Thursday, May 6, 2010

tembak jiwa

we give every soul, every drop of our sweat to this one guy.

AKU TAKKAN JEJAK KAKI LAGI KAT RUMAH NI.

no words can describe the way our heart stop for just a second, the world seems silent, our steps feel like they weigh tonnes.

and how your brain keep telling you, you are doomed. nothing can save you from this one.

you are doomed. you are doomed. you are doomed.

man, you are dead.

thousand and thousand of bullets keep aiming at your heart, the very part where you and him lives, and every single one of the bullets, missed, except for one.

and it goes staright, into the thin line. where you and him used to stand on.

apa jadi? segalanya bertukar merah. merah pekat, likat, mcm darah.

memang darah pon.


damn.

kasut i lawa

kita hidup dalam dunia yang tidak sempurna. jadi sesungguhnya tidak semua yang kita mahu kita akan dapat.

contohnya, partner-choosing.

kita nak partner kita rock and roll sampai pancit mcm pete doherty. mata lebam, suara serak, jiwa penuh soul, muka pucat, tapi tak dapat.

kita tukar pulak.

kita nak partner kita kacak hangat mcm brad pitt. muka asimetri sempurna, mata biru laut, badan mcm greek god, tapi tak dapat.

kita tukar lagi.

kita nak partner kita genius-nerd-pandai buat duit mcm bill gates. kaya tapi baik hati, suka menderma, tiap2 tahun jadi org paling kaya dalam dunia, tapi tak dapat.

lagi sekali tukar.

kita nak partner kita sesempurna johnny depp. lakonan dalam siri lanun kelas AAA. ada kugiran, pandai main piano, low profile, penyayang, ini memang takkan dapat.

so nak buat mcm mana? dah 3 kali tukar, tapi semuanya tak best.




maksudnya, kita kena BERSYUKUR. dah, full stop. jangan nak tukar2 mcm katy perry cakap.

buruk, tak comel, degil, ego, annoying, itu semua attirbute. it comes with the guy.

mcm kita nak beli kasut. cantik, lawa, mahal, tapi bile pakai, gile melecet 2 minggu. nak jalan kaki berdarah. nak buat mcm mana.



syukur jelah orang lain envy tengok kasut kita.

the truth about fathers

the truth about fathers.

mereka tidaklah sebagus mana. mereka hanyalah manusia biasa. mereka bukannya superhero yang kita fikirkan selama ini. mereka juga ada perasaan. mereka boleh menangis. mereka juga, tidak dilupakan, have their flaws that we might hate.

contohnya, mereka suka tengok porno.
atau, mereka pemalas bekerja.
atau, tidak mampu mengawal baran.
atau, kedekut.
atau, seorang yang kolot.
atau, ada kekasih sial.
atau, tidak pernah memberi pujian.


fathers, believe or not, are not perfect. like anybody else. they are just plain human. a man who happens to be a father.

but, to all daughthers out there, seburk-buruk mana pon perangai ayah mereka, the fathers will always be the number one man in their heart.


there is a saying, 'old as she was, she still misses her dad sometimes'.

so true, so fucking true.

Sunday, January 31, 2010

senyap

this time, i will be quiet.

takkan merengek, minta perhatian. takkan mengada minta dibelai. kerana hidup saya sudah ditulis kisahnya oleh tuhan.

perlu sentiasa kuat, tidak perlu menjadi terdesak. hidup ini indah untuk ditangisi.

(penuh dengan kek coklat, penuh dengan buku, penuh dengan kucing2 comel)

Sunday, January 24, 2010

perfection is REALLY overated.

setiap manusia itu dijadikan jodohnya.

and i really feel that jodoh saya adalah dengan en nasir.

kami suka gelakkan lawak yang sama. kami faham lawak2 kering komedi british. kami rasa vain itu lucu untuk sesetengah orang. kami suka sushi. kami tidak jakun.

tetapi, kami juga individu yang bebas untuk melakukan apa saja selagi tidak menyinggung perasaan yang seorang lagi.

tidak mahu menjawab telefon, tidak apa.
tidak mahu berjumpa setiap hari, tidak apa.
tidak mahu tengok wayang bersama, tidak apa.

tetapi kami rasakan pasangan kami adalah yang terbaik.

tidak sempurna, tetapi terbaik.

Monday, December 28, 2009

mungkin the grass is brown on the other side

kadang-kadang kita tak nampak berlian depan mata kita. yang kita nampak berlian celah kangkang orang.

janganlah nak mengamuk dengan statement 'celah kangkang' tu. saya ingin menunjukkan, bahawa, berlian tu, walaupun kat celah kangkang orang, tempat yang memang tersorok, kita boleh nampak. tapi, berlian depan mata, kita ingat tahi.

kata orang puteh, 'the grass IS always greener on the other side'.

the other side to, mungkin boleh ditafsirkan seperti merujuk kepada jiran sebelah rumah.
kita tengok rumah dia, bukan main cantik lagi, rumah kita buruk mcm rumah pondok.

the other side itu juga mungkin boleh merujuk kepada kawan kerja kita.
kita tengok pengaruh dia hebat je kat ofis tu, sekali cakap semua orang takut. kita cakap semua masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

the other side itu juga mungkin boleh merujuk kepada kawan kita yang belajar kat UK.
universiti dia hebat bukan main, universiti kita cikai je.



tapi yang selalu orang rujuk kepada 'the other side' ini, ialah pasangan orang lain.

'boyfriend dia baik, selalu belikan beg, kasut, baju'
'suami dia sporting, tak pernah marah kalau dia keluar dengan lelaki lain'
'girlfriend dia cool, tak pernah nak sibuk hal dia'
'isteri dia bagus, selalu masakkan makanan kegemaran dia'

pasangan kita mesti yang paling tak bagus.

'boyfriend i tu lembaplah, tak pernah faham i'
'suami kita tu garanglah, nak keluar dengan kawan-kawan pun dia tak kasi'
'girlfriend aku tu mengadalah, sikit-sikit nak tanya aku kat mana'
'my wife tu gemuklah. malu nak bawak dia keluar jalan.'


meh sini aku nak cakap sesuatu. kalau kau rasa partner kau tu paling hampeh, paling bongok, paling memalukan, paling membosankan, paling bodoh, TINGGALKAN DIA.




tak payah cuba untuk membaiki keadaan, sebab hubungan yang perlu dibaiki, sebenarnya tidak boleh dibaiki. there is no common way to mend a relationship.

yang penting, keikhlasan, ketulusan hati. kesabaran jiwa.

juga doa selalu kepada Tuhan.

Thursday, December 24, 2009

rawak yang random

kek cokelat kita nampak mcm kek keju. cadbury kita rasa mcm van houten. ferrari kita nampak mcm proton. bunga ros kita bau mcm bunga orkid.

semua deria rasa pun dah tak betul.

rasanya ni pasal tido tengahari bangun petang, tanpa cuci muka, terus pergi kerja.