Wednesday, April 29, 2009

berlian kah sahabat baik perempuan?

selasa lepas (semalam), saya ke rumah lizard untuk menyambut harijadi anaknya yang pertama.
setahun dah budak tu. alhamdulillah, hakimi sihat.

baayah, abo, dan leanne pun ada.

entah kenapa, waktu satu jam setengah itu seolah kebebasan, kepuasan.
mungkin kerana kami sudah lama tidak keluar bersama (walaupun sabtu lepas baru jumpa).

saya memang rindu dengan kawan-kawan saya.
rindu nak gelak kuat-kuat, dan semalam saya gelak tak ingat dunia, cuma perlu sedikit perlahan dari biasa, kerana ramai saudara-mara lizard di sana.

nevertheless, liberating, satisfying.


bilalah agaknya kami boleh bergelak beramai-ramai lagi, kerana semalam, tidak ramai yang dapat hadir.
nak jumpa lidot, elle, joe, cha, zess, abo, leanne, baayah, azi (nama baru jiejah), awin, pew-pew, ty, wawa, jammy.

nak gosip, nak mengadu, nak cerita, nak gelak, nak mengutuk (sesama sendiri), nak nasihat.


I REFUSE TO ACCEPT THE FACT THAT DIAMONDS ARE GIRL'S BEST FRIEND.

alhamdulillah, tuhan bagi saya rakan-rakan yang saya tahu akan sentiasa di sebelah saya mengharungi hari.

Monday, April 27, 2009

bagaimana?

"semua orang happy kalau kita dapat baby kan" - sahabat baik saya

kami ketika itu sedang melawat kawan-kawan kami yang baru sahaja melahirkan anak. tumpang gembira sekali.
comel-comel belaka semuanya.

satu baby girl, satu baby boy.

mama baby-baby itu semuanya kecik-kecik je orangnya.

bertambahlah comel.


dan memang benar kata-kata sahabat saya di atas itu.
keluarga, kawan-kawan, suami, semuanya akan lebih menyayangi kita kalau kita melahirkan anak.
tambahan lagi kalau anak tu anak pertama, cucu pertama.


hurm, tetapi, bagaimana kita sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat baby?


1. mak kita akan asyik mencari remedy untuk kita senang mengandung
2. mak mertua akan asyik mencari remedy untuk kita senang mengandung
3. mak cik akan asyik mencari remedy untuk kita senang mengandung
4. kawan-kawan akan berbual di belakang kita, kononnya mereka tahu apa masalah kita
5. adik-beradik akan cuba memberi kata-kata semangat tanpa mengetahui cerita sebenar
6. jiran-jiran akan sibuk bertanya mak kita, kononnya mereka tahu apa masalah kita

*berfikir dalam-dalam*

bagaimana ye, untuk menghadapi masalah itu?



mungkin tuhan akan membantu.

*senyum positif*

Friday, April 24, 2009

harap maklum

saya ada satu sindrom.

sindrom cakap sorang-sorang.

tapi, saya bukan setakat bercakap sorang-sorang mcm orang gila kat bukit bintang tu (not that there is anything wrong with them. mereka juga manusia). percakapan saya itu akan selalunya 99% tentang 'perbualan konon-konon yang akan saya jalankan bersama manusia-manusia lain di dunia ini'.

contoh pertama.
scene : bergaduh dengan mama
dialog fantasi: "bukannya ema suka nak melawan, tetapi ema harap mama layan ema mcm manusia"
dialog sebenar : *diam*

contoh kedua.
scene : bergaduh dengan en nasir
dialog fantasi: "saya paham kalau kamu nak cari perempuan lain. saya tahu ramai lagi perempuan kat ofis kamu yang cantik-cantik"
dialog sebenar : "saya paham kalau kamu nak cari perempuan lain. saya tahu ramai lagi perempuan kat ofis kamu yang cantik-cantik"

contoh ketiga.
scene : bertanya tentang cek di bendahari um
dialog fantasi: "saya rasa saya tak perlu untuk buat surat, kerana cek itu hilang dalam jagaan kamu, bukan saya"
dialog sebenar : "terima kasih"

contoh keempat.
scene : menelefon PLUS bertanya tentang kesesakan jalan
dialog fantasi: "en, saya di rawang sekarang, baru pulang dari penang. kenapa sesak ye en?"
dialog sebenar : "kenapa ye jalan di rawang ni jem?"



dan banyak lagi kata-kata untuk perbualan dalam fikiran saya ini.
kadang-kadang terasa tak nak dah berfikir, sebab penat.
tetapi, itu diri saya.
dan kita manusia, semuanya unik.
tidak sama tidak semestinya perlu dibenci.
seperti kembar tidak semestinya bahagia sentiasa.

harap maklum.

Wednesday, April 22, 2009

tornado melanda

sekarang ni rumah saya sedang bersepah.

penuh dengan kotak-kotak 32" x 32".
baju bergantungan di merata tempat.
laptop printer dah macam kat cybercafe.
pinggan mangkuk nak makan dah takda.


semuanya kerana kami akan berpindah.
untuk membenarkan proses renovation mengambil tempat.



sudah lama sebenarnya kami ingin mengubah suai rumah kami ni, tetapi pelbagai halangan, dugaan, masalah yang kami hadapi.
dan, alhamdulillah, kini segalanya seperti akan berlaku.



yang bestnya mengemas rumah ni, semua buku saya dah jumpa balik.


YEEHAWW!!

harta karun sebenar.
buku-buku kesayangan saya.

cari kerja

"this is my roomate, dia baru je pindah, and tengah cari kerja. so, i was wondering, you ada tak kerja untuk dia."
"oh, i understand. so, you ada pengalaman kerja tak?"
(geleng kepala)
"takpe. asal you nak belajar."
(senyum sipu)
"oklah, you can start tomorrow."

dialog di atas dipetik dari satu cerita bersiri di tivi (atau lebih kuranglah).


if only life is that easy.

tapi, realiti check, tiada apa yang mudah dalam hidup ni.
kalau kau kahwin dengan sultan pun, hidup kau tak mudah.
nak pergi kerja pagi-pagi pun, tak semudah makan kacang.


kalaulah cari kerja sesenang tu. takde bawak resume, takda interview, tak payah nak tunggu kena shortlist ke tak.



saya pun nak lah kerja kat company tu.

Thursday, April 16, 2009

gam-bar-an

tenang dan indah.

gelongsor air.

kami bahagia.

seronok.

besh.

si cantik dan si kacak.

on the way.




tau, hidup saya, alhamdulillah tuhan jadikan senang dan tenang.
semoga hidup saya sentiasa diberkati dengan kesihatan, kawan-kawan dan keluarga yang memahami.
nak pergi mandi laut lagi, main ombak.

cuti

bercuti.

memang seronok kalau kita ada banyak duit, tak perlu kerja, cuti setiap masa.

tapi, itu hanyalah angan-angan kanak-kanak yang masih mentah.

dah besar ni, ada banyak benda nak kena buat.

nak cari duit, kalau tak macam mana nak makan, bayar duit kereta.

jadi, cuti sepanjang masa itu, tipu semata.

lainlah kalau kau kahwin dengan anak raja.



tu lain cerita.


cakap tentang cuti, saya pun baru balik dari lumut/pangkor.

seronok, sebab en nasir pun ada.

mama, nana, fifi, pdax, dengan shafiq.

semuanya good company.

kami berjalan di lumut, amik angin tepi laut, mandi pool, tengok navy buat latihan. karaoke.
pergi pangkor, mandi kat teluk nipah, main ombak macam orang gila.

*senyum nampak gigi*

best, memang best, kalau dapat cuti begitu hari-hari.




zess, enjoy. aku jeles.

Wednesday, April 15, 2009

jejaka idaman?

ada satu iklan 'kelakar' di iklankan di facebook.


lihat iklan yang telah saya bulatkan.


ayat 'jejaka idaman' tu memang tak boleh blah.

who the hell lelaki yang diiklankan tu? saya tau dia seorang pelakon, tetapi, dilabelkan 'jejaka idaman' itu, itu sudah kelakar.

nak tengok 'jejaka idaman' sebenar?



aduh. nafas terhenti sekejap tengok gambar ni.

rindu

perkara-perkara yang saya rindu.

1. jumpa kawan-kawan
kami sudah besar, banyak tanggungjawab. kerja, keluarga, kekasih hati, tunang. menyebabkan kami sekarang sudah jarang berjumpa. kesibukan kuala lumpur telah mencuri kami dari ketenangan jiwa dan keindahan gelak tawa.
damn, inikah rindu?

2. berborak dengan mama
saya seperti sudah tidak boleh langsung nak berbual tentang hal-hal diri saya seperti dahulu. sudah lupa sebenarnya bilakah kali terakhir saya dan mama berbual. bukan ego, cuma saya tidak mampu untuk mendengar rungutan dan komen yang tidak membina dari mama.

