Thursday, May 6, 2010

kasut i lawa

kita hidup dalam dunia yang tidak sempurna. jadi sesungguhnya tidak semua yang kita mahu kita akan dapat.

contohnya, partner-choosing.

kita nak partner kita rock and roll sampai pancit mcm pete doherty. mata lebam, suara serak, jiwa penuh soul, muka pucat, tapi tak dapat.

kita tukar pulak.

kita nak partner kita kacak hangat mcm brad pitt. muka asimetri sempurna, mata biru laut, badan mcm greek god, tapi tak dapat.

kita tukar lagi.

kita nak partner kita genius-nerd-pandai buat duit mcm bill gates. kaya tapi baik hati, suka menderma, tiap2 tahun jadi org paling kaya dalam dunia, tapi tak dapat.

lagi sekali tukar.

kita nak partner kita sesempurna johnny depp. lakonan dalam siri lanun kelas AAA. ada kugiran, pandai main piano, low profile, penyayang, ini memang takkan dapat.

so nak buat mcm mana? dah 3 kali tukar, tapi semuanya tak best.




maksudnya, kita kena BERSYUKUR. dah, full stop. jangan nak tukar2 mcm katy perry cakap.

buruk, tak comel, degil, ego, annoying, itu semua attirbute. it comes with the guy.

mcm kita nak beli kasut. cantik, lawa, mahal, tapi bile pakai, gile melecet 2 minggu. nak jalan kaki berdarah. nak buat mcm mana.



syukur jelah orang lain envy tengok kasut kita.

No comments: