Monday, March 2, 2009

weekend lalu

jumaat.

pada mulanya, en lecturer saya mengatakan ingin berjumpa dengan saya pada hari jumaat itu, untuk memeriksa bersama paper mid term student, tetapi, dengan alasan beliau mempunyai banyak assignment untuk dilaksanakan (beliau mengambil phd di um), saya terpaksa memeriksa kesemuanya. kami tidak berjumpa pagi itu. lalu, acik mengajak saya untuk ke pasar keramat, untuk mencari bahan-bahan memasak untuk majlis makan-makan bersempena harijadi en nasir.

kami telah membeli daging batang pinang (baru saya tahu tenderloin itu maksudnya), tulang, sayur, juga buah betik.

acik dan saya juga telah ke max value, mencari fruit koktel, serta susu sejat, untuk membuat agar-agar.

sabtu.

pagi, telah menyediakan agar-agar bersama acik. kemudian saya bersiap untuk ke um, mengambil kertas peperiksaan mid term yang perlu saya periksa. pulang, saya bersiap pula untuk bermain futsal. perancangan awal, ingin bermain pada pukul 11, tetapi, kerana semua nya lambat, kami telah menukarnya kepada pukul 12.

selesai, saya terus ke max value bersama fifi, untuk membeli kordial air.

tiba di rumah, kelihatan acik sudah mengemas sedikit rumah saya yang bersepah itu. melly, mun juga sudah tiba dari tempat futsal. mereka mandi, sementara saya menyediakan air. kelamkabut, kerana en nasir akan tiba beberapa minit lagi.

pukul 1.30, en nasir tiba dengan apis, midi, akim serta am. saya pula terpaksa meninggal kan mereka kerana ingin mandi. mun dan melly membantu acik menyiapkan meja.

the lunch was great, sebab it was small, and very intimate. alhamdulillah, semua nya berjalan lancar.

ahad.

saya, fifi, en nasir, nana, pdax dan nini, kawan nana, telah ke soho, kononnya mengikut kata melly, terdapat bazaar menjual barangan vintage, dan saya memang betul-betul ingin mencari beg vintage.

tetapi, kecewa, kerana tiada apa di situ. nampaknya, berita yang kami dengar dari melly, adalah tidak benar.

memandangkan tiada apa di sana, saya dan en nasir ke mid valley untuk mencari cincin merisik dan tunang.

sebelum itu, saya telah bertanya kepada leanne, di manakah dia membeli cincin tunang, dan dia menyatakan telah membeli di diamnond and platinum di mid valley.

lalu kami juga telah ke sana.

alhamdulillah, selesai juga mencari cincin. lepas ni nak cari cincin kahwin pulak.



aduhai, weekend yang bagus, tetapi, realitinya, saya ada banyak kerja.

No comments: