Monday, April 27, 2009

bagaimana?

"semua orang happy kalau kita dapat baby kan" - sahabat baik saya

kami ketika itu sedang melawat kawan-kawan kami yang baru sahaja melahirkan anak. tumpang gembira sekali.
comel-comel belaka semuanya.

satu baby girl, satu baby boy.

mama baby-baby itu semuanya kecik-kecik je orangnya.

bertambahlah comel.


dan memang benar kata-kata sahabat saya di atas itu.
keluarga, kawan-kawan, suami, semuanya akan lebih menyayangi kita kalau kita melahirkan anak.
tambahan lagi kalau anak tu anak pertama, cucu pertama.


hurm, tetapi, bagaimana kita sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat baby?


1. mak kita akan asyik mencari remedy untuk kita senang mengandung
2. mak mertua akan asyik mencari remedy untuk kita senang mengandung
3. mak cik akan asyik mencari remedy untuk kita senang mengandung
4. kawan-kawan akan berbual di belakang kita, kononnya mereka tahu apa masalah kita
5. adik-beradik akan cuba memberi kata-kata semangat tanpa mengetahui cerita sebenar
6. jiran-jiran akan sibuk bertanya mak kita, kononnya mereka tahu apa masalah kita

*berfikir dalam-dalam*

bagaimana ye, untuk menghadapi masalah itu?



mungkin tuhan akan membantu.

*senyum positif*

No comments: