Wednesday, April 29, 2009

berlian kah sahabat baik perempuan?

selasa lepas (semalam), saya ke rumah lizard untuk menyambut harijadi anaknya yang pertama.
setahun dah budak tu. alhamdulillah, hakimi sihat.

baayah, abo, dan leanne pun ada.

entah kenapa, waktu satu jam setengah itu seolah kebebasan, kepuasan.
mungkin kerana kami sudah lama tidak keluar bersama (walaupun sabtu lepas baru jumpa).

saya memang rindu dengan kawan-kawan saya.
rindu nak gelak kuat-kuat, dan semalam saya gelak tak ingat dunia, cuma perlu sedikit perlahan dari biasa, kerana ramai saudara-mara lizard di sana.

nevertheless, liberating, satisfying.


bilalah agaknya kami boleh bergelak beramai-ramai lagi, kerana semalam, tidak ramai yang dapat hadir.
nak jumpa lidot, elle, joe, cha, zess, abo, leanne, baayah, azi (nama baru jiejah), awin, pew-pew, ty, wawa, jammy.

nak gosip, nak mengadu, nak cerita, nak gelak, nak mengutuk (sesama sendiri), nak nasihat.


I REFUSE TO ACCEPT THE FACT THAT DIAMONDS ARE GIRL'S BEST FRIEND.

alhamdulillah, tuhan bagi saya rakan-rakan yang saya tahu akan sentiasa di sebelah saya mengharungi hari.

Monday, April 27, 2009

bagaimana?

"semua orang happy kalau kita dapat baby kan" - sahabat baik saya

kami ketika itu sedang melawat kawan-kawan kami yang baru sahaja melahirkan anak. tumpang gembira sekali.
comel-comel belaka semuanya.

satu baby girl, satu baby boy.

mama baby-baby itu semuanya kecik-kecik je orangnya.

bertambahlah comel.


dan memang benar kata-kata sahabat saya di atas itu.
keluarga, kawan-kawan, suami, semuanya akan lebih menyayangi kita kalau kita melahirkan anak.
tambahan lagi kalau anak tu anak pertama, cucu pertama.


hurm, tetapi, bagaimana kita sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat baby?


1. mak kita akan asyik mencari remedy untuk kita senang mengandung
2. mak mertua akan asyik mencari remedy untuk kita senang mengandung
3. mak cik akan asyik mencari remedy untuk kita senang mengandung
4. kawan-kawan akan berbual di belakang kita, kononnya mereka tahu apa masalah kita
5. adik-beradik akan cuba memberi kata-kata semangat tanpa mengetahui cerita sebenar
6. jiran-jiran akan sibuk bertanya mak kita, kononnya mereka tahu apa masalah kita

*berfikir dalam-dalam*

bagaimana ye, untuk menghadapi masalah itu?



mungkin tuhan akan membantu.

*senyum positif*

Friday, April 24, 2009

harap maklum

saya ada satu sindrom.

sindrom cakap sorang-sorang.

tapi, saya bukan setakat bercakap sorang-sorang mcm orang gila kat bukit bintang tu (not that there is anything wrong with them. mereka juga manusia). percakapan saya itu akan selalunya 99% tentang 'perbualan konon-konon yang akan saya jalankan bersama manusia-manusia lain di dunia ini'.

contoh pertama.
scene : bergaduh dengan mama
dialog fantasi: "bukannya ema suka nak melawan, tetapi ema harap mama layan ema mcm manusia"
dialog sebenar : *diam*

contoh kedua.
scene : bergaduh dengan en nasir
dialog fantasi: "saya paham kalau kamu nak cari perempuan lain. saya tahu ramai lagi perempuan kat ofis kamu yang cantik-cantik"
dialog sebenar : "saya paham kalau kamu nak cari perempuan lain. saya tahu ramai lagi perempuan kat ofis kamu yang cantik-cantik"

contoh ketiga.
scene : bertanya tentang cek di bendahari um
dialog fantasi: "saya rasa saya tak perlu untuk buat surat, kerana cek itu hilang dalam jagaan kamu, bukan saya"
dialog sebenar : "terima kasih"

contoh keempat.
scene : menelefon PLUS bertanya tentang kesesakan jalan
dialog fantasi: "en, saya di rawang sekarang, baru pulang dari penang. kenapa sesak ye en?"
dialog sebenar : "kenapa ye jalan di rawang ni jem?"



dan banyak lagi kata-kata untuk perbualan dalam fikiran saya ini.
kadang-kadang terasa tak nak dah berfikir, sebab penat.
tetapi, itu diri saya.
dan kita manusia, semuanya unik.
tidak sama tidak semestinya perlu dibenci.
seperti kembar tidak semestinya bahagia sentiasa.

harap maklum.

Wednesday, April 22, 2009

tornado melanda

sekarang ni rumah saya sedang bersepah.

penuh dengan kotak-kotak 32" x 32".
baju bergantungan di merata tempat.
laptop printer dah macam kat cybercafe.
pinggan mangkuk nak makan dah takda.


semuanya kerana kami akan berpindah.
untuk membenarkan proses renovation mengambil tempat.



sudah lama sebenarnya kami ingin mengubah suai rumah kami ni, tetapi pelbagai halangan, dugaan, masalah yang kami hadapi.
dan, alhamdulillah, kini segalanya seperti akan berlaku.



yang bestnya mengemas rumah ni, semua buku saya dah jumpa balik.


YEEHAWW!!

harta karun sebenar.
buku-buku kesayangan saya.

cari kerja

"this is my roomate, dia baru je pindah, and tengah cari kerja. so, i was wondering, you ada tak kerja untuk dia."
"oh, i understand. so, you ada pengalaman kerja tak?"
(geleng kepala)
"takpe. asal you nak belajar."
(senyum sipu)
"oklah, you can start tomorrow."

dialog di atas dipetik dari satu cerita bersiri di tivi (atau lebih kuranglah).


if only life is that easy.

tapi, realiti check, tiada apa yang mudah dalam hidup ni.
kalau kau kahwin dengan sultan pun, hidup kau tak mudah.
nak pergi kerja pagi-pagi pun, tak semudah makan kacang.


kalaulah cari kerja sesenang tu. takde bawak resume, takda interview, tak payah nak tunggu kena shortlist ke tak.



saya pun nak lah kerja kat company tu.

Thursday, April 16, 2009

gam-bar-an

tenang dan indah.

gelongsor air.

kami bahagia.

seronok.

besh.

si cantik dan si kacak.

on the way.




tau, hidup saya, alhamdulillah tuhan jadikan senang dan tenang.
semoga hidup saya sentiasa diberkati dengan kesihatan, kawan-kawan dan keluarga yang memahami.
nak pergi mandi laut lagi, main ombak.

cuti

bercuti.

memang seronok kalau kita ada banyak duit, tak perlu kerja, cuti setiap masa.

tapi, itu hanyalah angan-angan kanak-kanak yang masih mentah.

dah besar ni, ada banyak benda nak kena buat.

nak cari duit, kalau tak macam mana nak makan, bayar duit kereta.

jadi, cuti sepanjang masa itu, tipu semata.

lainlah kalau kau kahwin dengan anak raja.



tu lain cerita.


cakap tentang cuti, saya pun baru balik dari lumut/pangkor.

seronok, sebab en nasir pun ada.

mama, nana, fifi, pdax, dengan shafiq.

semuanya good company.

kami berjalan di lumut, amik angin tepi laut, mandi pool, tengok navy buat latihan. karaoke.
pergi pangkor, mandi kat teluk nipah, main ombak macam orang gila.

*senyum nampak gigi*

best, memang best, kalau dapat cuti begitu hari-hari.




zess, enjoy. aku jeles.