Tuesday, April 29, 2008

baby dan mencuci

apa aktiviti saya hari ini? hari isnin ini?

saya bgn pukul 11 lebih. tgk handphone, ada 5 msg.

2 dr en. nasir. 1 dr leanne, 1 dr lizard, 1 dr zatil.

msg dr en. nasir itu lebih kepada mengreply msg saya malam semalam, sblm saya tidur. msg dr lizard pula, mangatakan bahawa dia br sahaja selesai melahirkan seorang baby boy! msg dr dua kawan saya yg lain pula, tentang plan untuk melawat lizard.

saya dgn zatil plan untuk melawat lizard esok, pagi, di rumah nya di damansara. jadi, saya harus berjumpa dgn zatil di ktm komuter.

leanne pula, saya katakan hari minggu ini saya tidak bole pergi melawat lizard kerana saya akan bercuti di redang. jadi saya katakan kepada dia, bahawa kawan2 kami yang lain akan melawat lizard pada hari sabtu, dan sekiranya terdapat persoalan, saya katakan, dia haruslah meng'contact' abo.

lagi?

saya telah mencuci kasut clarks mama (confirm saya ialah seorang procastinator, sila klik cerita ini), yang dr dulu saya janji untuk cuci.

saya juga telah mencuci ipanema kesayangan saya, purse liz clairborne juga guess saya.

formula cucian saya? sabun max kleen serta sedikit clorox. cara cucian? rendam selama setengah jam, berus, bilas, kemudian rendam lagi setengah jam. hasilnya? satu ipanema yang bersih, liz yang lebih cantik, serta guess yang semakin lawa.

akhirnya, dapat juga saya cuci segalanya. en. nasir bising, mengatakan liz dan guess saya kotor. hahaha, dah cuci dah, en. nasir.

saya juga telah membalut buku 'travel activity book' fifi (saya memang suka membalut buku, walaupun buku org lain), juga membalut satu doa yang sentiasa dalam purse saya.

doa apa?

tentang doa ini, kawan saya yang beri kepada saya, ketika di matrikulasi dulu.

kenapa?

dr sekolah menengah hinggalah ke matrikulasi, saya asyik kehilangan barang. baju, baju dalam, baldi, sepit, buku, segalanya. dan doa itu adalah untuk membantu saya tidak kehilangan brg lagi.

adakah doa itu berjaya?

alhamdulillah, saya tidak kehilangan barang lagi.

saya juga sambung membaca buku yang saya br beli. tentang buku ini, akan saya ceritakan di masa lain, kerana saya belum selesai membaca.

dah maghrib, saya nak mandi.

Monday, April 28, 2008

b u t t e r f i n g e r s

excited.

tentang apa?

tentang b u t t e r f i n g e r s.

kenapa?

sebab mereka best. best dr semua segi.

sebenarnya, it has been a long time since sekolah menengah dulu, dok dgr b u t t e r f i n g e r s. jadi, salah satu sebabnya, b u t t e r f i n g e r s mengingatkan saya zaman sekolah dulu, which has been agreed to be the best time of our life.

juga, sudah tentu kerana muzik (betulkah ejaan?) mereka. termasuklah sekali lirik lagu2 mereka. satu pakej yang memang bernilai. kalau boleh, saya tak nak mereka jadi tua. supaya boleh main muzik tanpa henti.

damn, all this while, saya dah terlepas lagu2 mereka, sbb busy dgn study.

but now, memandangkan saya sudah selesai belajar, dan masih tidak mempunyai kerja, kini b u t t e r f i n g e r s KEMBALI menjadi muzik harian (syukur).

jika kamu ada sifat ingin tahu tentang b u t t e r f i n g e r s, silalah klik myspace b u t t e r f i n g e r s

di mukasurat itu, ada byk information tentang mereka. anything and everything tentang mereka boleh didapati di situ.

and that is why internet is the best invention, besides french fries.

Sunday, April 27, 2008

harian sabtu saya

semalam saya keluar dgn en. nasir (dah berapa kali agaknya saya mula dgn ayat itu?). mula2 planning untuk ke klcc (sebab mama ada season parking, jadi tak payah byr), tapi, tanpa saya tahu, mama kerja sabtu tu. so, there goes the season parking.

jadi, kami tukar plan untuk ke the curve. sebabnya, saya mau mencari buku 'eat, pray, love', jadi kami fikir mph the curve would do it. dan juga, kawan en. nasir minta tolong dihantar ke stesen bas duta.

sebelum itu, kami ingat mahu makan di kedai di area rumah en. nasir. en. nasir pernah bawa saya sebelum ini, dan ianya memang first class. tapi, disebabkan miscommunication, which seems to be happening a lot nowadays between us, kami 'ter' ke one utama (yang saya menyampah, jgn tanya kenapa).

di o u, kami makan di food court, kononnya masing2 nak jimat cermat. as usual, saya, being a boring person, memilih untuk makan 'claypot chicken rice'.

selesai makan, kami ke topshop (yang tidak dalam plan).

damn, mid season sale la pulak.

memandangkan pagi itu, saya baru dapat duit dr babah, saya bercadang untuk membeli sesuatu di topshop.

