Tuesday, February 17, 2009

jogging itu elok

kriteria untuk berjogging.

perhatian. ini bukan kajian yang sebenar. hanya pemerhatian saya sahaja. nak ikot, tak nak ikot, pilihan masing-masing.

1. pakai pakaian yang selesa
jangan pakai seluar koyak, atau ketat, kerana anda mungkin akan melecet di celah kangkang. juga, bersiap-sedialah untuk berpeluh, jadi janganlah pakai pakaian yang tebal, atau anda akan berbau hapak yang amat sangat. tidak perlulah untuk memakai deodoran, kerana tujuan anda untuk berjogging adalah untuk mengeluarkan peluh, dan memakai deodoran itu hanya akan membuatkan anda membazir. kasut juga perlulah sesuai. janganlah pakai selipar kerana kemungkinan besar, anda akan mendapat blisters.

2. bawalah sekali pemain mp3 anda
ini mungkin dapat menaikkan semangat anda untuk berjogging, lebih-lebih lagi jika anda berjogging di kawasan yang berbukit. juga, tidak perlulah kita mendengar perbualan makcik-makcik di hadapan kita tentang anak-anak mereka yang baru pulang dari luar negara. nasihat saya, pasanglah lagu metal/rock. janganlah anda pergi pasang lagu siti nurhaliza. anda mungkin akan tertidur di tengah jalan.

3. berjogging bersama teman
in bagus, agar anda tidak terasa seolah anda sedang melalui seksaan yang amat sangat. jika berteman, kita akan merasa lebih selesa, semangat. kita tidak perlu untuk bersuara/bergosip ketika berjogging itu. cukuplah kita tahu bahawa teman kita itu akan ada bersama kita ketika menaiki bukit yang menyeksakan itu. juga, kita boleh bercerita tentang pengalaman jogging pada hari itu.

4. jangan makan sebelum berjogging.
ini akan membawa kecelakaan. jangan salahkan sesiapa jika perut serta kepala anda merasa tidak selesa. fikirkanlah di dalam kepala, bahawa selepas berjogging ini, anda akan mengurangkan berat badan. dan kekasih anda akan lebih menyukai anda.

5. jangan bawa kotak rokok
tidak perlulah untuk anda menunjukkan umur sebenar anda kepada manusia lain (kebiasaannya remaja 15-17). anda juga tidak akan kelihatan cool berbuat demikian. lebih cool jika kita tahu bahawa anda sudah dua kali round trek itu. seriously, ini adalah satu perbuatan yang kelakar. sedikit kanak-kanak.

6. regangkan badan

penting, agar tidak berlaku kekejangan, ketika atau selepas jogging. ia juga bagus bagi mereka yang tidak pernah jogging, tiba-tiba mahu berjogging. otot anda tidak akan merasa terkejut dengan perubahan cara hidup anda. kita juga tidak mahu membazir duit membeli anti-cramp spray. cukuplah sekadar regangkan badan.

7. minum air 100plus
selepas sahaja selesai jogging, minumlah air 100plus. ianya bukan main-main, air itu memang bagus. anda tidak akan merasa pun bahawa anda sudah berjogging 6 kilometer.



itu sahaja setakat yang dapat saya fikirkan. jika ada sebarang cadangan atau nasihat, sila emailkan kepada saya.

Sunday, February 15, 2009

gaduh sakit kepala

manusia bergaduh. berperang mulut, menunjukkan ego masing-masing. bukan untuk kuasa, tetapi, selalunya untuk menang, untuk mengalahkan pihak yang lagi satu, tidak mahu malu apabila kalah.

kuasa, semua orang boleh mengaku ada kuasa.

tetapi, apabila kita menang dalam sesuatu perlawanan, dengan serta-mertanya, kita akan dikenali sebagai pemenang.

tidak kiralah hadiahnya hanya sekadar kamera digital yang sudah rosak. the winning is the sweetest thing for the winner.

jadi, memang manusia bergaduh untuk menang.




baru-baru nie, saya telah bergaduh yang sedikit teruk dengan en nasir.

dan, ketika itu, en nasir seperti sudah berputus asa dengan saya.

dan saya seperti seorang yang ingin menang, tidak mahu mengalah. ingin menang.





betapa bodohnya saya, semata ingin menang, saya sanggup melihat en nasir pergi. nasib, saya masih kuat untuk menjatuhkan dinding sial itu.

dan kini, saya kembali menari depan en nasir, tanpa rasa malu dan bodoh.

en nasir yang terbaik.


hahaha, too bad to all you girls yang nak ngorat en nasir. kitorang suka joget sesama.

Saturday, February 14, 2009

demam, kotor dan cinta

mia sudah sihat.

yeehaw!!

boleh online tiap-tiap hari. boleh main pet society tiap-tiap hari.

jack pun dah berkilat.

organ dalaman jack pun dah bersih.

nak beli perfume pulak untuk jack.



sayang mia, jack, dengan en nasir.

14 februari


selamat hari valentine.

saya yakin, dengan tibanya 14 februari, akan ada risalah-risalah yang diedarkan oleh persatuan-persatuan yang berasa bertanggungjawab untuk menginsafkan sesetengah muslim yang berfikir untuk 'menyambut' hari kekasih ini.




tiada masalah sebenarnya dengan edaran itu semua, ini negara demokrasi. tetapi, harap kamu juga tidaklah ingin menengking sesiapa yang tidak inginkan risalah anda itu.


entri ini tiada kaitan sebenarnya untuk memperkecilkan usaha mereka yang merasa remaja melayu/islam kini perlu diselamatkan. cuma, kenapa perlu pada hari itu sahaja?

kenapa tidak berdiri sahaja dari isnin hingga ahad, di pintu masuk taman klcc itu, dan edarkan kepada mereka? mungkin juga di sekitar taman tasik titiwangsa?

saya tidak berapa faham dengan istilah 'menyambut' itu.

adakah keluar tengok wayang menyambut?
bagaimana pula dengan makan tengahari bersama?
atau mungkin berjalan di sekitar kuala lumpur?

kalau ye, jadi, maksudnya, separuh dari warga melayu/islam 'menyambut' hari valentine tiap-tiap hari, lebih-lebih lagi hari minggu.

maaf, jika entri ini menyinggung hati. saya cuma tidak mengerti dengan istilah 'menyambut' itu.




harap, selepas ini, jika ingin dikeluarkan risalah-risalah ilmu seperti itu, penyelidikan dilaksanakan dengan lebih mendalam, bukan sekadar sejarah hari valentine's itu, di mana saya sendiri boleh google dalam internet.


dah, nak mandi.

Tuesday, February 10, 2009

maknanya...

perkara yang betul-betul bermakna.

1. apabila saya dan adik-adik dapat bersama, gelak ketawa, bantu membantu, melepak bersama.
waduh, memang ringan je rasa badan, macam takda masalah. auntie, uncle, those yang busybody pun macam jauh je dari kami. masalah between mama and babah pun would be easier to deal with, if not understand.

2. gelak besar dengan jezzebelle.
mereka adalah kawan/rakan/sahabat yang tak ternilai sekali dalam dunia. lantaklah kau macam mana buruknya perangai, mereka tiada hal tentang itu. umpat depan-depan memang selalu berlaku, tetapi, itu yang kelakarnya. tiada siapa yang pernah nak terasa sampai merajuk tak nak kawan. the next best thing from adik-adik saya. juga starbucks.

3. jumpa en nasir.
ini adalah kebahagiaan yang tidak terkira. macam kamu makan ice cream baskin robbins, lepas tu minum starbucks, kemudian tonton saturday night live, sambil baring peluk bantal. lepas tu tidur mimpi kamu terbang kat awan, sambil melawat paris, london, arab saudi. apabila terjaga, kamu minum milo ais, sambil makan roti canai. kemudian, pergi bank, nak kluar duit, baki dalam bank, tinggal rm 216.89, tetapi ketika itu, harga barang semua sudah turun, sampai kan kereta mini cooper pun berharga rm 50. itulah kebahagiaan yang saya rasa. lebih sebenarnya.

4. mengajar.
ini adalah kepuasan dalaman. seolah dianugerahkan nobel prize untuk jasa baik saya terhadap dunia. seronok, walaupun mama bising kenapa saya tak nak apply kerja sebagai lecturer. ahem, ini hidup saya, jadi saya boleh nak buat apa pun.

alhamdulillah untuk perkara di atas. sebenarnya banyak lagi, tetapi, saya dah nak start mengajar dah ni. jadi, jumpa lagi di entri yang akan datang.

marilah kita bersama hidup aman damai, walaupun sesetengah pihak di malaysia ini lebih suka bergaduh.

Saturday, February 7, 2009

fikiran yang penuh dengan warna merah

beberapa perkara terlintas di hati dan kepala.

1. jika anda pernah berjogging/berjalan di taman tar ketika waktu petang, mungkin untuk beriadah, anda mungkin akan terkejut dengan kehadiran beberapa ekor monyet di sekitar kawasan itu. tambahan pula, jika anda berseorangan, dan anda merupakan seorang perempuan. serius, memang takut/cuak. saya, walaupun sudah biasa ke situ, saya tetap tidak dapat merasakan selamat di situ. mereka yang memberi makan kepada monyet-monyet itu, amatlah mengkagumkan saya.

2. kereta ferrari itu memang mengancam. saya jatuh cinta dengannya. serious, saya faham kenapa sesetengah orang menghabiskan duit untuk membeli kereta terseksi itu. tambahan pula, ianya berwarna merah. nyum. if its a man, memang saya dah peluk ciumlah.

3. mia masih sakit. sudah beberapa bulan saya tidak bermain dengannya. insyallah, isnin ini saya akan tahu tentang status nya.

pictures/gambaran ke melaka

seronok tahap bukak peti ais rasa sejuk.

melaka itu memang menyeronokkan.

dan seperti yang dijanjikan, gambaran kami.

kami menikmati cahaya lampu di malam kala

acik, saya dan nasir, sedang membuat muka 'cantik'

jeling sebelah mata, menggoda

seperti biasa, en nasir bercakap, saya kepanasan


seronokkan?

harap kamu semua pun akan ke sana. marilah, kita menyokong saranan kerajaan untuk bercuti dalam malaysia.