Sunday, August 16, 2009

ketenangan

sekarang, hidup saya benar-benar sudah berubah. bukan berubah kepada kebaikan atau keburukan, tetapi berubah rutin.

en nasir sekarang sudah membuat kerja separuh masa di ikea, jadi nak jumpa selalu sudah tidak boleh. pagi kerja tabung haji, malam kerja ikea. jadi, kami kena kurangkan berjumpa.

saya pula sudah semakin selalu menghabiskan masa dengan kawan-kawan sepejabat. makan malam sama, pergi buat family day sama. jumpa tiap-tiap hari untuk lapan jam. jadi, semakin hari semakin rapat, baguslah, alhamdulillah.

mama pula sudah kurang merungut. lebih kepada bersyukur dan bersabar, which is a good thing, sebab rasanya adik-adik saya semua sudah bosan untuk melayan rungutan yang tidak masuk akal.

MIA DAH KEMBALI KE DALAM HIDUP!

besh, dapat online tiap-tiap hari, setiap masa.

inilah mungkin hikmah bersembahyang.

hidup lebih tenang, lebih mudah, lebih diberkati. nak mintak doa pun, insyallah dapat.


pasni nak doa supaya dapat anak sihat-sihat, bijak-bijak, banyak-banyak... bolehkan en nasir?

Sunday, August 9, 2009

changes

changes.

nak adapt to changes, bukan senang.

nak bangun pagi tiap-tiap hari, selepas beberapa tahun bangun pagi pukul 12 tengahhari. nak mandi pagi untuk ke kerja, selepas beberapa tahun tidak mandi pagi, mandi malam terus. kerja 8-6 tiap-tiap hari kerja, selepas beberapa tahun kerja tidak tetap.

bukan senang, kena kuat, tetapi boleh dilakukan. kata orang putih, possible.

jadi, kini saya sedang cuba untuk mengubah sedikit demi sedikit cara hidup saya.



nak jumpa en nasir selalu pun kena kurangkan.

Friday, August 7, 2009

wow!

woosh.

dah lama tidak bercerita di sini.

terlampau sibuk. tambahan, mia kerosakan, lalu tiada komputer untuk digunakan. nak guna mama punya, memang tak lah, kang dia baca, pastu bagi komen. gile segan.

betul, saya sibuk. sibuk dengan kerja, percaya atau tidak. kadang-kadang rasa mcm tak terkejar kerja yang ada. 24 jam tu mcm tidak cukup.

sekarang nie tengah sakit tekak, kerana asyik minum ais, kemudian menjerit di kelas, kerana tiada mikrofon, menyebabkan tekak saya sudah penat bekerja sehingga sakit.



nanti saya cerita lagi. nak pergi makan kek coklat en nasir belikan.

Monday, June 15, 2009

dua jam

dua jam menunggu.

bayangkan, dua jam kami menunggu fifi dan mama pulang dari jeddah. berdiri, berjalan-jalan, bersila atas lantai, pergi tandas lap mata.

mereka sudah tiba pukul satu, mengikut jadual, tetapi, untuk bagasi serta air zam-zam, sedikit lama. tetapi, untuk apa merungut. mereka sudah tiba, alhamdulillah, dengan selamat. cuma, fifi dan mama sedikit tidak sihat, mungkin kerana cuaca kering di sana, menyebabkan mereka selsema dan pening-pening.

tiba je di rumah, saya bantai tidur, memandangkan dari di klia lagi saya asyik menguap.

akhirnya, ayah saya pulang, hanya mampu bersalaman sahaja.



mau mendengar cerita dari fifi pengalaman ke sana, tak sabar.

Sunday, June 14, 2009

kucing banyak betul tengah berlari

two three cat run,
where the same like stripe cat,
two three can find,
where the same like you.

maafkan bahasa melayu-terjemahan-terus-inggeris saya

betul, takda yang sama dengan apa yang saya ada.

keluarga hebat. habiskan duit rm11 tengok jangan pandang belakang congkak, tapi gelak kau-kau, walaupun lawak bodoh 'yo, yo, bro'. pastu pergi lepak, habiskan lagi duit minum-minum, sampai pukul 3 pagi. ye, kami lame.

kekasih jiwa hebat. tak nak orang lain. tak nak brad pitt, tak nak jit murad, tak nak johnny depp, tak nak keith richards. nak dia jugak. kami nak tonton oasis sesama. ye, kami rock and roll.

kawan-kawan hebat. eventhough, for the time being, kami semua sedikit sibuk dengan dunia masing-masing, which is totally understandable, as we are only human. tetapi kami masih mempunyai sejarah bersama yang masih relevan. dan kami mahu beranak cepat-cepat. ye, kami kolot.

dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang.



kita semua ada kisah hidup, sejarah yang lain-lain.

makcik yang duduk depan kita kat chili's dan pandang nak jeling. walaupun annoying tahap langit, dia mungkin baru lepas mengetahui yang suaminya ada awek muda-layak-jadi-anak. mungkin pakcik rambut putih yang pandang kita tapi sebenarnya nak pandang buah dada kita, ada anak mcm setan, serupa dalam cerita gila-gila remaja. budak sekolah menengah yang pakai skinny purple, gaya jalan mcm dia sorang je kuat dalam dunia ni, mungkin baru lepas kena belasah dengan ayah sendiri.

jadi, tidak perlulah kita asyik nak marah, nak rasa annoyed. kita pun bukannya bagus sangat.

dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang.

betul, semua manusia ada traits mereka yang tersendiri. kita hanyalah manusia, bukan tuhan. kita tidak perfect. kita penuh dengan kelemahan.



tetapi, little imperfections itulah yang buat kita sayangkan mereka semua.

Friday, June 12, 2009

short stories

aktiviti semalam di short storykan.

1. bergaduh dengan en nasir, tentang benda-benda remeh yang perempuan biasa lakukan, lalu menangis mengalir air mata deras. en nasir lari meninggalkan saya sendirian di rumah. kemudian, beberapa minit selepas bercakap di telefon, en nasir datang semula.

2. saya telah menggunting rambut. sudah rimas dengan rambut yang panjang-panjang, juga memudahkan saya untuk mula bekerja nanti, tidak perlu memikirkan tentang ingin mengeringkan rambut pagi-pagi.

3. en nasir dan saya telah ke starbucks, melepak sekejap, sebab dah lama tidak ke sana. seperti biasa, java chip menjadi penyeri meja kami.

4. en nasir dan saya telah bersama-sama membuang tahi-kucing-yang-berlambak-sampai-satu-rumah-bau-tahi. aduhai, pedih mata dan hidung kami. wahai kawan-kawan, inilah satu kelecehan membela kucing, tambahan lagi kalau ada 7 ekor mcm saya.

5. sebelum tido, saya mendengar lagu-lagu pilihan bruce springsteen yang boleh didapati jika kita membeli majalah uncut bulan ini. BARU SAYA TAHU KENAPA BRUCE SPRINGSTEEN INI SEPERTI LEGEND (memang legend) DI AMERIKA. sedikit folk, which has always been my favourite kind of music tapi bob dylan sahaja yang saya tahu, juga sedikit rock with the roll. sure, lepas ni bruce akan menjadi peneman tido saya.

dan, malam ini, akan menonton wayang cerita 'jangan pandang belakang congkak' (?). wtf! tapi, macam orang selalu kata, 'it is not what you do, it is the people that you do it with'. dan saya akan menonton dengan orang-orang kegemaran saya.

Wednesday, June 10, 2009

harap maaf

badan saya penuh dengan kemarahan.

orang putih kata, full of fire.

sebab itu saya senang nak naik marah.

cawan cuci tak bersih, acik kena marah. en nasir lupa nak bagitau password, kena marah. mama tegur sikit, terus nak buat muka pundek. adik-adik saya cakap kureng sikit dengan saya, confirm kena sound.

dan, kata orang, tidak elok, jika sikit-sikit nak marah.
dan, kata orang, lebih elok kita simpan, kang lama-lama hilanglah tu.
dan, kata orang, baringlah ketika nak marah, mesti sejuk.


dan 'orang' yang berkata-kata ini, amatlah bangang.

jika kita simpan, pendam perasaan, satu hari ia akan meletup. mcm kalau kita suka seseorang. kita perlu luahkan, lebih sihat. jika kita inginkan sesuatu, katakan, mungkin tuhan nak bagi.

sama juga dengan marah. ia akan meletup dengan teruknya, jika saya simpan, pendam.

dan, memang menakutkan kalau saya naik amuk. semua orang akan diam, yang kedengaran hanyalah suara saya terpekik terlolong, barang-barang kena hempas, pisau akan digunakan, foul language tak payah cakaplah. pukimak tu favourite word. kedua favourite word adalah bangang.

saya suka word bangang, sebab menunjukkan orang yang saya panggil bangang itu teramatlah bodoh, tahap nak mengira pun tak reti.



jadi, mulai hari ini, saya akan menulis segala kemarahan saya dalam blog tercinta ini. nak keluarkan segala perkara negatif dari badan.


sorrylah kalau kau ingat aku heran sangat dengan kau.