OMG!

(kan dah jadi perempuan gedik)

saya memang excited nak cari baju baru. en. nasir juga begitu, walaupun en. nasir tidak mahu mengaku.

akhirnya, setelah lebih kurang 45 minit di situ, saya membeli 2 baju baru, manakala en. nasir pula membeli 2 t-shirt. saya juga telah membelikan en. nasir sehelai kemeja, sebagai hadiah harijadi (dah lama janji nak cari).

saya juga dapat satu kad f3 yang baru (selama ni asyik guna kad fifi, sampai dia dah sampuk).

selesai bershopping di topshop, kami ke mph. malangnya buku yang saya mahu itu tiada (tak paham kenapa takda).

selesai, kami ke rumah en. nasir, sementara menunggu kawan en. nasir tiba.

tepat pukul 6.15, kami bertiga ke stesen bas duta. nasib baik dekat.

kemudian, en. nasir dan saya ke rumah, ambil tiket parking klcc, dan terus ke klcc untuk membeli buku. kami telah ke kinokuniya (kedai buku paling best), bayar buku itu, terus pulang. nak cepat sebab manchester united lawan chelsea pukul 7.45.

kami terus ke studio 5 untuk menonton, sambil makan dinner. malangnya, m u telah kalah (whatever, tak luak pun kalah tu).

ada satu lines man yang fak. dia kelihatan seolah nak makan semua pemain m u, entah kenapa. ke dia geram tgk ronaldo, sbb dia gay, mungkin. yang pasti, dia sux (paragraf ini semata untuk mengutuk lines man yang penuh dgn taik/full of shit itu).

kemudian, kami pulang. en. nasir kelihatan sudah mengantuk.

saya mandi, kemudian tidur sambil membaca buku yang br dibeli.

happy. sangat happy. en. nasir hebat.

Friday, April 25, 2008

bahagia tipu?

untuk pengetahuan semua, beberapa hari yang lepas, saya seperti bergaduh/putus dengan en. nasir.

tidak terkata apa yang saya rasa ketika itu.

perlukah saya bercerita tentang bagaimana ia berlaku?

ok, saya nak cerita (percayalah, ianya sukar bagi saya).

aritu (saya sudah tak ingat bila), en. nasir dan saya menonton wayang 'definitely, maybe' dgn mama, nana, fidah dan fifi. kami happy, kerana sebelum itu juga, kami sudah berjalan2.

tiba di penghujung cerita, ada satu scene di mana heroin melompat ke atas si hero.

dan en. nasir tergelak, lalu berkata kepada saya, "kamu jgn plak nak buat mcm tu kat saya". saya jawab, "tak hingin". ketika itu, saya cuba untuk buat2 tenang, tapi sebenarnya ketika itu juga saya dah rasa nak marah, sedih.

dan sepanjang perjalan pulang ke rumah, dari keluar wayang, saya sudah seperti tiada mood.

saya nak tanya, apakah respon terbaik untuk ayat seperti itu?

entahlah, mungkin saya je yang emosional. tapi, perkara itu terus mengingatkan saya kepada beberapa lagi komen2 'lawak' en. nasir tentang badan saya (serious saya tak kisah, tapi ini datang dari org yang kita kaseh, jadi saya jadi kisah).

perlukah saya bercerita tentang komen2 itu?

ok, saya nak bercerita (percayalah, ianya sukar bagi saya).

malaslah pulak. sebab byk sangat. whatever.

berbalik kepada cerita saya.

bila en. nasir msg mengatakan dia sudah sampai rumah, saya mula berbuat perangai (mengikut kata en. nasir), tapi saya rasa itu hanyalah respon seorang yang dah kecewa dengan org yg dikasihi.

yang pasti, ayat dia, "nak clash sgt, clashlah". kemudian dia off handphone.

sekali lagi saya sudah kecewa, sedih, marah.

saya cuba untuk menelefon dia, tapi hanyalah suara wanita yang mengatakan something like "sila telefon balik".

ketika itu, saya benar2 fikir saya sudah putus dgn en. nasir. sedih, tapi saya lega. saya sudah tidak mahu lagi mendgr komen2 'lawak' dr dia. saya fikir, jika inilah tuhan rasa kebaikan saya, saya bersyukur.

kemudian, esoknya, dia call. menanyakan kenapa saya call byk kali semalam.

