Tuesday, January 11, 2011

kisah cinta

"you know you are in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dream" - dr seuss

dr seuss or his real name, theodor seuss geisel, was an american writer and cartoonist most famously known for 'the cat in the hat' and 'horton hears a who'.


for somebody who writes children book, he was a very clever man.



baru saya tahu kenapa sekarang saya suka berborak malam-malam dengan en nasir. I AM IN LOVE. which i know sounds funny, sebab dah berapa bulan dah saya berkahwin dengan en nasir. orang kata, "tak pueh-pueh ke mengadap muka dia?"

tapi, saya rasa every second not talking to him or texting him is every second wasted. rasa rugi tak bercakap dengan dia.

plus, we have so many things in common, or maybe we became accustomed to one another that sometimes, we finishes each other's sentences. we laugh at the same silly things. we like to discuss articles that we read in blogs (we are a big fan of TTGB, HilangPunca, TukarTiub). we both love sushi. kami suka dengar hot x fm. and another thing that i really appreciate of him is his liking to reading.

...

tetiba tertengok cerita korea.
rasa nak marah, sebab ada watak suami dalam cerita ni, dah kahwin, ada anak, nak bercerai dengan isteri, sebab ada girlfriend lain.

what the fuck?

memang, saya tak faham perasaan orang yang terbabit. si isteri, si suami, si girlfriend, saya memang tak tahu situasi mereka. semua ada cerita hidup masing-masing. sama mcm rasuah. kita tak tahu apa yang kita akan buat, kalau dioffer 1 juta untuk 'tolong' mereka menang tender.
we might say that this people are irresponsible, tapi, kita tak tahu kisah mereka.

saya harap saya tidak akan berada dalam mana-mana situasi di atas.

...

harap saya dan en nasir kekal bahagia bersama.

Friday, January 7, 2011

classical mom

nak tau betapa classicalnya mak saya?

bila dia tgk tivi, nampak muka jay-z the rapper, dia cakap,

'ni bapak beyonce eh?'



hehe, you are a wonderful mother. tapi, serious, this is classical. nak gelak kuat, tapi terpaksa control, takut mama ingat ema nak ejek mama.

Wednesday, January 5, 2011

gila (?)

someone had told me that i am being childish, throwing tantrums everytime i do not get things my way.

so?

what is the problem if i acted like a child, quote, sikit-sikit nak mengamuk, macam budak-budak?

for your information (not that anyone is asking), saya bukan minah belia, yang suka bepersatuan, pergi seminar ni, seminar tu, pakai baju batik, kasut tinggi bukan main, jual brooch, konon kau la yang paling ramai koneksyen, paling ramai kawan kerja gomen. tapi bila tanya sape Timbalan Menteri Kewangan, kau jawab Anwar Ibrahim.

saya suka nak jadi budak, yang masih ada angan-angan nak tinggal kat UK, kerja kutip strawberry, kumpul duit kemudian bukak kedai buku di malaysia (sbb malaysia kekurangan kedai buku kecik-kecik yang org boleh relak dan lepak).

saya adalah seorang manusia biasa, yang ada sifat-sifat tersendiri, salah satunya, senang jadi gila.

mama tahu saya gila, nana, fidah, fifi, acik, babah semua tahu saya gila. saya je yang tak tahu diri sendiri gila.



tapi saya dah tahu dah sekarang, fakta itu. saya harap suami saya pon tahu fakta tu. kalau tak boleh terima, saya tak boleh nak ckp apa.

self-loathing

i have always been a cry-baby.

sikit-sikit nak nangis. mama cakap cengeng. kena marah sikit, nangis, menjerit meraung mcm org kena dera. mungkin kesan daripada diri saya yang sungguh sensitif. cepat nak sedih, nak drama fikir diri saya seorang je yang ada masalah. kalau boleh nak mama dengar je cakap saya. dengan adik-adik semua nak marah. sebab fikir diorang adik, apa-apa pon diorang kena ikot cakap, kalau tak ikot, geram, terasa mcm depa tak hormat kita.

bila dh besar, dah masuk asrama, jumpa geng-geng yang best. alhamdulillah, for those five years kat asrama tu, i had fun. sensitif still ada, tapi dh kurang. mana nak ada time nak sensitif-sensitif ni, kalau tiap-tiap hari dok gelak kuat-kuat tak kira masa sampai org menyampahlah dgn kitorang.

masuk upm plak, hidup dh steady sikit. dh takde nak perhatian sangat dr org. mungkin saya masa tu study course yang saya suka, so, takdelah nak layan sangat perasaan sensitif ni, and besides, i am genuinely nice (walaupun org ingat saya garang nak mampos), so saya berkawan dgn semua org. jadi, takdelah masalah sangat. isnin - jumaat, kelas. sabtu ahad balik rumah, lepak. i had a really calm life time ni.

and now, i am married. to a really wonderful person, who like all of us, is no saint.

first of all, let me explain one thing about myself. saya adalah org yang sangat inginkan perhatian.

kalau mengikut Urban Dictionary,
Attention Seeker: someone who engages in crying/fake drunkness/tantrums/telling you they're depresssed but not saying anymore/poking you repeatedly in the hope that you fall in love with them and give them an ego trip. Often found in Drama/Dance/Expressive Arts classes up and down the country. Almost always Female.

not that i-am-an-artist-so-u-better-write-about-me-in-your-paper kind of attention. saya tak suka attention yang celebrate myself. saya malu. saya rasa saya tak layak untuk diraikan. i am just another creation of Allah.

tapi saya maukan perhatian kasih sayang. i need it. i want it. i live for it.

bodohkan? nak perhatian kasih sayang. baik mintak kereta ke, rumah sebuah dua buah ke, komputer mac ke. emas ke, diamond ke.

tapi, betul, biarlah miskin mana pon saya, kalau saya ada lampu genie, saya akan mintak perhatian kasih sayang.

and i would do crazy stupid things just to get it.

jadi, bila saya sudah berkahwin, saya nak perhatian dari suami saya. saya nak. saya nak. saya nak. i might come across as selfish, tapi itu saja yang saya mintak. saya nak kalau saya nangis, suami saya pujuk. bila saya mengamuk, suami saya pujuk. bila saya ada masalah, suami saya tolong dengar.

dan bila saya tak dapat itu semua, saya jadi gile. saya mengamuk. saya menangis.

cuma sekarang, saya dah bukan seorang yang pendendam. dulu ye. saya dendam dengan mama, dengan semua. sekarang, saya dh tua, dh penat. and i know how stupid it is to be resentful. how mentally draining to resent someone else. jadi, saya sudah bukan seorang yang pendendam. tapi masih seorang yang ingin kan perhatian.

saya masih ingat, in the process saya nakkan perhatian ni, ramai dah orang yang saya sayang yang saya dah sakitkan. and they are still here, melayan saya.

alhamdulillah for all of them.

doa untuk tahun 2011: semoga saya dimurahkan rezeki, bahagia selalu, dikurniakan cahaya mata yang sihat-sihat, kesihatan yang bagus serta dikurangkan sifat gile saya.

Thursday, December 30, 2010

happy reads

i have always like to read.

(please note that this entry bukan untuk menwar-warkan minat membaca saya)

dalam kereta nak balik kampung, dengan empat orang duduk di bahagian belakang, keadaan sempit mempit.
dalam perhimpunan sekolah, konon-konon mendengar ucapan pengetua.
ketika dalam komuter, pulang dari upm, selepas kelas.
dalam bas untuk ke komuter, pulang dari kelas, nak balik rumah.
tengah melabur dalam bilik air pon, kadang-kadang.

so, you can imagine my enthusiasm and excitement, downloading new malaysian essay 3, in my office, with works need to be finished before 5.15 pm.

berdebar tau tunggu dia siap download. nak buka file pon berdebar. until now, i haven't got the chance to read it. tapi amir muhammad (what a genius) ada tulis gists of the stories here.

ps: will get back to reading as soon as i finished playing cityville. ciao bella.

What a

SNAZZY TEAM!

it has been a while since we felt very very proud of our national football team.
and kita dapat cuti!



anda telah berjaya membuatkan lelaki berpunggung besar seksi, terima kasih.

Thursday, December 23, 2010

mencari rumah

currently, en nasir and i are looking for a house.

it is a tough thing to do, finding a house. kena fikir banyak benda. contoh, lokasi. sekarang, we both are working in kl, so finding something that is near kl is good. but, we both know that the price for a house in kl is over the roof for people like us. so, we opt for something near. we are open for options in kajang, rawang, selayang. and we have found severals, cuma sekarang nak kena tengok the real location mcm mana.

another thing to think about is the price. darlings, if price is no object, (imagine marrying a wealthy), i would buy a house not only here in ampang, tapi kat london satu i beli tau. tapi, let us be real. a new house in taman tar would cost you half a million, goddammit. saya sedar diri, saya tak mampu. so, kita kurangkan sikit kepada half a half a million.

kemudian, kita kena fikir jenis kediaman. ada banyak pilihan, condo, banglo, apartment, terrace. kalau kita suka privacy dan suka kemewahan, i think condo would be great. better than apartment, sebab the building will be properly maintained from time to time (kata dah bayar mahal-mahal) tapi memandangkan we want to start a family, we choose to buy a terrace house instead.

then, kena ambik kira size dan layout. besar, kecik sederhana. dua tingkat, satu tingkat. berapa bilik? berapa bilik air? porch besar mana? semua kena sesuai dengan citarasa masing2. kalau boleh, i want a house that i don't have to do alot of renovation in the future, so the layout is important. where is the kitchen? where is the dining room? this two room are the most important for me. keluarga saya suka melepak di dining room. jadi, ini prioriti.


insyallah, tahun depan we would have our own house, yahoo!

Monday, December 13, 2010

alhamdulillah

i dreamt of being happily old with my dearest husband.

dulu, when i was a single girl, selepas beberapa sad break up, and thinking to myself, i would never get married; saya ditakdirkan untuk menjadi perempuan single sampai kiamat, dan bertemu dengan jodoh di dunia yang lagi satu, (ok, saya tipu, saya tak pernah tahu yang kita akan bertemu jodoh di dunia yang lagi satu sekiranya kita tak bertemu jodoh di dunia ini), saya tak pernah terfikir samada saya akan bahagia bertemu jodoh atau murung sampai mati. never have i thought about marriage. yang saya tahu, saya cukup dengan hidup saya, tiada boyfriend apatah lagi potential husband.

saya tidak merungut tentang hidup single; saya perlukan untuk hidup single, enjoying life dengan my sisters and friends. saya rasa itu adalah perkara terbaik, membuatkan saya lebih matang.

seriously, those breakups are the best thing that could ever happen in my life.

saya sedar, segala kesedihan, segala jalan cerita saya sebelum ini, hanyalah supaya saya bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan en nasir. i would be a great stupid bad-tempered person kalau saya tak menempuh segala suka duka itu.

alhamdulillah, saya harap saya mati bahagia dengan en nasir. with our future children.

insyallah.

Saturday, December 11, 2010

that selfish bastard

that selfish bastard. i could kill him.


but not you brad. you are one basterd i would like to have.

things we let go after getting married

walaupun ada sesetengah orang cakap, and i quote, 'tak semestinya dah kahwin kita kena berkorban' or 'married life is as interesting as single life' or 'tak salah kita berkorban demi keluarga'.

and i would say, good for you guys who feel that way.

the truth to the matter is, MOSTLY dari kita yang sudah berkahwin, akan setuju, life is not that great the way we imagine it before we get married.

now, i am talking as a wife, not as the husband. sila jangan get offensive.

1. freedom. not just any freedom. freedom to do whatever we want, when we want it, where we want it. now, please, do. not. get. me. wrong. i love the unfreedom times here and there, tapi, kalau bangun pagi untuk makan pagi bersama, at 7 am, on WEEKENDS, now that is just plain annoying. darlings, weekend is the day to unwind, not have anything to conform to, to just relax. silalah faham. u may have all the energy in the world, selepas bekerja 5 hari seminggu dan masih lagi mempunyai semangat untuk bangun pagi untuk makan pagi, alhamdulillah. good for you. but not me. i am not full of energy. again. sila. faham.

2. money. not just any money. the money that i work hard for, 5 days a week, 8 hours a day. yes, now i am married, it is a noble thing kalau kita tolong husband kita dari segi kewangan. tapi, girls this century, we have to be smart and clever. kita kena ada simpanan, for those hopefully-never dark days. contoh hari-hari gelap yang boleh berlaku: perceraian, kematian suami, bencana alam, krisis keluarga, etc. orang melayu cakap, menabung untuk hari kecemasan. orang putih cakap, for rainy days. saya cakap, untuk hari celake. and, kita nak juga merasa beli benda2 indulgence, contoh: handbag, kasut, baju, seluar, perfume, etc. mungkin kita selalu dengar orang cakap, 'jangan membazir'. i would say to them, fuck off. i bust my ass everyday, working, kau boleh cakap 'jangan membazir'. kau ingat aku ni hamba ke? i. hope. u. die.

3. perhatian. not just any perhatian. perhatian dari seorang lelaki. now, i am not complaining. en nasir is doing his best in making me feel loved. duh, he even bought me roti gula keras 5 bungkus. (thank u so much for that). tapi, that is not enough. buying things is not enough. kelakuan kena selari dengan percakapan. walk the talk. talk the walk. kalau kita selalu dengar, 'i love you' tapi kita tahu dia dok melayan perempuan lain, those beautiful 3 words do not mean a thing. kalau dia selalu bagi kita roses, tapi tak pernah ucapkan dia sayang kita, macam mana kita tahu dia sayang kita? so, walk and talk kena selari. dua2 kena ada. kena ucap, kena buat. nak mintak kat lelaki lain, itu sudah nusyuz.

4. fun. not just any fun. the kind of fun that we both love. tapi, seriously, kalau kita dah kurang gelak, wtf? lepas kahwin kena kurang gelak ke? kena jadi serious ke? if that's the case, then i think marriage is the best thing to get kalau nak mati cepat. mati kebosanan. i envy those married couples who laugh all the time and talk all the time with each other as if they have no problems in their mind. dulu, saya dengan en nasir selalu nyanyi sama, tengok tivi sama, pergi jalan sama, shopping sama. but now, he seems to be tired ALL the time. weekend pon penat, weekdays lagilah penat. so, no more fun for us.


these are four things that i think i have let go after geting married.

i know it seems like i am complaining all the way, tapi, sila faham bahawa kesabaran saya sudah 90% habis, and i think COMPLAINING is the way to get it out off my chest. kalau pendam, konon bersabar, saya takut one day i will explode. so, let me put it all here before i do some more damage to the marriage, which i think is on the verge of dying.

please. do not judge me.

Friday, December 10, 2010

bookstock


jumaat lepas, saya mengajak en nasir untuk ke silverfish di bangsar. i thought it would be great to go there as i have never been there before. sebelum ini, saya hanya mendengar/membaca tentang kedai buku ini. daripada apa yang saya dengar/baca, ianya adalah haven for booklover. saya juga mengajak fifi dan ain, as ain pon boleh dikategorikan sebagai booklover. it was a booklover's night out, hehe.

anyway, we found it to be closed that night. tak taulah kalau awal muharam depa cuti ke, atau depa memang tutup awal. how dissapointing! and then, yesterday, en nasir tunjuk saya poster di atas dalam ipod dia.

wow! a bookstock! we have to go! - notice all those exclamation marks. mind you that i acted really unexcitedly about this event depan en nasir. buat-buat tak berminat. yang bestnya, ada silverfish. not only that, ada banyak lagi publisher, bookstores yang best-best. we definitely have to go, right.

anyhow, kalau nak tahu lebih lanjut, klik Bookstock.

angan

I miss being in love.

I miss the whole feeling of talking in the phone at night, sampai tertido. Planning to go on a date, nak bersiap, making sure that I look pretty. I miss the feeling of insecurities, wondering if I am nice enough for him. Saya rindu nak merindu. I miss wondering if the relation would ever go sour.

Saya rindu.
Nak jatuh cinta.
Nak rasa macam orang muda bercinta.

I miss being in love.

Thursday, December 9, 2010

boring

I am bored to death. Seriously. Kebosanan yang boleh membawa mati. Never have I felt this bored in my life. I think dengar ceramah time sekolah dulu lagi seronok.

Now I understand people who do crazy things. They are just bored.

Wednesday, December 8, 2010

fantasies

I am married, I know.

But is it wrong to have fantasies about other man? I know that men who are married do have fantasies about other women. They even go beyond the boundary and act out their dirty fantasies with the other women. Not that I care about their stupid choices anyway, and this entry has got nothing to do with men and their fantasies or women who are now equal as men, in so many level. This entry is about married women having fantasies about other men, for example, brad pitt, or closer-to-home pipiyapong. Or men, in general.

Is it ok, just to have the fantasies, without taking any steps in making the fantasies realities?

This is not specifically sexual fantasies. It is fantasies in general. Maybe drinking coffee, watching movies, riding bikes.

Mungkin ini akibat susah nak tido malam.

Tuesday, December 7, 2010

hidup sekarang

aktiviti semasa pantang:

1. masak sayur sawi, sedap wo.
2. keluar malam2, jalan2 dengan en nasir, dengan dimarahi mama.
3. tengok aktiviti kucing.
4. mimpi pelik2, menyampah plak.
5. rindu dengan en nasir bile en nasir pergi kerja.
6. menangis ingat perkara2 yang terjadi.
7. pergi kubur.

Friday, December 3, 2010

film-perfect

saya tak sempurna.

i am definitely far from perfect, but i would love to think that those around me are perfect, even if thay have their own flaws.

so, when they act out their imperfections, it really ticks me off.

i know it is a bit selfish, but i would really love it and appreciate it if you can fake it a little, only in front of me, to be perfect. and by perfect, i mean perfections according to me, of course.


two super-perfect people

can we ever be perfect like them? or do we first have to jump in a sea of imperfection and swim around for quite some time?

numb

Tiap-tiap malam, saya jadi emosional. Fikir perkara2 yang menyedihkan. Satu perkara in particular. The lost of my baby boy.

Entah kenapa, bila teringat dia, I became extremely sad, to the point of killing myself. Feeling worthless to keep living. As if there is no good reason for me to move on. No reason for being optimistic.

Walaupun ada beberapa perkara yang indah2 dlm hidup saya ( en nasir, buku2, lagu2, cerita di astro), saya masih berasa kosong. Jiwa saya kosong. Hati saya kosong. Fikiran saya kosong. Tiada perkara, pada ketika ini yang dapat menceriakan hidup saya.

I feel the need to torture myself, by slapping myself in the cheek, and then kicking myself. Kemudian, pukul kepala saya beberapa kali sebelum meneruskan penderaan dengan menembak diri sendiri.

Saya perlu untuk merasa segala seksaan, sebelum saya dapat maafkan diri saya sendiri.

Life is too complicated for me right now. I just need to feel tortured to ever feel again.

Tuesday, November 30, 2010

sunyi

Pernah tak kau rasa sunyi walaupun kau berada di kalangan kawan2, keluarga?

Walaupun aku tidur sebelah suami terbaik, aku rasa mcm aku kena berperang seorang diri.

air mata malam

Saya nak mati, sekarang jugak. Tapi sebagai umat islam yang telah ditentukan qada' dan qadarnya, itu adalah bukan bidang kuasa saya.
Bunuh diri? Saya tidak segila itu, belum lagi. Bunuh orang lain yang menjengkelkan? Hampir.

Yang saya tahu, saya dah penat. Saya nak lari jauh2, hidup kat dunia lain.
Memang, semua orang cakap seolah-olah mereka mahukan yanh terbaik untuk saya.

Habis tu, kau ingat aku tak nak yang terbaik untuk aku? Kau ingat aku nak perkara buruk2 berlaku kat aku? Kau ingat aku doa siang malam mintak kat tuhan supaya turunkan bala kat aku?

Saya bukan optimist nor a pessimist. Saya hanya menjadi diri saya. Kalau saya rasa suatu situasi itu memerlukan untuk berasa positif dan saya mampu untuk berfikir positif, saya positif. Kalau tidak, saya negatif. Perasaan ini tidak boleh dipujuk, apatah lagi selepas melihat di skrin baby kita sudah tidak berdegup jantungnya...

Sedih, tahu tak. Kau nampak aku mungkin mcm biasa, kuat mengharungi dugaan tuhan, tapi realitinya, aku lemah. Tuhan je yang tahu betapa strugglenya aku untuk kekalkan kewarasan aku. So, stop being so fucking concern, bile sebelum ni kau tak pernah kisah aku sarapan pagi atau tidak.

Semoga Allah pelihara roh kamu. Tunggu mama kat syurga tau.

mesej terhebat

'Saya tak tau sama ader kamu tak tau atau sudah tau atau wat tak tau. Saya nak kamu tau jugak. Saya amat suka sama kamu sebenarnya. Nak cakap verbal mmg automatic saya jadi gagap la. So saya sent ini msg la. Suka kat kamu dah jadi lain mcm sikit sekarang. Dia punya perisa tak sama dgn perisa saya suka kat apis ka pais, beypig, hakim ka sapa2. Atau perisa vanila, epal mahupun perisa tiruan. saya just nak jadi jantan jujur and tak tipu diri saya. Sekian terima kasih. Harap maklum.

P/S Asal budak banyak cakap mcm saya akan jadi gagap dalam keadaan yang tak sepatutnya.. Hahhahahha dam saya penakot rupanya like a pig. Hahhahha.'




Mesej yang saya paling suka sekali dalam hidup saya selama 26 tahun ni.

En Nasir, maaf, mesej ini terlampau memberikan angan-angan indah kepada saya, that i feel like i am being selfish kalau tak share kepada dunia lain. Maaf kalau kamu rasa segan.