saya ada satu sindrom.
sindrom cakap sorang-sorang.
tapi, saya bukan setakat bercakap sorang-sorang mcm orang gila kat bukit bintang tu (not that there is anything wrong with them. mereka juga manusia). percakapan saya itu akan selalunya 99% tentang 'perbualan konon-konon yang akan saya jalankan bersama manusia-manusia lain di dunia ini'.
contoh pertama.
scene : bergaduh dengan mama
dialog fantasi: "bukannya ema suka nak melawan, tetapi ema harap mama layan ema mcm manusia"
dialog sebenar : *diam*
contoh kedua.
scene : bergaduh dengan en nasir
dialog fantasi: "saya paham kalau kamu nak cari perempuan lain. saya tahu ramai lagi perempuan kat ofis kamu yang cantik-cantik"
dialog sebenar : "saya paham kalau kamu nak cari perempuan lain. saya tahu ramai lagi perempuan kat ofis kamu yang cantik-cantik"
contoh ketiga.
scene : bertanya tentang cek di bendahari um
dialog fantasi: "saya rasa saya tak perlu untuk buat surat, kerana cek itu hilang dalam jagaan kamu, bukan saya"
dialog sebenar : "terima kasih"
contoh keempat.
scene : menelefon PLUS bertanya tentang kesesakan jalan
dialog fantasi: "en, saya di rawang sekarang, baru pulang dari penang. kenapa sesak ye en?"
dialog sebenar : "kenapa ye jalan di rawang ni jem?"
dan banyak lagi kata-kata untuk perbualan dalam fikiran saya ini.
kadang-kadang terasa tak nak dah berfikir, sebab penat.
tetapi, itu diri saya.
dan kita manusia, semuanya unik.
tidak sama tidak semestinya perlu dibenci.
seperti kembar tidak semestinya bahagia sentiasa.
harap maklum.
No comments:
Post a Comment