkan realiti, seperti 'akademi fantasia', 'anak wayang', 'pilih kasih'.



dan itulah yang membuatkan 'kita' tidak dapat menerima cerita-cerita yasmin, yang 'mengarut', 'merepek', 'ridiculous'.

tetapi, apakah yang sangat merepek dengan kasih sayang?
apakah yang tidak merepeknya dengan kisah cinta remaja-enjoy-clubbing-keluarga-tak-kisah?

rasanya, 'kita' yang merepek, mengarut, ridiculous, kerana untuk kisah cinta yang tidak menepati standard 'realiti' yang 'kita' sendiri tetapkan, kita katakan yasmin ahmad itu bukan sesiapa.

'kita' label dia sebagai liberal (?), extremist (?), bukan melayu sebenar (?).

sedar kah 'kita', 'kita' sebenarnya secara tidak langsung menyokong perlakuan-perlakuan buruk yang terjadi di dunia ini?

siti nurhaliza bercinta dengan suami orang, takda hal.
anak-anak muda bergambar lucah, takda hal.
suami ceraikan isteri kemudian kahwin dalam sekelip mata, takda hal.

itukan semuanya realiti? jadi, kita bolehlah terima.




kamu yang tak nak buka minda, buka fikiran, duduklah di takuk lama tu lagi. bila-bila pun tak maju. banjir kilat pun, masih nak duduk tak berganjak dari situ.



apa salahnya kita terbang sekali-sekala, hidup dalam fantasi, yang dunia ini akan menjadi lebih baik?

No comments: