Saturday, May 16, 2009

kebabom

meletop.

perkataan yang sekarang ini menjadi pilihan en nasir serta kawan-kawannya.

nampak perempuan cantik sikit, meletop.
air sedap, meletop.
lelaki tough, meletop.
roti canai enak, meletop.

even lelaki-lelaki lembut yang dilihat pun, meletop.



tapi, memang kelakar, if you spend 2 hours at a food court, dan setiap lima minit, perkataan itu terkeluar dari mulut.

juga, cara yang bagus untuk melupakan segala masalah dunia.

perang pun lupa.
baju dah tak muat pun lupa.
duit takda pun lupa.
girlfriend lari pun lupa.
tudung siti pun lupa.
lagu mawi pun lupa.



saya cadangkan, gunalah perkataan meletop, walaupun di situasi yang tidak langsung sesuai, kerana, ketika itulah sebenarnya meletop itu patut digunakan.

cuma, berhati-hati, kerana meletop itu mungkin akan melekat sedikit lama dari yang kamu sangkakan.


ps : tengah dok guna perkataan meletop kat uptown tadi, nampak pulak huzz, si wartawan hiburan yang dikatakan oleh butterfingers dalam lagu mereka, dan memang geli hati, sebab perkataan meletop itu seakan sesuai untuk dia.

Thursday, May 14, 2009

aman tanpa nama

hippie.

ayah saya selalu menggelar saya begitu.

and frankly, memang saya suka dipanggil hippie.

walaupun saya bukanla definisi hippie yang sebenar, seperti tidak mencukur bulu ketiak, atau tidak suka memakai sarung buah dada (kecuali di rumah), juga menggunakan dadah psychedelic, saya masih mengatakan yang saya hippie at heart.



peace, no war.

Sunday, May 10, 2009

sedikit

saya dah tekad untuk tidak berperasaan.

bukan merajuk hati, tetapi sekadar untuk merasa di dalam kawalan.
tidak mahu hati ini dilukai, kerana tiada ubat dapat dibeli.

yang ada hanyalah mulut kekasih tersenyum memujuk, sambil jari runcingnya membelai rambut.

tetapi itu juga tidak dijual, sayang sekali,

tidak mengapa, hati dah dikunci.
duduk senyap-senyap dalam sangkar.

Tuesday, May 5, 2009

purple reign

ada satu benda yang saya kagum,



the colours are great. the functionality pun bagus, tak macam UHU stick. and the glue is really strong. but not THAT strong sampai boleh rosakkan material.

saya syorkan kamu beli lah scotch stick ni instead of uhu stick.

jom makan kueh apam

saya sudah kurang membaca blog bloggers yang lain, except for blog kepunyaan MelayuMinimalis.

entah kenapa, mungkin saya sudah sedikit sebanyak mempunyai kehidupan, berbanding dengan sebelum ini, yang asyik bangun tidur, online, makan, online, tidur.

blog MelayuMinimalis pula, tetap saya baca, because the blog is always entertaining, with a splash of humour, a dash of colours, a touch of seriousness, and full of information.

(walaupun information remeh seperti call girls sekarang akan selalu disuruh berposing pelik untuk diambil gambar)




dan, mungkin juga saya sekarang seperti sudah kembali kepada lifestyle saya dahulu, suka membaca ketika masa lapang.




and yes, reading books is always entertaining, and liberating, sebab dengan membaca, kita dapat tahu that there are people out there who are such as twisted as you, and such as freaks as you, jadi, kita tahu kita tidak seorang.

contohnya, bukowski.

imagine having somebody as twisted as he is, living with you.
mesti kita akan cakap, 'alhamdulillah, aku tak setwisted dia'.



and reading burton.

kita akan terfikir, 'nasib baik bukan aku sorang je yang ingatkan mak aku tu evil witch'.




dan saya juga suka untuk google stuff. there are so many thing that we can know by googling.

contohnya, 'cerita porno tv'.
atau, 'sufiah pelajar pintar gila seks'.
or, 'sindrom kanak-kanak cakap sorang-sorang'.
mungkin, 'pengalaman dengan khunsa'.

tidak lupa juga, 'emaroxx'.


jadi, mungkin perkara-perkara di atas yang menyebabkan saya sudah kurang nak membaca blog bloggers yang lain.




tapi, online shopping tidak akan ku lupakan.

Sunday, May 3, 2009

khid-mat google

saya baru belajar beberapa fakta baru.

terima kasih kepada google.

1. jack black mempunyai seorang ibu yang berkulit hitam.
2. albert einstein bukan sahaja terkenal dengan teori kerelatifan, tetapi beliau juga merupakan pencipta payung, yang kini menjadi penyelamat ketika hujan.
3. bill gates sebelum ini merupakan seorang khunsa.
4. perang dunia kedua itu sebenarnya perang dunia yang keempat. perang dunia kedua dan ketiga yang sebenar telah di 'hilangkan' oleh mereka yang berkepentingan.
5. adolf hitler pernah menetap di malaysia, bekerja sebagai seorang penasihat politik.
6. margaret thatcher pernah dibuang negara kerana mengutuk perdana menteri united kingdom ketika beliau berumur 25 tahun.
7. isteri kepada ryan giggs adalah seorang janda. sebelum ini beliau pernah berkahwin dengan anak sir alex ferguson sebelum bercerai dan berkahwin dengan ryan giggs.



imagine things we can know dengan meng'google'.

patah tumbuh

listened to sheila majid's lagenda.

Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa
Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri



ye, memang benar, kehilangan seseorang itu tidak boleh diganti, walaupun wujudnya peribahasa, 'patah tumbuh hilang berganti'.

kehilangan ibu, ibu baru tidak sama.
kehilangan adik, adik angkat tidak sama.
kehilangan kekasih, buah hati baru tidak sama.
kehilangan kucing, anak kucing yang baru tidak sama.

walaupun ibu baru kita baik mcm malaikat.
walaupun adik angkat kita perangai mcm adik kita.
walaupun buah hati baru suka nyanyi lagu yang kekasih kita suka.
walaupun anak kucing baru manja mcm kucing kita.



dan ianya menyedihkan, apabila kita sedar realiti, bahawa benda yang hilang tidak boleh diganti. seolah hidup ini tidak adil, kerana kehilangan itu lah satunya perkara yang kita tidak boleh kawal dalam hidup ini.

bayangkan ibu, adik, kekasih, kucing kita hilang dari sisi.



satu ketakutan yang tiada orang nak admit, kerana kita bayangkan bahawa kita sentiasa boleh ganti yang hilang.



tidak boleh, percayalah.