Thursday, November 12, 2009

Air Mata Darah

Menangis air mata darah pon, tak boleh nak buat apa.

Bukan saya tak bersyukur.

Ye, hidup saya teramatlah diberkati tuhan.
Tuhan murahkan rezeki.
Tuhan panjangkan umur.
Tuhan tenangkan hati.
Tuhan mudahkan perjalanan hidup.

Tapi, saya mahu jadi nombor satu.
Saya mahu dimanjakan.
Saya mahu ditanya khabar setiap hari.
Saya mahu berkongsi kisah hidup saya.
Saya mahu tidur didodoikan.
Saya mahu nangis dipujuk.

Masyallah.

Saya minta macam-macam.
Tetapi, saya berhak untuk meminta
Berhak untuk merayu.

Saya hanyalah perempuan yang tidak mahu harta benda, kereta besar, rumah mewah, pangkat, kuasa, cincin, berlian, duit.
Saya hanyalah perempuan yang ingin menjadi nombor satu.

Dalam hati lelaki itu.