saya bercadang untuk menulis tentang manusia hebat, untuk mengingatkan saya, tiada apa yang tidak mampu dicapai, jika kita tetapkan diri.
i have decided to write about great people, to remind myself that there is nothing in this world that is impossible, if we set our mind to it.
kerana, saya seolah sudah putus asa untuk mencari matlamat hidup.
jadi kali ini, saya ingin menulis tentang charles bukowski.
seorang penulis juga seorang poet.
tidak lupa juga, seorang manusia yang tidak takut untuk menulis, mengatakan apa sahaja yang ingin dikatakan.
ada satu short stories yang ditulisnya, yang langsung bagi saya tidak masuk akal. yang tidak boleh pun sebenarnya untuk dimasukkan ke dalam akal, tetapi, beliau tuliskan juga.
betapa saya kagum dengan attitude itu.
kerana, saya seorang yang, berkira-kira untuk menulis begitu, apatah lagi bercakap tentang perkara yang tidak akan difahami oleh orang lain.
bukan takut, tetapi, saya fikir 'what's the point?'
memang, sebenarnya tiada point, seperti entri ini.
tetapi, penting, agar saya sedar, kapal saya dikemudikan saya, bukan orang lain. dikemudikan untuk saya. bukan orang lain.
mereka hanyalah penumpang, untuk ke destinasi tertentu.
mereka hanyalah pemerhati, adakah kapal ini akan berjaya ke destinasi.
mereka hanyalah pembuatnya, yang akan hilang setelah siapnya kapal ini.
dan, at the end of the day, yang tinggal, hanyalah saya, stirring my ship, untuk ke destinasi lain, bertemu dengan mereka yang lain.
dan memang itulah yang dipercayai oleh bukowski.
dia nak mabuk, hal dia.
dia nak langgan pelacur, hal dia.
dia takda agama, hal dia.
(perkara di atas hanyalah persoalan retorik, tidak berkaitan dengan sesiapa, apatah lagi dengan en bukowski)
yang penting, beliau hidup untuk memuaskan hati sendiri.
dan begitu jugalah saya.
insyallah.
No comments:
Post a Comment