3. keluar berempat dengan adik-adik saya
saya seperti sudah terputus hubungan dengan adik-adik saya, terutamanya fidah. mungkin kerana saya pernah satu hari dahulu menengking dia bagai halilintar. seperti manusia lain yang menetap di kuala penuh lumpur ini, kami sibuk. sibuk dengan dunia masing-masing.
the power of four sudah seperti terkubur.

4. melepak di bukit di mana bintang jatuh bersama en nasir
dahulu, kami sering ke sana, hingga lewat malam, melepak, tanpa berbual sangat. tetapi, itulah waktu terindah saya. memandangkan kini, kami berdua sudah ada banyak komitmen, masa, tenaga, serta duit perlu dijimatkan.
tetapi, kami masih bercinta.



ini semua rindu dari hati. moga cepatlah saya dapat melepaskan rindu ini.

keropok

belikan en nasir keropok.

sebab haritu dah gaduh besar dengan en nasir. jadi, teringin nak jumpa dengan en nasir, lalu membeli keropok di max value.

bukan nak pujuk, sebab en nasir pernah mengatakan yang en nasir tidak perlu saya memujuknya.

tetapi, saya hanya ingin berjumpa dengannya.

juga, en nasir sekarang sudah bekerja di tempat baru, jadi takut en nasir kebosanan, lalu saya membelikan sesuatu untuk en nasir kunyahkan.



parah jadinya hati saya jika bergaduh dengan en nasir.

seperti oksigen itu disedut keluar dari nyawa.

dah tak nak gaduh, tapi, hidup ini tidak selalu sempurna.



kan bagus kalau dapat kahwin cepat.

Friday, April 10, 2009

hidup yang mencabar

pensyarah. ustazah. ustaz. lecturer. cikgu. teacher. sifu.

pendidik.

satu kerja, ikut kata acik, kerja mulia.

sebab pendidik ni,kalau betul-betul ikhlas, mereka akan bukan setakat mengajar ilmu yang perlu, tetapi lebih dari itu.

tentang hidup. tentang jatuh bangun manusia. tentang dunia yang lebih besar sebenarnya.



sekarang, dunia dah lebih terbuka, thanks to the internet.

kita dah ada myspace, facebook, friendster, wordpress, blogger, xanga. email tak payah ceritalah, semua orang dah ada sekarang ni.

jadi, satu cabaran baru untuk pendidik ini, adalah untuk lebih kehadapan dari pelajar mereka.

(tetapi bukan menjadi penulis blog lucah, harap maklum)

kerana, kesan dari keterbukaannya dunia, manusia sudah menjadi lebih lantang, lebih outspoken, lebih berani.

jika tidak kena caranya untuk mendidik, kita akan dipijak kepala. mungkin akan diketawakan di belakang. atau mungkin akan menjadi bahan fitnah.


jadi, benar, pendidik ini banyak dugaannya.

but, that what makes educating so fulfilling.



jadi, saya harap, janganlah senang-senang je nak panggil seseorang itu 'pensyarah'.

tidak memberi justice kepada pensyarah yang benar-benar mendidik.

Thursday, April 9, 2009

alhamdulillah.

CEK DAH DAPAT!!!


bongoklah kau en iman. tak nak buat kerja, tak payah kerja, pergi dok kat kedai kopi, tunggu bini kau balik bawak makanan.

thank god for the lady in black.

kalau takda dia, memang saya tersiksa, hati nak marah-marah, kepala nak pening.



benda pertama sekali, nak singgah VBB.

Wednesday, April 8, 2009

i nak muscle

i ada satu luahan perasaan.

i tak faham. i punya check gaji tengah missing in action. orang kata M.I.A.

i tengah takda duit ni. nak bayar duit kereta, duit telefon, duit en nasir.

aduhai, susahlah i macam ni, hutang keliling pinggang. i nak marah pun, tak tahu nak marah siapa.

yang i betul-betul terkilan tu, 'pegawai-pegawai' kat treasury tu, macam malas je nak buat kerja.

bukannya i nak menyusahkan hidup dia. cuma hidup i yang telah disusahkan.
bukannya i nak mintak duit orang lain, tapi duit i gak berpeluh sakit tangan ajar tutor 7 jam seminggu.



tapi, yang boleh i buat, mintak kat tuhan supaya dipermudahkan proses check i ni.


kalau tak, i takut i akan jadi macam kakak ni.






siap you, 12 hb ni tak siap gak gaji i, i buat chokeslam, pastu buat sekali nelson hold.

Monday, April 6, 2009

warna warni


piko dan apple di dapur rumah piko, mungkin sedang memasak hidangan makan malam.


itulah baju piko yang ingin saya belikan untuknya, menggunakan duit en nasir. baju, topi serta boot untuk pergi memburu. harga keseluruhan ensemble itu, 900 ringgit.



pasangan yang secocok, bukankah?

buku muka kami

emaroxx : kamu, saya belikan piko baju eh? tapi pakai duit kamulah.
en nasir : belilah. tapi ada duit ke?
emaroxx : tapi 430 ringgit lah. ada, tadi kamu baru je dapat 500 ringgit.
en nasir : baju je?
emaroxx : ada lah topi dengan kasut. baju nak pergi memburu. alah, yang ada tali-tali tu.
en nasir : ok, belilah semua sekali. ada duit kan?
emaroxx : beli semua? ok. ada, banyak lagi.
en nasir : tapi simpan sikit, nak beli dapur macam ema punya.
emaroxx : yang mana?
en nasir : yang taruk kat atas tu.
emaroxx : oh, ok.

...

betapa facebook sudah menakluki hidup kami berdua.

Sunday, April 5, 2009

mama bawak kereta laju

seharian saya berada di rumah en nasir di lepar hilir pahang.

ada kenduri kekah (betulkah ejaan?), serta kenduri sempena abang en nasir yang sulong akan ke mekah menunaikan umrah.

kami tiba sudah pukul 3, dan sudah ramai tetamu pulang, kerana mengikut kata en nasir, tetamu sudah mula tiba pada pukul 7 pagi lagi.

mereka membaca yasin, serta mengorbankan 1 ekor lembu.

mama, babah, fifi pun ada sekali.

serius, kami makan dengan banyaknya. lauk kari lembu, sambal belacan, sayur kacang botol, taugeh, memang menjilat jari.

bak kata fifi, 'heavon'.

maksudnya, sedaplah tu.

selesai, kami dihidangkan pula kueh-mueh, serta air teh o. mama dan babah berbual bersama mak ayah en nasir.

dari cerita tentang Sheikh Mahmud Al-Mazjub, ke cerita tentang pokok-pokok ubat di malaysia.

rancak jugalah mereka berbual.

saya pula sedikit penat, kerana bulan saya sudah datang ketika itu, lalu tidak berapa banyak bercakap. lagipun, saya memang kurang bercakap dengan orang yang saya tidak berapa kenal, segan.

lebih kurang pukul 6, setelah semuanya berehat, kami pulang, dengan dibekalkan kueh, bubur pulut hitam, lauk pauk, serta daging mentah.

alhamdulillah.

masuk-masuk kereta je, babah katakan ingin membeli roti boom.

saya tahu, untuk dimakan dengan kari lembu tu.




bilalah nak kawin, tak sabar nak jadi menentu en ismail.

kan en nasir?

Friday, April 3, 2009

italian job ke?

tau tak, en nasir ada cerita, akim ada cerita kat dia, yang baru-baru ni, dekat loading bay kat ikea, ada seorang perempuan. dia sorang je. ada beli barang, banyaklah kot. dia pun parking lah kereta dia kat loading bay tu, nak load barang dia.

yang bijaknya dia ni, dia boleh biar kunci kereta dia kat key hole.

during dia tengah nak load barang-barang dia, datang seorang lelaki, ntah dari mana, masuk driver's seat, terus drive away the car.

kereta kena curi.

and then aritu, ada keluar berita, about two perpetrators, masuk rumah satu family, dengan satu pucuk pistol.

juga family ni tak kunci pintu depan, and tak boleh blah, tak kunci gak pintu rumah, dibiar terkangkang.



yang boleh disimpulkan, orang jahat semakin berani, sebab dunia dah semakin terdesak, dengan global warming, dengan ekonomi krisis.

jadi, perlulah kita menjaga keselamatan, sentiasa berdoa sebelum keluar dari rumah, be alerted.





saya cadangkan buat gate automatic, sebab orang malaysia ni memang malas nak tutup gate.

Thursday, April 2, 2009

global warming semakin teruk

human rights.

hmph.

ketika manusia di beberapa negara masih mengalami keadaan yang daif, tiada makanan, minuman yang bersih, tempat tinggal yang selamat, ada juga orang yang nak bagi 'human rights' kepada pencuri, perompak, perogol, pembunuh, pencabul, peragut.


confuse.

part mana tentang pencuri, perompak, perogol, pembunuh, pencabul, peragut yang dia tak faham?



semuanya mengambil hak orang lain.

bayangkan, jika setiap penjenayah di dunia ini diberikan hak-hak seorang manusia.

penjara memang akan penuh, sebab kononnya hukum bunuh itu tidak berperikemanusiaan. lebih baik kita kumpul mereka semua dalam satu kawasan yang sempit, agar mereka boleh membuat kawan.
duit negara akan banyak dihabiskan untuk membayar tempat tinggal yang elok, tilam yang empuk, makanan yang disediakan chef gred c, serta baju yang cantik belaka. belang hitam putih itu sudah old skool.
jenayah akan bertambah, kerana kehidupan setelah dimasukkan ke penjara akan bertambah baik dari sebelumnya. mungkin sebelum ini mereka tidur di bawah jambatan, di penjara, mereka akan dilayan seperti di hotel 1 bintang.


merepek betul.




kucing saya lagi layak dilayan dengan baik.

nak kena beli shampoo

en nasir

1. sangat bijak.
saya suka tanya en nasir soalan yang never in a lifetime saya akan tanya orang lain, sebab kalau tanya orang lain, mesti tak akan dilayan.
contoh soalan : mongolia tu kat china eh?
jawapan en nasir : mongolia tu sempadan rusia dengan china.

2. sangat suka nak jadi askar.
tetapi tidak boleh, kerana en nasir tidak dapat membezakan antara warna pink dengan hijau. sebab tu en nasir ada sweater warna pink, gagaga.

3. suka lamb chop.
kami memang minat nak makan lamb chop, sos cendawan. nyum, sedap...

4. manja.
en nasir ni anak mak, anak ayah, adik kakak, adik abang. kawan en nasir pulak ada ramai anak bongsu, lagilah bertambah manja. contoh kemanjaan dia, sakit tekak tak boleh makan tembikai.

5. suka nyanyi.
walaupun takdalah sesedap siti nurhaliza, tetapi en nasir tanpa segan silu akan menyanyi lagu mc hammer, 'ice ice baby'. siap dengan music lagi. deng deng deng deng deng deng X 10.

6. ada band nama 'perkumpulan kasut curi'.
band ini ahli dia saya dan fifi. dan kami sudah maju bermain di gig2 yang tidaklah besar mana, tapi cukup untuk memuaskan hati. silalah lawati laman web kami, facebook.

7. bawak kereta 70-80 km perhour.
slow, tapi takpa, bole lama sikit jejalan dengan en nasir. tapi kalau dah lewat, en nasir akan bawa laju. mungkin lebih laju dari saya, tetapi nasib baik pemanduan en nasir hebat.

8. makan aiskerim seringgit bersungguh.
orang selalunya akan jilat, makan aiskerim. tetapi, en nasir, dia minum aiskerim. betul ni. kon tu jadi cawan, aiskerim tu jadi air. habis ditonggangnya 'air' tu. kalau ada kamera, the picture will be great.




bestkan jadi girlfriend en nasir.

jangan jealous.

kadang-kadang

macam mana nak buktikan, pokok yang tumbang di tengah-tengah hutan tebal, yang tiada orang di dalam radius 10 km, mengeluarkan bunyi ketika jatuh menimpa bumi?

tidak boleh, unless awal-awal lagi kita dah letak kamera atau perakam audio di tengah-tengah hutan itu.

kena ada bukti. tidak boleh buat apa-apa claim pun tentang bunyi pokok tumbang itu, kerana orang lain akan mengatakan 'mana bukti?'.

walaupun memang kita tahu, pokok yang mungkin seberat beberapa ekor gajah itu, sudah pasti akan mengeluarkan bunyi yang begitu kuat sebenarnya.





jadi, sila ambil pengajaran.

dalam hidup ini, perlu bukti.





nak buat report domestic violence, pergi jumpa doktor dulu, bukan pergi buat report polis. ambik gambar, do medical checkup, suruh doktor bagi report.
nak tuduh spouse kita ada affair, upah private eye. suruh dia ambil gambar, maybe check bil, credit card, bank statement.
syak wasangka dengan bibik bawak lelaki masuk rumah, letak kamera dalam rumah.

walaupun kita pergi balai polis dengan mata lebam, tangan bercalar-balar, hidung berdarah.
walaupun kita dah nampak dengan mata kepala kita sendiri spouse kita balik dari hanoi kat klia dengan affair dia.
walaupun anak kita bagitau bibik kita bawak lelaki masuk rumah.



tak boleh tuduh sebarangan. kena ada bukti.






kalau macam tu, susahlah nak percaya yang elvis masih hidup.



I've never written a song in my life. It's all a big hoax. - elvis presley