i love being in love.
saya suka berada di alam percintaan.
*senyum lebar*
entahlah, saya sendiri tidak tahu mengapa, tapi hati ini terasa gembira bila saya tahu yang saya sedang di alam percintaan.
sudah 9 bulan 18 hari saya bersama dengan en. nasir (wah, seperti mahu semua org tahu umur kaseh kami). perkenalan kami pula sudah berumur 1 tahun lebih. but, siapa mahu tahu itu semua, bukan.
tapi, akan berbezakah alam percintaan ini dengan alam perkahwinan? atau keduanya akan sama?
alam percintaan, apa yang saya rasa, adalah sangat indah. ia memberi saya kekuatan, serta keberanian. alam percintaan ini juga telah membuat saya gembira, lebih positif. kedengaran sedikit cliche? hahaha, pedulikan itu semua. cinta itu memang cliche, dan akan sentiasa cliche. tapi saya suka akan cinta itu sendiri.
bagaimana dgn alam perkahwinan? sudah pasti tidak akan seindah alam percintaan, bukan. jadi, saya sedikit bodoh dalam memahami institusi perkahwinan itu sendiri.
saya seorang islam. jadi, yang saya faham, dr konteks agama, perkahwinan ini adalah untuk melahirkan zuriat, seperti ingin meneruskan lagi umat adam, dan untuk melakukan ini, haruslah melakukan hubungan suami isteri, dan untuk melakukan ini tanpa berdosa, adalah untuk berkahwin.
tapi, bagaimana pula dgn mereka yang bukan islam?
kenapa mereka berkahwin?
atas dasar cinta, jadi berkahwin adalah perkara terakhir yang perlu dilakukan?
entahlah. kalau tanya mama, mesti dia akan suruh saya fikir sendiri, konon sebab saya dah besar, juga kerana soalan itu soalan bodoh.
(lihat, bila bercerita tentang kahwin, saya jadi serius, dan saya benci benda2 serius selain statistik)
oh, tuhan, tolong berikan saya jawapan yang lebih jelas.
saya nak stop bercakap tentang topik ini, sebab saya dah pening.
No comments:
Post a Comment