*mengeluh berjuta kali hebat*

tidak kah dia paham yang saya sedih, kecewa, marah? 3 perasaan saya ketika itu. kemudian telefon untuk bertanya itu sahaja? en. nasir, lebih baik kamu tidak payah call langsung.

ketika itu, saya fikir, bagus juga saya sudah putus dgn dia ni, yang tidak reti perasaan saya.

one thing led to another, kami kembali seperti biasa. tapi apakah biasa itu?

entahlah, saya sendiri tidak pasti tentang masa depan kami. yang pasti, masa sekarang kami masih elok. tapi saya sudah sedikit trauma, sedikit phobia. terhadap apa? terhadap melepaskan segala tembok di sekeliling saya. mempercayai org lain.

percayalah, disakiti oleh mereka yang kita sayang lebih teruk dari disakiti oleh musuh kita.

saya harap, saya akan lebih bahagia, tidak kiralah dengan siapa pun. bahagia itu memang ubat segala penyakit.

love and marriage

i love being in love.

saya suka berada di alam percintaan.

*senyum lebar*

entahlah, saya sendiri tidak tahu mengapa, tapi hati ini terasa gembira bila saya tahu yang saya sedang di alam percintaan.

sudah 9 bulan 18 hari saya bersama dengan en. nasir (wah, seperti mahu semua org tahu umur kaseh kami). perkenalan kami pula sudah berumur 1 tahun lebih. but, siapa mahu tahu itu semua, bukan.

tapi, akan berbezakah alam percintaan ini dengan alam perkahwinan? atau keduanya akan sama?

alam percintaan, apa yang saya rasa, adalah sangat indah. ia memberi saya kekuatan, serta keberanian. alam percintaan ini juga telah membuat saya gembira, lebih positif. kedengaran sedikit cliche? hahaha, pedulikan itu semua. cinta itu memang cliche, dan akan sentiasa cliche. tapi saya suka akan cinta itu sendiri.

bagaimana dgn alam perkahwinan? sudah pasti tidak akan seindah alam percintaan, bukan. jadi, saya sedikit bodoh dalam memahami institusi perkahwinan itu sendiri.

saya seorang islam. jadi, yang saya faham, dr konteks agama, perkahwinan ini adalah untuk melahirkan zuriat, seperti ingin meneruskan lagi umat adam, dan untuk melakukan ini, haruslah melakukan hubungan suami isteri, dan untuk melakukan ini tanpa berdosa, adalah untuk berkahwin.

tapi, bagaimana pula dgn mereka yang bukan islam?

kenapa mereka berkahwin?

atas dasar cinta, jadi berkahwin adalah perkara terakhir yang perlu dilakukan?

entahlah. kalau tanya mama, mesti dia akan suruh saya fikir sendiri, konon sebab saya dah besar, juga kerana soalan itu soalan bodoh.

(lihat, bila bercerita tentang kahwin, saya jadi serius, dan saya benci benda2 serius selain statistik)

oh, tuhan, tolong berikan saya jawapan yang lebih jelas.

saya nak stop bercakap tentang topik ini, sebab saya dah pening.

Thursday, April 24, 2008

enam perkara

terdapat beberapa perkara yang ingin saya berikan pendapat tentang.

1. penulis2 blog yang suka menulis perkara2 berkenaan marah, benci
2. manusia2 yang bertopengkan malaikat tapi sebenarnya hantu
3. pengomen2 blog yang bergaduh
4. nyamuk 'sial' denggi kat malaysia ni
5. george 'si keparat' bush
6. lelaki keparat

tapi, perlukah saya berbuat demikian? untuk apa?

inilah dia akibat takde kerja, duduk rumah, online 24 jam. semuanya saya baca, dan semuanya jugaklah saya tahu.

mehla, saya komen.

1. penulis2 blog yang suka menulis perkara2 berkenaan marah, benci
komen saya : blog masing2, jadi tulisan masing2. itu hak mereka. masa yang mereka buang untuk menulis kebencian terhadap org lain juga masa mereka.

2. manusia2 yang bertopengkan malaikat tapi sebenarnya hantu
komen saya : meh sini sayang semua. meh sini saya peluk (saya bersifat sarcastic di sini).

3. pengomen2 blog yang bergaduh
komen saya : bagus, menunjukkan malaysia ini memang mempunyai potensi untuk menjadi lebih maju, kerana wujudnya mereka2 yang bertungkus-lumus memerah otak, mengarang bahasa untuk ditulis di ruangan2 komen. harap perkara ini juga berlaku ketika bekerja/belajar (saya tidak bersifat sarcastic di sini).

4. nyamuk 'sial' denggi kat malaysia ni
komen saya : oh, tentang ini, begitu banyak untuk saya komen (sekarang ini juga saya sedang berdebar, otak jadi laju kerana saya begitu menyumpah nyamuk ini), jadi yang saya akan tulis di sini, 'satu hari kau akan mampos jugak' (ayat fifi).

5. george 'si keparat' bush
komen saya : oh, tentang ini juga begitu banyak, tapi, i won't give him the time of my life, kerana di si bangsat itu tidak layak (hurm, sebenarnya, just writing that is already giving him the time of my life).

6. lelaki keparat
komen saya : lelaki keparat begini, perlu dibunuh, oleh perempuan sekalian. atau dipotong kote kecik mereka itu. lelaki begini, apa sajalah yang kamu kategorikan, HARUS dihapuskan. sila rujuk 'perkara 5'.

hurm, sebenarnya byk lagi perkara yang saya bole komen di sini. ini blog saya. kamu tak suka, fak u.

saya sebenarnya gembira, kerana dapat sedikit sebanyak menulis di sini. seronok.

Wednesday, April 23, 2008

to change or not to change?

dah lama sebenarnya nak tulis di muka surat ini. entahlah, kenapa sentiasa terasa seperti malas untuk menaip. mama memang betul lah, atau mungkin mama selalu mengatakan nya, sehingga ia benar2 terjadi (seperti sumpahan). saya memang seorang yang suka melengah-lengah. suka procastinate.

bodohkan?

sepatutnya saya kena lebih menghargai setiap yang berlaku dalam hidup. ni, suka nak melengah-lengah. suka berfikiran, 'tidak apa'. suka lihat sesuatu itu dengan remeh.

dah lama nak berubah, tapi masih begini. mungkin kerana saya tiada motivasi untuk berubah. mungkin kerana selama ini, hidup saya mudah. mama dengan babah pun tak pernah nak menyumpah seranah saya.

jadi, apa yang boleh buat saya berubah agar tidak procastinate lagi?

jawapannya, tiada lagi jaring selamat yang akan menyambut saya apabila saya jatuh.

saya benar2 ingin berubah. tapi, untuk apa? untuk lebih cepat? lebih kelam kabut?

saya benci kehidupan pantas. kalau bole, saya nak tinggal kat remote place, lepas tu buat apa yang saya suka. nak bogel dalam rumah pun bole. internet dah takde masalah dah. sekarang dah ada usb internet (atau sesuatu seperti itu). jadi, bukankah kehidupan di tempat2 terpencil itu mungkin?

(sebenarnya apa yang saya dah merepek ni?)

entahlah. mungkin saya sedikit kecewa dan menyampah untuk tinggal di kl. jalan raya yang sesak. pencemaran yang semakin menjadi2. alam semula jadi yang hampir pupus. penyakit kronik yang disebabkan oleh stress bekerja.

aduhai. celake betul lah duit babi tu.

Friday, April 18, 2008

buku nota dan pensel yang tertinggal

shit.......

saya benci bila diri ingin berbuat sesuatu, tapi keadaan tidak membenarkan. atau diri sendiri yang punya masalah.

aritu saya telah ke baha kem, bersama mereka2 yang hebat juga mantap.

dan cubalah teka....

saya telah terlupa untuk membawa buku nota serta pensel, untuk mencatit segala aktiviti2 menarik, serta berilmu yang kami lakukan di sana.

benci.

*mengeluh dengan hebatnya*

sekarang yang bole diharapkan hanyalah memori saya yang sebenarnya tidaklah sehebat mana, walaupun saya sering war2 kan kepada semua orang, bahawa saya mempunyai memori yang hebat.

tunggu ye. akan saya ceritakan segala perkara2 yang membuatkan saya lebih menghargai hidup di baha kem itu.

