two three cat run,
where the same like stripe cat,
two three can find,
where the same like you.
maafkan bahasa melayu-terjemahan-terus-inggeris saya
betul, takda yang sama dengan apa yang saya ada.
keluarga hebat. habiskan duit rm11 tengok jangan pandang belakang congkak, tapi gelak kau-kau, walaupun lawak bodoh 'yo, yo, bro'. pastu pergi lepak, habiskan lagi duit minum-minum, sampai pukul 3 pagi. ye, kami lame.
kekasih jiwa hebat. tak nak orang lain. tak nak brad pitt, tak nak jit murad, tak nak johnny depp, tak nak keith richards. nak dia jugak. kami nak tonton oasis sesama. ye, kami rock and roll.
kawan-kawan hebat. eventhough, for the time being, kami semua sedikit sibuk dengan dunia masing-masing, which is totally understandable, as we are only human. tetapi kami masih mempunyai sejarah bersama yang masih relevan. dan kami mahu beranak cepat-cepat. ye, kami kolot.
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang.
kita semua ada kisah hidup, sejarah yang lain-lain.
makcik yang duduk depan kita kat chili's dan pandang nak jeling. walaupun annoying tahap langit, dia mungkin baru lepas mengetahui yang suaminya ada awek muda-layak-jadi-anak. mungkin pakcik rambut putih yang pandang kita tapi sebenarnya nak pandang buah dada kita, ada anak mcm setan, serupa dalam cerita gila-gila remaja. budak sekolah menengah yang pakai skinny purple, gaya jalan mcm dia sorang je kuat dalam dunia ni, mungkin baru lepas kena belasah dengan ayah sendiri.
jadi, tidak perlulah kita asyik nak marah, nak rasa annoyed. kita pun bukannya bagus sangat.
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang.
betul, semua manusia ada traits mereka yang tersendiri. kita hanyalah manusia, bukan tuhan. kita tidak perfect. kita penuh dengan kelemahan.
tetapi, little imperfections itulah yang buat kita sayangkan mereka semua.
No comments:
Post a Comment