Wednesday, September 23, 2009

raya 2009

the best thing about raya?

1. spending time with families yang dah lama tak jumpa.
2. eating nasi impit with kuah lodeh without the feeling of guilt creeping.
3. berlawan main bunga api dekat kampung tanpa ada jiran yang komplen.
4. cuti dari kerja.
5. snapping colourful and crazy pictures.

mungkin, mungkin, raya kali ini yang terbaik, walaupun duit raya lima ringgit je dapat, walaupun duit habis beratus untuk sedara/anak buah. kerana semuanya sederhana. tiada berlebihan, tiada kekurangan.

spending time dengan babah, priceless.
drove a camry, priceless.
shopping baju raya malam-malam dekat jalan tar dengan mama, priceless.

terima kasih tuhan untuk hidup yang seolah diberkati.

Thursday, September 17, 2009

entry sekejap

dah nak raya.

best pulak rasanya.

mercun, check.
baju raya, check.
kasut raya, check.
duit raya nak bagi sedara, check.

harap raya tahun ni meriah. dan penuh keharmonian.

selamat hari raya en nasir. sayang kamu.

Friday, August 28, 2009

2 jam panuh bermakna

kesesakan lalulintas di kuala lumpur/selangor adalah di tahap yang paling fakof.

1. pembinaan jalanraya amatlah tidak memikirkan masa depan. buat sekadar nak memuaskan komplen-komplen pengguna jalanraya. jalan dari 3, 4 lane, tetiba jadi 2 lane. kepala hatok kau. siapa yang ajar kau buat jalanraya? kau pergi sekolah tak? takde perancangan langsung. what usually took only 30 minutes, jadi 2 jam. 2 JAM?! ya tuhan, membazir masa. membazir tenaga. membazir minyak/duit. one word to describe this situation. bahalol.

2. pemandu suv/mpv ingat mereka kebal. bawak kereta macam bawak tank askar. nak main redah je. kalau boleh, divider jalan tu dia nak lalu. mereka ini juga tidak suka bagi signal. nak masuk lane, main masuk je. orang yang bawak kancil, motor jadi kesian. terpaksa mengelak dengan secara terkejut, tetiba sebelah ada kereta 'tank askar' nak cilok. bodoh betul.

3. tidak nampak batang hidong polis trafik. tak taulah mana mereka pergi, mungkin jaga trafik di kawasan perumahan, sambil mencari mangsa pau. tu yang kes 2 boleh berlaku, tiada pegawai enforcement untuk memantau. mereka ini tiba jika ada kemalangan. baru nampak batang hidong mereka yang penyek itu.

tiga di atas adalah perkara yang paling annoying ketika traffic jam. rasa nak nangis kalau stuck dalam traffic. MEMBAZIR MASA!!!

fakof.

Wednesday, August 26, 2009

Kisah cerita

Tadi ada kemalangan, bas dengan motor di kolej saya. Pagi-pagi dah dengar cerita pasal darah.

Boyfriend dan girlfriend, naik motor bersama. Lelaki itu nak hantar si kekasih hati pergi exam. Sudah terlewat. Nanti lecturer tak bagi masuk. Lecturer sekarang kan semuanya garang-garang. Tiba di selekoh yang memang berbahaya (series bahaya, semua orang pun tak paham kenapa jalan tu bongok macam tu). Mungkin si boyfriend itu kesiankan si kekasih hati sudah lewat, dia pun memecutlah motor itu. Tidak disangka bahawa satu bas besar muncul tanpa salam.

Sedih sebenarnya nak tulis tentang cerita ini.

Si lelaki putus kaki. Si perempuan terkoyak kulit sepanjang kaki.

Si pemandu bas itu, lari entah ke mana.

Kawan saya cakap, "Kalau tak kahwin tu, tak taulah".



Sedihkan.

Saya terbayangkan en nasir dengan saya melalui perkara yang sama.



Saya akan kahwin jugak dengan kamu en nasir.
Takde kaki ke, takde tangan ke, takda mata ke, saya tetap nak kahwin dengan kamu.

Harap kamu pun nak kahwin dengan saya...

Monday, August 24, 2009

cinta classic

rindu en nasir.

lama dah kami tak keluar, ronda-ronda kuala lumpor.

sekarang ni, yang kami sempat lakukan hanyalah keluar makan. tetapi saya tetap bersyukur.

sayang kamu en nasir.

Friday, August 21, 2009

r a m a d h a n

owh, sudah mahu puasa!

seronok rasanya, walaupun saya terlampau sibuk sampaikan perasaan tibanya bulan ramadhan bukan macam dulu lagi.

tetapi, perasaan saya itu tiada maknanya, kerana bulan ramadhan itu sendiri terlampau mulia, tersangatlah suci sampaikan manusia bersifat macam setan/hantu pun boleh jadi baik dalam bulan ramadhan ni.

jadi, selamat berpuasa!

semoga amal ibadat semakin bertambah.

Thursday, August 20, 2009

topik lama

mungkin topik ini sudah basi, tetapi saya terasa untuk berkata sesuatu.

perginya yasmin ahmad memang benar satu kerugian.

mungkin ada yang tidak 'gemar' dengan karya-karya dia; mungkin sedikit terbuka, adegan peluk-memeluk, adegan menari tango memakai kain pelekat, percintaan gadis melayu dan lelaki cina, perempuan botak.

tidak logik, kata mereka.

tetapi, kita harus ingat, bahawa yasmin adalah seorang yang tersangatlah mendalam hatinya, jiwa dia begitu halus. obsesi dia terhadap cinta, kasih-sayang amatlah tinggi, mungkin sehingga tahap yang difikirkan orang luar 'tidak berkisar tentang realiti'.

kerana, jika dilihatkan sekarang, ibu tunggal sudah banyak, ayah-ayah sudah tidak boleh diharap, anak-anak kaki pukul ibu bapa, dan banyak lagi perkara-perkara ganas/kasar/kurang sopan yang berlaku di dunia sekarang.

dan itulah realitinya, bukan kasih sayang...

dan 'kita' inginkan realiti, seperti 'akademi fantasia', 'anak wayang', 'pilih kasih'.



dan itulah yang membuatkan 'kita' tidak dapat menerima cerita-cerita yasmin, yang 'mengarut', 'merepek', 'ridiculous'.

tetapi, apakah yang sangat merepek dengan kasih sayang?
apakah yang tidak merepeknya dengan kisah cinta remaja-enjoy-clubbing-keluarga-tak-kisah?

rasanya, 'kita' yang merepek, mengarut, ridiculous, kerana untuk kisah cinta yang tidak menepati standard 'realiti' yang 'kita' sendiri tetapkan, kita katakan yasmin ahmad itu bukan sesiapa.

'kita' label dia sebagai liberal (?), extremist (?), bukan melayu sebenar (?).

sedar kah 'kita', 'kita' sebenarnya secara tidak langsung menyokong perlakuan-perlakuan buruk yang terjadi di dunia ini?

siti nurhaliza bercinta dengan suami orang, takda hal.
anak-anak muda bergambar lucah, takda hal.
suami ceraikan isteri kemudian kahwin dalam sekelip mata, takda hal.

itukan semuanya realiti? jadi, kita bolehlah terima.




kamu yang tak nak buka minda, buka fikiran, duduklah di takuk lama tu lagi. bila-bila pun tak maju. banjir kilat pun, masih nak duduk tak berganjak dari situ.



apa salahnya kita terbang sekali-sekala, hidup dalam fantasi, yang dunia ini akan menjadi lebih baik?