*saya excited*

Wednesday, April 9, 2008

bazaar the curve bodoh

saya keluar dengan kawan2 saya ahad itu. baayah, shima dan jiejah. mula2 ingin melawat mak cha (dia operate mata, because of catarac? rasanyalah). tapi, tak jadi, because orang yang beriya-iya nak melawat tu ada hal (lizard kena hantar adik dia pergi plkn).

jadi, kami bercadang untuk ke the curve (sebenarnya lebih kepada shima yang bercadang, kami yang lain seperti biasa, tidak kisah). shima teringin untuk ke bazaar di the curve.

kami berpusing2 di situ, tapi, kelihatan seperti tiada apa yang menarik, tambahan dengan harga yang tinggi setinggi gunung kinabalu, jadi kami tidak membeli apa2.

kemudian, en. nasir tiba (en. nasir menelefon saya tadi, bertanya di manakah saya).

kemudian kami bercadang untuk makan. kami memilih 'rojak-rojak'.

boleh tahan makanannya, tapi air mereka terasa seperti sampah. ianya tawar. dan semuanya setuju dengan saya tentang itu.

selesai, kami berjalan2. en. nasir telah membelikan saya satu scarf. huhuhu, suka. lawa.

kemudian, kami bercadang untuk ke rumah lizard. jadi, saya terpaksa meninggalkan en. nasir. en. nasir mahu ikut, tapi saya tidak benarkan.

di rumah lizard, kami melepak, makan nugget 'marina' yang ada cheese, juga karipap.

kami berbual, tentang apa2 saja, yang tak masuk akal juga ada.

lebih kurang pukul 9 malam, kami bertolak pulang.

saya happy, dapat jumpa kawan2 saya. juga dapat jumpa en. nasir.

saya gunting rambut

hari tu saya gunting rambut. HAHAHAHA (gelak besar) sebab happy sangat. dah lama nak gunting rambut, last2, pergi gunting dengan en. nasir, kat the curve (kedai gunting yang rm 15). en. nasir pun gunting sekali.

haritu, seharian kami melepak berdua. seronok. biasalah, orang bercinta, memang seronoklah.

kami breakfast (bukan breakfast, tapi brunch) di kluang station. gunting rambut. pergi the curve (semestinya beli donut 'big apple'), kemudian melepak di rumah en. nasir. kami tonton dvd 'the bridge to terabithia'. kemudian kami pulang ke rumah saya.

pulang, kami pergi ampang point untuk repair jam en. nasir.

lepas maghrib, kami ke klcc untuk membeli tiket wayang. mama, nana, fifi, mun, en. nasir dan saya akan menonton cerita 27 dresses.

oh, memang cerita itu best.

semua charater dalam cerita itu, amatlah bijak dilakonkan. en. nasir pun suka.

selesai menonton, kami ke keramat untuk makan bubur (mama memang suka makan sini).

tiba di rumah, en. nasir pun pulang ke rumah.

hari yang seronok.

Wednesday, April 2, 2008

hari minggu itu

saya dan fifi telah ke penang dengan bas sabtu lepas. tujuan kami ke sana adalah untuk mengikut nana membeli hadiah harijadi (babah mengatakan dia mahu kami ke sana).

ketika kami tiba di stesen bas sungai nibong, nana sudah menunggu. babah ketika ini, baru bertolak dari kelantan (dia mempunyai kerja di sana).

kami terus ke night market batu feringghi, untuk berjalan2. kami telah membeli banyak cd lagu (semuanya cetak rompak, maaf ye). sy gembira. saya fikir, bolelah saya letak cd itu semua di dalam myvi, kerana selama ini kami asyik mendengar kings of leon sahaja.

kemudian kami pulang, mahu mengajak babah dinner. tapi dia memberitahu yang dia sudah dinner. jadi kami ke kedai yang memang selalu kami pergi. saya meminta nasi goreng pataya, fifi meminta nasi goreng usa, nana pula meminta kuey tiaw hong kong. kemudian kami tapau sekali kuey tiaw hailam. keseluruhannya berharga rm 15.50. saya terperanjat, kerana ianya begitu murah (memang kedai ini suka jual murah2, tu sebab kami suka ke situ).

pulang, kami tido.

esoknya, kami ke gurney plaza, untuk membeli handphone untuk nana. kemudian babah bertanya jika saya juga mahu handphone baru. jadi, saya memilih untuk membeli nokia 5610. kemudian kami berjalan2 di situ. selesai kami pulang.

kemudian kami pergi bermandi manda di swimming pool (tak nak mandi laut, sebab nanti badan gatal2, air dia kurang bersih).

selesai, kami bersaip untuk pulang.

kami makan kfc untuk dinner.

tiba di rumah, kami kepenatan, lalu tido.