listened to sheila majid's lagenda.
Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa
Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri
ye, memang benar, kehilangan seseorang itu tidak boleh diganti, walaupun wujudnya peribahasa, 'patah tumbuh hilang berganti'.
kehilangan ibu, ibu baru tidak sama.
kehilangan adik, adik angkat tidak sama.
kehilangan kekasih, buah hati baru tidak sama.
kehilangan kucing, anak kucing yang baru tidak sama.
walaupun ibu baru kita baik mcm malaikat.
walaupun adik angkat kita perangai mcm adik kita.
walaupun buah hati baru suka nyanyi lagu yang kekasih kita suka.
walaupun anak kucing baru manja mcm kucing kita.
dan ianya menyedihkan, apabila kita sedar realiti, bahawa benda yang hilang tidak boleh diganti. seolah hidup ini tidak adil, kerana kehilangan itu lah satunya perkara yang kita tidak boleh kawal dalam hidup ini.
bayangkan ibu, adik, kekasih, kucing kita hilang dari sisi.
satu ketakutan yang tiada orang nak admit, kerana kita bayangkan bahawa kita sentiasa boleh ganti yang hilang.
tidak boleh, percayalah.
No comments:
Post a Comment