Friday, January 16, 2009

what is it?

saya sudah 25 tahun.

dan apa yang saya mahukan dari hidup ini amatlah besar.

'untuk menjadi seorang manusia yang dapat berbakti kepada manusia juga agama'.

benar, memang itu yang saya mahukan. itu yang saya impikan. itu jugalah yang dapat memberikan saya kepuasan sebenar, other than good books.

in what way, saya tak tahu.

saya berharap, with me teaching, saya dapat berbakti kepada manusia, juga agama.

tapi, saya ada mimpi yang setinggi langit.

ingin berhijrah ke dunia yang kurang berkemampuan, dan membantu dari apa segi pun.

i like the idea of volunteerism (if that's even a word).

tak kisahlah doing what, where, when.



*tutup mata sambil fantasizing*



oh tuhan, itu memang satu impian yang hebat, kan.

tambahan, doing the good work with the people you love.



saya juga harus ingat,

'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.

jadi, saya rasa, membuat kebajikan di negara sendiri lebih baik, bukankah?


insyallah, harap tuhan memberkati kerja saya.
agar mereka yang menuntut dari saya, mendapat segala kebaikan dan ilmu yang berkat.

Sunday, January 11, 2009

padang pasir

'Allah is on both sides.'

betapa buku tentang seorang remaja sepanyol itu membuka mata saya.

dan betapa saya sedar, bahawa peluang itu sentiasa datang. cuma, manusia terlalu takut untuk mengambilnya.

afraid that we are not able to hold the responsible. to be what we could be.

entahlah.




saya juga begitu.

takut tidak layak.
takut tidak mampu melakukan tanggungjawab yang besar.
takut untuk gagal.

tetapi, saya tahu saya mempunyai kekuatan untuk menghadapi semuanya, insyallah. cuma saya tidak kuat.

i am not strong, but i know i have the strength.



juga, alhamdulillah, untuk buku-buku indah.

perut lapar

alhamdulillah.



sudah seminggu saya menjalankan tanggungjawab saya di UM.

dan, semuanya berjalan lancar.



students berebut nak kelas yang sesuai.
ramai yang tak dapat register.
text book belum dijual di bookshop.
kelas tutorial dah start, tapi ada yang tak tahu.



betapa tuhan itu maha mengetahui, saya memang perlukan ujian/cabaran begitu. untuk berasa hidup. berasa saya melakukan sesuatu untuk kebaikan diri.

yang paling penting. untuk saya mengetahui, diri ini dapat berbakti untuk manusia.



harap, penjelasan saya dapat difahami students semua.

harap tuhan memberkati tindakan saya ini.

Monday, January 5, 2009

sudah bermula

tadi saya telah ke UM.

janji dengan mr b nak sampai pukul 11.30, tapi saya lewat 10 minit. nasib baik mr b tu kelihatan penat, jadi saya rasa dia tiada energy mungkin untuk marah.

saya ke sana sebenarnya untuk meminta students mendaftar untuk kelas tutorial, sekaligus memilih waktu tutorial mereka yang sesuai.

saya tanya mr b, dia suruh saya datang kelas untuk settlekan semuanya.

tapi, bila difikirkan balik, memang tak fair untuk student kelas esok. nanti bebudak ni amik time yang best-best je.

so, i have decided to go back there tomorrow (memang nak pergi pun, nak jumpa student kelas lagi satu).









and the rush is great.

alhamdulillah.

Sunday, January 4, 2009

bukit bintang penuh warna

tadi keluar makan dengan mama babah and everybody. pergi bb, makan kat the ship.

seperti biasa, saya meminta rack of lamb. fifi juga begitu.
dan, ketahuilah, ianya first class. and we don't even have to wait for more than 30 minutes, which is very good.
kami juga telah bergambar di sekitar bb, sementara fidah mengambil gambar dengan ular bersama 'gold man' (really, it's that corny, you will see why when i put up the pictures)





the night turned out great, eventhough a few harsh words were exchanged beforehand.





really, kami ada kebolehan itu.

untuk meneruskan hidup, dengan bahagianya, walaupun sesuatu seperti bom hiroshima telah meletus.

entahlah. saya sudah bosan sebenarnya. miscommunication. itulah yang terjadi dalam hidup saya.

aduhai. tuhan sahaja yang tahu betapa penatnya saya, malasnya untuk menghadapi ini semua.

jika saya bersuara lebih, mama kata saya tak sayang dia.
jika tidak bersuara, saya rasa seperti manusia robot, bodoh yang dikurniakan tuhan akal, tetapi tidak berbuat apa-apa.

ditelan mati emak, diluah mati bapak.

itulah yang sebenarnya.

entahlah.






dilihat dari luar, kami kelihatan sempurna tetapi, kami dan tuhan sahaja yang tahu.

dan saya pasti, semua keluarga adalah begitu.

rahsia keluarga yang hanya ahli sahaja yang tahu.

sebab itu saya tidak suka mengadili keluarga lain.

samada ayah suka berpoya, anak pelacur, rempit, mak queen control, guna sihir untuk tundukkan ayah.

itu semua kisah hidup yang tuhan tuliskan untuk semua.

menandakan betapa sayangnya kepada kita hambanya.

kerana itu semua dugaan.




tetapi, saya sentiasa berdoa agar kami tetap kuat, tidak kira apa sahaja persimpangan yang kami ambil, kanan atau kiri.

insyaallah, segalanya akan bertambah baik.
tetapi jika tidak, kun fa ya kun.
Allah itu maha mengetahui.
percayalah bahawa kita semua ada ceritanya.

Saturday, January 3, 2009

salji yang putih

ini tiada kaitan dengan statistik
gula kapas itu boleh rosakkan gigi
telinga saya ada tiga
wah, jakuzi?
mia, jack dan mamanda
di situ ada kedai betik
teh o itu sedap

saya terfikir untuk menukar tajuk kepada blog saya ini.

yang mana satukah?

en. nasir, sila bantu.

it's raining, but the atro is ok, unbelievable

entah boleh atau tidak.

ni yang susahnya kalau jadi tutor. semua benda kena tunggu lecturer punya arahan/approval. nak pepandai sendiri, kang kena marah.

tapi, what should i do lah if the lecturer is ignorant/oblivious?

'ok, so have you decided on the tutorial question?' saya nak tahu, mana satu soalan tutorial, supaya saya bole buat awal-awal, supaya tidak menyusahkan hidup sendiri

'you will know soon, don't worry' jawapan si lecturer jantan itu

*beristighfar banyak-banyak supaya tidak mencarut*

aduhai en lecturer. apa kata kau bagi je soalan, supaya aku boleh buat. bukannya susah pun, pilih je. tutup mata, guna jari telunjuk untuk memilih. tak pun, guna random table. or better, suruh anak kau pilih.

the tutorial dah nak start. this 7th of january. dia ingat saya perempuan gagah ke atau bionic woman atau wonder woman?

saya hanyalah seorang manusia biasa, walaupun mempunyai sedikit kebolehan dalam bidang statistik.

but that doesn't mean that he can take advantage on me like this.

but, really, life is like this. no sugar-coated thumb to suck on everytime. yang ada hanyalah satu guni of buah mangga. mungkin masam, mungkin manis.

so, enjoylah makan mangga tu, walaupun masam. better yet, go and make some of the kicap+gula+cili padi sauce, and eat with the masam mangga. sure sedap.

after this, i am going to ambush the mangga at the kitchen, because this entry is making me drool

so, mister b, whatever it is, i am going to show you that, i am capable of doing my work awesomely. begitu hebat sehinggakan kamu akan mengharapkan saya tiada lagi boyfriend, untuk kamu mengajak saya keluar makan.

dan, sudah pasti, jawapannya adalah, jangan harap.

en. nasir lagi hebat dari kamu.