Sunday, January 25, 2009

tekan menekan

apakah aktiviti membuang masa saya sekarang?

bermain pet society di facebook.

marilah, bermain dengan saya.

dapatlah membantu saya dalam melarikan diri dari kerja saya.





saya seperti penat untuk menjadi tutor lagi. terasa seperti ingin berhenti. ingin sahaja saya bekerja di kinokuniya, tetapi, kedengaran bahawa kerja di situ lagi stressful.

tertekan dengan kerja mendidik ini.

ingin melihat pelajar semua berjaya. ingin melihat pelajar mempelajari ilmu hidup.

tetapi, kebanyakan dari mereka, seperti tidak kisah, asalkan dapat lulus dalam ujian.




tetapi, dahulu, saya ada seorang pengetua, who is brilliant.

tetapi, ketika beliau mula-mula masuk menggantikan pengetua kami yang terdahulu, yang seorang penyayang, mengamalkan cara didikan 'keluarga', beliau tidak digemari ramai. boleh dikatakan, semua pelajar tidak suka akan beliau, kerana beliau telah mengamalkan didikan yang 180 darjah berbeza. military style.

bayangkan, kami diajar didikan 'keluarga', kemudian terpaksa, dalam sekelip mata disuruh mengamalkan cara didikan tentera.

terdapatlah beberapa pelajar yang berjumpa dengan timbalan pengetua yang dahulunya mengamalkan didikan 'keluarga', bercerita tentang mereka seolah tertekan. stress.





cuba teka apa jawapan pengetua saya setelah diberitahu bahawa ramai pelajar tertekan?

'macam mana boleh tertekan? siapa yang tekan kamu?'

hahahaha, satu dewan gelak. tidak kurang juga dengan mereka yang malas nak faham.



memang betul. siapa yang tekan kita? tiada siapa. kita sebenarnya yang menekan diri sendiri.

sebab itu, sampai sekarang, saya akan melakukan aktiviti-aktiviti yang saya suka setelah berpenat bekerja.

tidak mahu menekan diri sendiri.

yang penting, kita harus pandai membahagi masa.




sebab itu, saya akan bermain dengan Apple, binatang peliharaan saya.

nak pergi main lagi!

No comments: