dua jam menunggu.
bayangkan, dua jam kami menunggu fifi dan mama pulang dari jeddah. berdiri, berjalan-jalan, bersila atas lantai, pergi tandas lap mata.
mereka sudah tiba pukul satu, mengikut jadual, tetapi, untuk bagasi serta air zam-zam, sedikit lama. tetapi, untuk apa merungut. mereka sudah tiba, alhamdulillah, dengan selamat. cuma, fifi dan mama sedikit tidak sihat, mungkin kerana cuaca kering di sana, menyebabkan mereka selsema dan pening-pening.
tiba je di rumah, saya bantai tidur, memandangkan dari di klia lagi saya asyik menguap.
akhirnya, ayah saya pulang, hanya mampu bersalaman sahaja.
mau mendengar cerita dari fifi pengalaman ke sana, tak sabar.
No comments:
Post a Comment