Wednesday, April 29, 2009

berlian kah sahabat baik perempuan?

selasa lepas (semalam), saya ke rumah lizard untuk menyambut harijadi anaknya yang pertama.
setahun dah budak tu. alhamdulillah, hakimi sihat.

baayah, abo, dan leanne pun ada.

entah kenapa, waktu satu jam setengah itu seolah kebebasan, kepuasan.
mungkin kerana kami sudah lama tidak keluar bersama (walaupun sabtu lepas baru jumpa).

saya memang rindu dengan kawan-kawan saya.
rindu nak gelak kuat-kuat, dan semalam saya gelak tak ingat dunia, cuma perlu sedikit perlahan dari biasa, kerana ramai saudara-mara lizard di sana.

nevertheless, liberating, satisfying.


bilalah agaknya kami boleh bergelak beramai-ramai lagi, kerana semalam, tidak ramai yang dapat hadir.
nak jumpa lidot, elle, joe, cha, zess, abo, leanne, baayah, azi (nama baru jiejah), awin, pew-pew, ty, wawa, jammy.

nak gosip, nak mengadu, nak cerita, nak gelak, nak mengutuk (sesama sendiri), nak nasihat.


I REFUSE TO ACCEPT THE FACT THAT DIAMONDS ARE GIRL'S BEST FRIEND.

alhamdulillah, tuhan bagi saya rakan-rakan yang saya tahu akan sentiasa di sebelah saya mengharungi hari.

No comments: