Friday, April 10, 2009

hidup yang mencabar

pensyarah. ustazah. ustaz. lecturer. cikgu. teacher. sifu.

pendidik.

satu kerja, ikut kata acik, kerja mulia.

sebab pendidik ni,kalau betul-betul ikhlas, mereka akan bukan setakat mengajar ilmu yang perlu, tetapi lebih dari itu.

tentang hidup. tentang jatuh bangun manusia. tentang dunia yang lebih besar sebenarnya.



sekarang, dunia dah lebih terbuka, thanks to the internet.

kita dah ada myspace, facebook, friendster, wordpress, blogger, xanga. email tak payah ceritalah, semua orang dah ada sekarang ni.

jadi, satu cabaran baru untuk pendidik ini, adalah untuk lebih kehadapan dari pelajar mereka.

(tetapi bukan menjadi penulis blog lucah, harap maklum)

kerana, kesan dari keterbukaannya dunia, manusia sudah menjadi lebih lantang, lebih outspoken, lebih berani.

jika tidak kena caranya untuk mendidik, kita akan dipijak kepala. mungkin akan diketawakan di belakang. atau mungkin akan menjadi bahan fitnah.


jadi, benar, pendidik ini banyak dugaannya.

but, that what makes educating so fulfilling.



jadi, saya harap, janganlah senang-senang je nak panggil seseorang itu 'pensyarah'.

tidak memberi justice kepada pensyarah yang benar-benar mendidik.

No comments: